Followers

nuffnang

Tuesday, January 25, 2011

Pantasnya masa Adeeb dah masuk sekolah..

Sedar tak sedar sudah 3 minggu Adeeb masuk sekolah. Hari pertama masuk darjah satu rasa bimbang juga tentang pengurusan diri, penerimaan pembelajaran dan sebagainya. Maklumlah suasana berbeza dengan suasana di Pra Sekolah.

Ketika di Pra, Adeeb sangat tidak matang berbanding rakan lain. Mengenal huruf pun ketika bulan-bulan terakhir di Pra. Di bulan-bulan terakhir di Pra juga itulah mula dapat membaca suku-kata mudah. Terima Kasih pada Cikgu Nana dan pembantu yang rajin melayan kerenah Adeeb.

Kini selepas 3 minggu adeeb telah menunjukkan peningkatan yang agak baik. Telah melepasi Ujian LINUS dan saringan kelas. Namun sifat-sifat tidak matangnya masih nampak lagi. Kami sekeluarga kadang tidak kering gusi mendengar celoteh dan pertanyaannya yang tak masuk akal.

Harap Adeeb akan menjadi pelajar yang cemerlang di hari-hari muka. Terasa baru sangat lagi mendukung dan menenangkan Adeeb yang menangis di malam hari kerana kehilangan puting atau merindui ibunya yang jauh menyambung pengajian ketika itu. Pantasnya masa berlalu...

Thursday, January 20, 2011

Hutang ada yang "Baik" ke ?

Tengah malam, bersunyi-sunyi sambil mengira baki hutang. He.. he.. Sajalah congak-congak hutang kereta, rumah dan lain-lain. Lama lagi nak habis loan tu. Tapi hutang jenis apakah yang kita buat. Bagus ke berhutang-hutang ni.

Web AKPK ada memberi maklumat tentang jenis-jenis hutang yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu hutang baik dan hutang tak baik.Harap artikel ini dapat menjadi panduan kita semua dalam perkara-perkara berhutang.

Adakah jenis “Hutang Baik”? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.
.

“Hutang Tak Baik” adalah bila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa feadah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangkamasa pinjaman barangan itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabut, barangan rumah atau pun makan luar.
.
Di dalam proses mengasingkan pekara-perkara negatif berkaitan hutang, kita seringkali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahu pun badan-badan kebajikan.
.
Untuk lebih memahami, mari kita lihat takrifan hutang yang produktif dan tidak produktif:
· Jika saya meminjam wang untuk beli satu pengalaman atau benda-benda yang tidak boleh saya bayar, dan menambah hutang dengan caj faedah tinggi, saya telah dibebani dengan hutang tidak produktif.
.
· Jika saya meminjam wang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang, seperti pembelian lot kedai untuk disewa (kepada penyewa yang baik, harapnya!), Saya telah menggunakan hutang secara produktif.
· Jika saya meminjam wang menggunakan a
.
kaun margin untuk membuat spekulasi ke atas saham “panas” berdasarkan sembang-sembang/gossip, saya telah melibatkan diri dengan hutang yang tidak produktif dan berbahaya. Kesimpulannya, saya akan kehilangan wang (kebiasaanya) dan masih berhutang.
.


· Jika saya meminjam wang untuk membeli rumah, dan bercadang tinggal di rumah tersebut untuk masadepan yang dijangka, sekurang-kurangnya saya mungkin dapat mencapai “pulang-modal” sepanjang masa melalui peningkatan nilai rumah saya. Dalam mana-mana kes, ia akan menyelamatkan saya dari perlu membayar sewa sekiranya tidak membeli rumah, dengan ini, saya telah berhutang secara produktif.
.

· Jika saya meminjam wang untuk membeli sebuah kereta baru, dan berhutang lebih daripada 90% nilainya, saya akan terus menjadi tidak menentu dari segi penggunaan hutang jika kereta saya dicuri. Adakah anda sedar yang dalam kebanyakan kes, sebuah kereta susut nilai lebih kurang 1/5th dari nilainya sebaik sahaja bilik pameran ditinggalkan? Sebagai penanggung insurans, mereka hanya membayar nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian, kekurangan terpaksa anda tanggung sendiri.
.
· Jika saya meminjam wang untuk memulakan satu perniagaan sendiri, saya boleh menghapuskan bunga terhadap pendapatan perniagaan saya yang mana boleh memberikan saya penjimatan cukai. Saya boleh juga menggunakan sejumlah pinjaman bagi mengembangkan lagi perniagaan dan ini adalah merupakan hutang produktif.
.
Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai “hamba kepada peminjam”. Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan hartabenda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran.
.
Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif. Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemah membolehkan kita menjelaskan kadar bunga hutang dan juga membayar pokok nya sekali. Bila kita gunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.

artikel asal tips ini dikeluarkan di http://bijakuruswang.blogspot.com/

Wednesday, January 12, 2011

Rokok elektronik ?



Hari ni aku ke PPD mesyuarat Prestasi. Sewaktu rehat ada sahabat menghisap rokok pelik. Rokok itu aku lihat tidak terbakar dan tidak berhabuk. Rupa-rupanya itu sejenis rokok elektronik. Aku bukan perokok dan sudah lama meninggalkannya maka aku tidak tahu perkembangan ini.

Masa sekolah dulu kerana terikut-ikut pernahlah mencuba Dunhill, Surya dan Salem. Tapi itu dulu dan tidak meneruskan tabiat buruk itu selepas mula bekerja. Bagi ku merokok adalah pembaziran yang nyata. Tidak tahulah bagi perokok tegar apa alasan mereka.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004. emm...sudah lama ye. Pihak pengurusan salah satu syarikat pengeluar, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Bagi mereka, rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan dan ia menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj. Oleh itu mereka mendakwa ia boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

Rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS sekitar harga AS$59.93 (RM184.85) boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.

Agak-agak nya, apakah kehadiran rokok elektronik ini akan menjadi satu fenomena baru dan merubah tanggapan terhadap bahaya merokok? sama-sama lah kita tunggu jawapannya dalam sedekad ini.

Teman-teman perokok tentu ada respon.
Bagi adik-adik remaja tak payah lah mencuba.

"Ingat!,, 99% penagih dadah bermula dengan rokok, sebelum mencuba yang lebih high".



Sumber rujukan: Kosmo Online