Sebelum mata terlena, apa yang terjadi hari ini adalah sejarah pada esok hari, bagi yang insaf akan menjadikan setiap sesuatu sebagai iktibar dan panduan kepada diri, moga perjalanan hidup kita diberkati dan rezeki dilimpahi.
Friday, June 19, 2009
Jumaat-Hari Pelaporan
Hari ni 18 Jun 2009 ialah hari pelaporan SK Jengka Pusat 2. Asilah dapat 7A. Average markah 95..highest mark is 100 and lowest 89. Moga asilah akan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Moga Asilah akan jadi contoh buat Adeeb , Izzah dan baby yang bakal lahir nanti. Anak sulung mestilah menjadi contoh dan penanda aras kepada adik beradik. Aku mengharapkan pengalaman aku selama ini sebagai seorang anak yang punyai ibu bapak yang selalu mendorong anak2, akan dipraktikkan. Kerana dorongan merekalah aku jadi seperti hari ini. Dan tambahan aku dah pelajari apa kekurangan mereka..aku tak salahkan ibu bapa ku atas kekurangan itu kerana aku memahami lantaran keterbatasan ekonomi, masa dan ilmu dsb.. akan aku baiki apabila aku sendiri berdepan dengan pendidikan anak-anak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete