Followers

nuffnang

Tuesday, December 25, 2012

Kembara Oren di Jengka 21, apacer..?



Aku baru tengok video ni dan sebagai seorang anak Felda, video ini amat menarik perhatian aku. Aku sangat dekat dengan Felda, sejak kecil membesar di Felda, kemudian melanjutkan pelajaran di Asrama felda. Ketika belajar di Universiti aku memilih untuk membuat beberapa kajian kes sehinggalah penulisan tesis ( Penulisan Ilmiah) Ijazah Sarjana Muda ku pun berkaitan Felda, maka apa-apa berita mengenai Felda menarik perhatian aku. Apatah lagi berita mengenai Jengka tempat aku.

Ketika zaman belia aku aktif dengan Belia Felda. Aku pernah menjadi Setiausaha. Sehingga kini aku aktif dengan ALUMNI Asrama Felda. Banyak aktiviti kami jalankan demi generasi kedua dan seterusnya. Sebab itu aku begitu teliti dengan Felda. Apabila ANAK sebagai NGO berkaitan generasi kedua mengutarakan pelbagai isu, aku turut mengkajinya. Malah BAPAK, agensi di bawah GFWF ditubuhkan bagi menyaingi ANAK mengeluarkan kenyataan aku meneliti juga.

Sebagai orang yang berpelajaran, aku tidaklah mahu diri dipengaruhi oleh mana-mana parti politik apabila berkaitan Felda. Sememangnya pula parti politik mempunyai impian atau mengekalkan status-quo masing-masing di felda. Bagi ku parti politik berhak untuk mencari pengaruh masing-masing kerana negara kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen bukannnya negara ini mengamalkan autokrasi kerajaan Feudal. Ketaksuban melampau terhadap mana-mana parti politik sehingga menutup telinga sangat tidak bijak untuk negara.
 
Parti politik tidak akan kekal selama-lamanya. Felda, bahkan negara ini akan terus wujud waima mana-mana parti politik berkuasa. Adalah penting kita memastikan Felda ini diurustadbir dengan baik sepanjang masa. Ketika ini, dan masa hadapan.
 
Parti politik yang bagus dahulu, tidak semestinya bagus sekarang ini. Yang bagus sekarang tidak semestinya bagus di masa depan. Antara punca pereputan parti politik ini apabila di pegang oleh orang yang korup. Maka untuk memastikan kelangsungan urus tadbir tanah Felda kekal terbaik kita perlu mengatasi masalah dengan rasional. Kita tidak boleh bernostalgia kerana mengenang budi dan membiarkan masalah , membutakan diri kerana kisah kenangan silam.

Aku sayangkan Felda , sebagai seorang yang rasional ada banyak isu yang dibangkitkan oleh ANAK perlu dijawab dengan cara hujah dan butiran akademik bukannya dengan cara samseng, tidak bertamaddun. Tindakan menghalang jalan, memaki hamun, menggambarkan tahap kecerdikan dan akhlak serta keimanan kita. Kenapa perlu takut dengan kembara Oren. Kalau tidak benar hujah mereka boleh di bawa ke mahkamah atau boleh dijawab oleh agensi  berkaitan. Kalau benar hujah mereka, kenalah atasi segera, dan nyahkan bajingan tersebut, jika ada.

Banyak kepincangan yang berlaku kerana si perasuah bermaharajalela. Felda akan hancur jika perasuah berleluasa dan berkuasa. Perasuah dan penyalahgunaan kuasa harus ditentang oleh sesiapa sahaja. Saya percaya perasuah ini akan terus menyelinap di mana sahaja ada peluang walau tampuk kuasa berubah nanti. Si pelahap akan mencari peluang dan bangkai di tempat baru pula nanti. Maka wajib menentang watak perasuah ini di masa sekarang atau masa depan tidak kira bajingan ini berpayung di syiasah mana.

Sunday, December 23, 2012

Jakarta Bandung


Pengalaman ke Jakarta Bandung  sangat best,  tapi belum berkesempatan untuk menulis. Layan gambarlah dulu. Nanti ada kesempatan aku ceritakan....





 
 
 
 
 
 

Friday, December 21, 2012

Buah di kampung tak laku

Tahun ni pokok buah-buahan banyak dan menjadi. Di merata-rata buah durian , manggis, cempedak, rambutan dan langsat ada. Malah harga buah-buahan tempatan di pasaranpun telah jatuh. Semua di jual murah. Atas alasan itu juga ramai orang membiarkan saja buah masak dan busuk di pokok. Sayang sekali, buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat seolah tiada harga. Durian mungkin spesis yang beruntung kali ini, bila resepi inovasi baru menjadi fenomena iaitu Crepe Durian. Buah-buahan lain tiada inovasi pemakanan nampaknya lagi.
 

Apabila saya pulang ke kampung, situasi yang sama kelihatan. Banyak buah rambutan yang masak ranum di pokok. Cempedak bersusun di dahan.  Sanak saudara yang pulang, memang ada ambil makan dan bawa pulang tetapi seolah tidak luak. Masih banyak dipokok. Rezeki monyet, tupai, kelawar dan burung lah nampaknya.
 

Ada juga bawa pulang dan ada yang dihantar kerumah. Kalau durian untuk tahan lama boleh dibuat tempoyak.
 

Sunday, December 9, 2012

semuanya First Time

Catatan 6 September 2012 di LCCT. Aku dan isteri tidak pernah ke naik kapal terbang, malah ke LCCT pun tak pernah. Maka urusan di Terminal ini dan urusan dalam kapal terbang kali ini merupakan pengalaman pertama. Walaupun tiada pengalaman langsung ,tapi kami buat macam biasa saja hehe..maka macam tercangaklah  juga, cari kaunter, check in, timbang barang, pemeriksaan keselamatan. ( Pemeriksaan keselamatan tidaklah seteruk di Imigresen Singapura tahun lepas hehe..)


Barangpun tak banyak sebab bawa satu beg saja. Memang bercadang nak beli di Sarawak saja baju.
Boarding pass sudah dicetak awal-awal di rumah tapi waktu check Boarding pass, rupanya yg Adeeb tak ada. Mungkin masa di rumah tertinggal. Terpaksa patah balik ke kaunter, minta print semula, kena caj RM10 untuk satu salinan. Bila di balai menunggu mula rasa lapar..beli roti pun tak kenyang..



Dalam kapal terbang, sebab pengalaman pertama, semua anak-anak nak duduk ditepi tingkap. Ini masalah utama, dibuatnya macam dalam kereta. Nasib baik di depan ada beberapa seat kosong, dapat lah semua duduk di tepi tingkap sampailah ke Kuching dengan selamatnya , alhamdulillah.


Nak masuk ke Sarawak kena dapatkan pas masuk. Walaupun sebahagian dari Malaysia, rakyat dari semenanjung kena dapatkan pas lawatan. Ya benar,  kerana Wilayah Tanah Melayu, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah yang bergabung membentuk Malaysia, tapi kita di dedahkan konsep negeri-negeri dari Perlis sampai ke Sabah.


First Time jejak ke tanah Sarawak, Pemandu sudah menanti .....

ke Sarawak tiket 10 sen

Sebenarnya sudah lama nak upload catatan ke Sarawak, malah draf awal telahpun ditulis lepas balik tempohari tapi tak publish..ntah rasa macam tak best saja. Masa tu banyak guna Galaxy Tab. Guna tab untuk menulis blog tak berapa best la....

Tiket lawatan ke Sarawak sudah lama di tempah, kebetulan masa online facebook, ada rakan yang mention tiket 10 sen Air asia. Tak silap tahun lepas di bulan November 2011. Terus buka malam tu juga..tak sangka cuba pilih destinasi dapat pula tiket 10 sen untuk 6 orang pergi dan balik. Tarikhpun pilih lepas google internet masa tu juga. Masa tu takwim cuti belum keluar lagi. Hanya takwim Singapore yg dah ada. so pilih lah 6-9 September 2012. Kos semua 6 orang pergi balik campur cukai, insuran dan pilih seat RM720.

Bila diawal tahun takwim keluar rupanya tarikh dipilih bukan dalam cuti, bahkan lagi seminggu nak UPSR. Waaduuhh. Terpaksa lah mohon cuti 2 hari campur sabtu ahad. Aku kira sepanjang kerja mana pernah aku mohon cuti, bahkan dalam cuti pun aku datang kerja. Harap boss tidaklah berkira sangat dengan cuti aku mohon.

Sepanjang 9 bulan menunggu nak ke Sarawak sempatlah merancang perjalanan. Aku menghubungi ejen pengangkutan di Kuching untuk menguruskan pengangkutan dan juga penginapan. Maka tiba di Kuching tiada masalah.

Maka, 5 September, sudah bertolak ke Seri Kembangan tidur di rumah adik iparku, Roslan. Esoknya dia hantar ke LCCT dan bawak balik kereta.


Saturday, December 8, 2012

Ulang Tahun ke 16


8 Disember 16 tahun yang lalu kami di ijabkabulkan. Kami sama-sama sekolah, tapi masa sekolah hanya kenal tapi tidak saling mengenali..pelikkan kelas sebelah menyebelah je. Tapi bila ada jodoh akhirnya rakan sekolah jadi isteri saya sekarang.

sudah 16 tahun bahtera rumahtangga dilayari. Macam-macam pengalaman dilalui bersama. Masa senang dan susah. saat sukar dan getir di rentasi , manis masam kehidupan ditempuhi. Insya allah bahtera ini dilayari bersama menempuhi apa jua riak ombak mendatang.

Selamat ulang tahun buat isteriku tersayang.

Thursday, December 6, 2012

Major Servis


Semalam keretaku masuk servis, sudah lama tidak servis. Berjalan sudah satu Malaysia. Rupa-rupanya kali ni kena Major Servis...huhu parak la duit. Tik tok tik tok habis RM400, itupun minyak gearbox tak tukar, stok tak ada..kalau tidak tambah le lagi..

Masalah lain tak ada, cuma air tangki dari tiub plastik kering. Ini kali kedua berlaku. Kali pertama bila kipas tak berhenti walaupun engin dimatikan. Lama cari punca, dapat kesan kerana kekeringan air dari tiub ini juga, sensor kereta detect panas terlampau. Untuk trace masalah ini kena tunggu dulu.Mekanik kata nak cari punca nya.. Tunggu lagi!!

Masalah kedua, ni bukan masalah kereta tapi lipas kecil yang bersarang di span dalam body. Dulu pernah spray dengan ridsect, banyak yg mati..ingatkan selesai masalah. Rupanya hari ni bila servis belt yang sangkut terperasan lipas ni bersarang pada span dalam body..Mekanik cadangkan guna asap Nano Mist anti bacterial. So, cubalah RM20 sahaja. Macam perasap nak ambil madu lebahlah..yg ni guna elektrik bukannya sabut. heheh.

apa resultnya,,tunggu lah..tunggu lagi. Tapi tak nampakpun lipas mati. Kawan2 cakap tak berkesanpun Nano Mist ni.. hmmm entahlah!



 

Hati-Hati Panggilan Scam

 
Bila terbaca posting dalam blog Masrizalhardy tentang nombor-nombor ni yang beliau takrifkan sebagai scam, maka sayapun belek2 hand phone nombor yang pernah saya dapat. Memang sebahagiannya nombor ni ada.
 
0323801963 , 0323801961 , 0341481053 , 0162296053 , 0192171310 , 0162150797 , 0162275053 , 0162011589 , 0162275053 , 0193995070 , 0193993634 , 0162054053 , 0193992665 , 0162057053
 
menurut blogger Masrizal ni mengikut kes-kes yang pernah berlaku, jika anda dimaklumkan yang anda perlu melakukan pembaharuan Polisi Insuran takaful untuk kad kredit atau kat debit anda, yakinlah bahawa anda sedang cuba untuk DITIPU!
 
saya teringat memang banyak kali juga terima miss called dari nombor ni. Kebiasaannya saya jarang angkat kalau dapat nombor telefon talian tetap yang tidak dikenali. Tapi kadang-kadang terangkat juga, dan biasanya agen Insuran atau syarikat kewangan suruh buat hutang, hehehe..ataupun Offer member entah apa-apa kelab diskaun.
 
Saya memang tidak berminat kerana kalau kad kredit sudah banyakpun dan telah ditamatkan satu persatu semenjak kerajaan cajkan RM50 satu kad.. Gila !! kalau 4 bank yg bagi kad kredit stiap satu bank ada pulak Visa dan Master , dah jadi 8 kad..kena caj sampai RM400, tak gila ke namanya tu.
 
Insuran dan agen MBSB tak apalah lagi, saya tolak dengan baik kerana sudah memiliki dan tak mahu menambah atau mengubah komitmen.
 
Manakala kad diskaun saya rasa membazir sahaja.setakat manalah kita nak guna. Yang paling saya terkilan Keahlian Swiss Garden, yang terpedaya dengan janji manis. RM2000 duit burn begitu saja. Saya terpaksa tamatkan sebelum tertunggak sehingga berbelas ribu ringgit. 
 
Buat apa membayar pada servis yang tidak digunakan. Bagi orang kaya mungkin tiada masalah. Masalahnya setiap kali mohon bercuti, tarikh yg diminta tak pernahnya dapat. Mohon berhenti cara elok2 tak berhenti juga, dan sampai surat berkali-kali siap ugut dengan tindakan undang-undang.  So, lepas daripada itu minta maaf,  saya tak layan member club apa-apa.
 
Jadi kalau kalian dapat panggilan daripada nombor-nombor ni, faham-faham lah apa nak buat.

kredit to:
http://masrizalhardy.com/scam-tactics-takaful-amanah-untuk-kad-kreditdebit.html#more-1803

Saturday, December 1, 2012

Tahniah Harimau Malaya


Hari ni berpeluang menonton perlawanan bolasepak AFF , Malaysia vs Indonesia. Cemas juga di awal permainan banyak serangan pihak lawan. Cuma bila sudah mendahului khasnya gol kedua yang cantik hati sudah senang. Bukan apa, kerap kali aku menonton bolasepak yang melibatkan pasukan negara keputusannya mengecewakan.




Lepas ini separuh akhir bertemu Thailand, liat juga team ni..tapi tidak mustahil boleh membenam Thailand pulak selepas ni. Selamat berjaya Harimau Malaya.