Followers

nuffnang

Sunday, April 11, 2010

Terima Kasih Ucapan Harijadi ..sudah semakin tua..

Selamat Hari Jadi..nikmati panggilan percuma ke nombor Xpax, itu ucapan pertama sempena hari jadiku tahun ini yang diterima dari Celcom minggu lepas. Maknanya 11 April usiaku berginjak lagi. Sudah makin tua aku ini..huhuhu..

Terima Kasih kepada semua rakan-rakan Facebook yang memberi ucapan dan doa, sudah lama aku tidak mendapat ucapan harijadi dari ramai orang. Kali terakhir ketika majlis Harijadi rakan maktab di Pantai Batu Buruk 16 tahun lalu. Ketika itu Angah, Fozi, Fatma dan aku bersama menyambutnya bersama rakan seunit. Semua rakan unit hadir hari tu, memang meriah.







Aku memang jarang menyambut harijadi, sekadar ucapan dari isteri bila sudah berumah tangga ini dan kemudian keluar makan bersama di luar. Itupun jarang-jarang.

Mengimbau lagi ke zaman remaja, adalah rakan meraikan semasa di Form six, makan kek di bilik pengawas SMKT. Dapat kad ucapan dari adik-adik. Sebahagian kad itu aku simpan lagi.

Sebelum itu rasanya tidak pernah menyambut, tiada siapa yang memberi ucapan cuma coretan sendiri di diari yang selalu dicuri baca oleh rakan. He.. he.. he..Lagipun masa di ASBTAR mana ada duit.Zaman rockers mana main nak wish birthday ni, kah kah.
Masa di SMJ21 tarikh lahir sendiri tak berapa nak ingat.

Cuma diharijadi ini aku teringat kawan seusia yang rapat denganku yang telah pergi mengadap ilahi terlebih dahulu. Aku teringatkan arwah2 Jamil Salleh (SK Lanai), Nazri Hassan -AiE (SMJ21 & SMKT), Dobek dan Arman(SMJ21), Zeti Akmal (ASBTAR), dan terkini khabarnya Riduani-Teacher Spek (MPPP).Moga roh mereka dicucuri rahmat.

Terima Kasih kepada rakan-rakan yang mengingatiku. Moga doa-doa kalian dimakbulkan Allah dan aku punya tanggungjawab besar selagi hidup.

Thursday, April 8, 2010

Sejarah Virus Komputer

Virus komputer pertama kalinya tercipta bersamaan dengan komputer. Pada tahun 1949, salah seorang pencipta komputer, John von Newman, yang menciptakan Electronic Discrete Variable Automatic Computer (EDVAC), memaparkan suatu makalahnya yang berjudul “Theory and Organization of Complicated Automata”. Dalam makalahnya dibahas kemungkinan program yang dapat menyebar dengan sendirinya.

Perkembangan virus komputer selanjutnya terjadi di AT&T Bell Laboratory salah satu laboratorium komputer terbesar di dunia yang telah menghasilkan banyak hal, seperti bahasa C dan C++. Di laboratorium ini, sekitar tahun 1960-an, setiap waktu istirehat para peneliti membuat permainan dengan suatu program yang dapat memusnahkan kemampuan membetulkan dirinya dan balik menyerang kedudukan lawan. Selain itu, program permainan dapat memperbanyak dirinya secara automatik.

Perang program ini disebut Core War, iaitu pemenangnya adalah pemilik program sisa terbanyak dalam selang waktu tertentu. Kerana sedar akan bahaya program tersebut, terutama bila bocor keluar laboratorium tersebut, maka setiap selesai permainan, program tersebut selalu dimusnahkan. Sekitar tahun 1970-an , perusahaan Xerox memperkenalkan suatu program yang digunakan untuk membantu kelancaran kerja.

Struktur programnya menyerupai virus, namun program ini adalah untuk memanfaatkan waktu semaksimal mungkin dan pada waktu yang bersamaan dua tugas dapat dilakukan. Pada tahun 1980-an, perang virus di dunia terbuka bermula atas pemaparan Fred Cohen, seorang peneliti dan asisten profesor di Universiti Cincinati, Ohio. Dalam pemaparannya, Fred juga mendemonstrasikan sebuah program ciptaannya, iaitu suatu virus yang dapat menyebar secara cepat pada sejumlah komputer.

Sistem keselamatan komputer mempunyai banyak ruang untuk diserang oleh orang yang tidak bertanggung jawab, jenis-jenis ancaman itu antara lain :

1. Adware
2. Backdoor Trojan
3. Bluejacking
4. Bluesnarfing
5. Boot Sector Viruses
6. Browser Hijackers
7. Chain Letters
8. Cookies
9. Denial of Service Attack
10. Dialers
11. Document Viruses
12. Email Viruses
13. Internet Worms
14. Mobile Phone Viruses
15. Mousetrapping
16. Obfuscated Spam
17. Page-Jacking
18. Obfuscated Spam
19. Page-Jacking
20. Palmtop Viruses
21. Parasitic Viruses
22. Pharming
23. Phising
24. Potentially Unwanted Applications
25. Ransomeware
26. Rootkit
27. Share price scams
28. Spam
29. Spear Phising
30. Spoofing
31. Spyware
32. Trojan Horse
33. Viruses
34. Viruses Hoaxes
35. Voice Phising
36. Zombies

Definisi umum virus komputer adalah satu program komputer yang biasanya berukuran kecil yang dapat meyebabkan gangguan atau kerosakan pada sistem komputer dan memiliki beberapa kemampuan dasar, diantaranya adalah :

Kemampuan untuk memperbanyak diri - Yakni berkemampuan untuk membuat duplikat dirinya pada fail-fail atau disk-disk yang belum diseranginya, sehingga lama-kelamaan wilayah penyebarannya semakin luas.

Kemampuan untuk menyembunyikan diri - Yakni berkemampuan untuk menyembunyikan dirinya dari perhatian user, antara lain dengan cara-cara berikut :
a. Menghadang keluaran ke layar selama virus bekerja, sehingga aktiviti virus tidak dapat dilihat oleh user.
b. Program virus ditempatkan diluar track yang dibuat DOS (misalkan track 41)
c. Ukuran virus dibuat sekecil mungkin sehingga tidak menarik kecurigaan.

Kemampuan untuk mengadakan manipulasi sebenarnya rutin manipulasi tidak terlalu penting. Tetapi inilah yang sering mengganggu. Biasanya rutin ini dibuat untuk :

a. Membuat tampilan atau pesan yang menggangu pada layar monitor
b. Mengganti volume label disket
c. Merosak struktur disk, menghapus fail-fail
d. Mengacaukan kerja alat-alat I/O, seperti keyboard dan printer

Kemampuan untuk mendapatkan informasi - Yakni kemampuan untuk mendapatkan informasi tentang struktur media penyimpanan seperti letak boot record asli, letak tabel
partisi, letak FAT , posisi suatu file, dan sebagainya.

Kemampuan untuk memeriksa keberadaan dirinya - Sebelum menyusupi sistem komputer, fail virus memeriksa keberadaan dirinya dalam fail itu dengan mencari ID (tanda pengenal) dirinya di dalam fail itu. Fail yang belum tertular suatu virus tentunya tidak mengandung ID dari virus yang bersangkutan. Kemampuan ini mencegah penyusupan yang berkali-kali pada suatu fail yang sama.

rujukan
dlm http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2010/04/sejarah-virus-komputer.html
dan http://sktawar.blogspot.com

Tuesday, March 16, 2010

http atau https




HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).

Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.

sumber: http://www.isuhangat.net/2010/03/15/perbezaan-antara-http-dan-https/

Friday, February 26, 2010

Penggunaan Bahan Dari Khinzir



Secara sedar atau tidak banyak barangan kegunaan harian kita terdedah kepada penggunaan bahan yang tidak halal di dalam bahan pembuatannya. Pengusaha bukan islam secara umumnya adalah pengusaha utama pelbagai barangan kegunaan harian di seluruh dunia, manakala orang islam kebiasaannya lebih selesa sebagai pekerja bawahan dan pengguna akhir sahaja. Masalah halal haram tidak menjadi keutamaan, lantaran kepentingan perniagaan itu sendiri ataupun kejahilan mereka tentang kewajipan penyediaan barangan halal untuk pengguna muslim.

Oleh itu kewajipan kita sebagai pengguna muslim menyelidiki sumber barang-barang kegunaan harian kita khasnya makanan. Terkini banyak maklumat berkaitan penggunaan bahan dari khinzir di dalam pelbagai barangan. Sumber dari khinzir dipercayai bahan mentah yang murah dan terbanyak digunakan dalam campuran produksi barangan terkini. Sumber yang tidak pasti dan syubhah sebegini cubalah kita elakkan selagi termampu. Beralihlah kepada menggunakan barangan halal yang banyak sudah diusahakan oleh para pengusaha muslim. Sensitiflah kepada logo halal. Boleh cuba beberapa barangan HPA, saya cadangkan...


Monday, February 22, 2010

Kisah Pengembaraan Ibnu Battuta














Ibnu Battuta : Kisah Sang Pengembara
Ragam & Muhibah - Khazanah Islam

Buku ini aku dapatkan dari seorang pelajar KUITHO yang part time menjual buku terjemahan IKIM. Kebetulan mereka membuat promosi ke sekolah. Memang tebal bukunya, sudah baca beberapa bab, entah bila boleh habis tak tahu lagi. Ada sahabat hendak baca bila tua nanti..he he he.

Pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, dikatakan dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis saat menjajah benua Afrika.

''Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Kamis 2 Rajab 725 H/ 14 Juni 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah,'' kisah Ibnu Battuta - pengembara dan penjelajah Muslim terhebat di dunia -- membuka pengalaman perjalanan panjangnya dalam buku catatannya.
Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan orang tua serta sahabat sahabatnya di Tangier. Tekadnya sudah bulat untuk menunaikan rukun iman kelima. Perjalanannya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang dan menjelajahi dunia. Seorang diri, dia mengharungi samudera dan menjelajah daratan demi sebuah tujuan mulia.

''Kehebatan Ibnu Battuta hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah, Marcopolo (1254 M -1324 M),'' ujar Sejarawan Brockelmann mengagumi kesungguhan sang pengembara Muslim itu.

Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia engah, Asia Tenggara, dan Cina.

Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu melampaui sejumlah penjelajah Eropah yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 tahun setelah Ibnu Battuta.

Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu Battuta melebihi capaian Marco Polo. Tak heran, bila Sarton geleng-geleng kepala dan mengagumi kehebatan seorang Ibnu Battuta yang mampu mengharungi lautan dan menjelajahi daratan sepanjang 73 ribu mil itu. Sebuah pencapaian yang tak ada duanya di masa itu.

Lalu siapakah sebenarnya pengembara tangguh bernama Ibnu Battuta itu? Lelaki kelahiran Tangier, Morocco 17 Rejab 703 H/ 25 Februari 1304 itu bernama lengkap Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim At-Tanji, bergelar Syamsuddin bin Battutah. Sejak kecil, Ibnu Battuta dibesarkan dalam keluarga yang taat menjaga tradisi Islam. Ibnu Battuta begitu tertarik untuk mendalami ilmu-ilmu fekah dan sastera dan syair Arab.

Kelak, ilmu yang dipelajarinya semasa kecil hingga dewasa itu banyak membantunya dalam melalui perjalanan panjangnya. Ketika Ibnu Battuta tumbuh menjadi seorang pemuda, dunia Islam terbahagi-baahagi atas kerajaan-kerajaan dan dinasti. Ia sempat mengalami kejayaan Bani Marrin yang berkuasa di Moroko pada abad ke-13 dan 14 M.

Latar belakang Ibnu Battuta begitu jauh berbeza bila dibandingkan Marco Polo yang seorang pedagang dan Columbus yang benar-benar seorang petualang sejati. Meski Ibnu Battuta adalah seorang teologis, sasetrawan puisi dan cendekiawan, serta humanis, namun ketokohannya mampu mengalahkan keduanya.

Meski hatinya berat untuk meninggalkan orang-orang yang dicintainya, Ibnu Battuta tetap meninggalkan kampung halamannya untuk menunaikan ibadah haji ke Makkah yang berjarak 3.000 mil ke arah Timur. Dari Tangier, Afrika Utara dia menuju Iskandariah. Lalu kembali bergerak ke Dimyath dan Kaherah.

Setelah itu, dia menginjakkan kakinya di Palestin dan selanjutnya menuju Damaskus. Ia lalu berjalan kaki ke Ladzikiyah hingga sampai di Allepo. Pintu menuju Makkah terbuka di hadapannya setelah dia melihat satu kafilah sedang bergerak untuk menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci. Ia pun bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama dua tahun.

Setelah cita-citanya tercapai, Ibnu Battuta, ternyata tak langsung pulang ke Tangier, Maroko. Ia lebih memilih untuk meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat ke Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Ia kembali ke Oman dan kembali lagi ke Makkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 M, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Itulah putaran pertama perjalanan yang tempuh Ibnu Battuta. Pengembaraan putara kedua, dilalui Ibnu Battuta dengan menjelajahi Syam dan Laut Hitam. Ia lalu meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia, kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.

Ia lalu berlayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea dan mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India, ia pernah diangkat menjadi kadi. Dia lalu bergerak lagi ke Sri Lanka, Indonesia, dan Canton. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman dan akhirnya meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir.

Beliau lalu kembali ke Makkah untuk menunaikan ibadah hajinya yang ke tujuh pada bulan November 1348 M. Perjalanan putaran ketiga kembali dimulai pada 753 H. Ia terdampar di Mali di tengah Afrika Barat dan akhirnya kembali ke Fez, Maroko pada 1355 M.

Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, ''Akhirnya aku sampai juga di kota Fez.'' Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis bernama Mohad Ibnu Juza menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang renyah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang Mengagumkan,diselesaikannya pada 9 Desember 1355 M.

Secara detail, setiap kali mengunjungi sebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta mencatat mengenai penduduk, pemerintah, dan ulama. Ia juga mengisahkan kedukaan yang pernah dialaminya seperti ketika berhadapan dengan penjahat, hampir pengsan bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Ia meninggal dunia di Moroko pada pada tahun 1377 M.

Kisah pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu, konon dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis ketika menjajah benua Afrika. Buktinya, Barat baru mengetahui kehebatannya setelah tiga abad meninggalnya sang pengembara.


Dari Tangier ke Samudera Pasai

Pengembaraan dan perjalanan panjang yang ditempuh Ibnu Battuta sempat membuatnya terdampar di Samudera Pasai - kerajaan Islam pertama di Nusantara pada abad ke-13 M. Ia menginjakkan kakinya di Aceh pada tahun 1345. Sang pengembara itu singgah di bumi Serambi Makkah selama 15 hari.

Dalam catatan perjalanannya, Ibnu Battuta melukiskan Samudera Pasai dengan begitu indah. ''Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah,'' tutur sang pengembara berdecak kagum. Kedatangan penjelajah kondang asal Maroko itu mendapat sambutan hangat dari para ulama dan pejabat Samudera Pasai.

Ia disambut oleh pemimpin Daulasah, Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi, Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibnu Battuta, kala itu Samudera Pasai telah menjelma sebagai pusat ilmu Islam di Asia Tenggara. Penjelajah termasyhur itu juga mengagumi Sultan Mahmud Malik Al-Zahir -- penguasa Samudera Pasai.

''Sultan Mahmud Malik Al-Zahir adalah seorang pemimpin yang sangat mengedepankan hukum Islam. Peribadinya sangat rendah hati. Ia berangkat ke masjid untuk solat Jumaat dengan berjalan kaki. Selesai solat, sultan dan rombongan biasa mengelilingi kota untuk melihat keadaan rakyatnya,'' kisah Ibnu Battuta.

Menurut Ibnu Battuta, penguasa Samudera Pasai itu memiliki ghirah belajar yang tinggi untuk menuntut ilmu-ilmu Islam kepada ulama. Dia juga mencatat, pusat kuliah Islam yang dibangun dii lingkungan kerajaan menjadi tempat diskusi antara ulama dan elit kerajaan.

Selama berkelana mengelilingi dunia dan menjejakkan kakinya di 44 negara, dalam kitab yang berjudul Tuhfat al-Nazhar, Ibnu Battuta meriwayatkan telah bertemu dengan tujuh raja yang memiliki kelebihan yang luar biasa.

Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain; raja Iraq yang dinilainya berbudi bahasa; raja Hindustani yang disebutnya sangat ramah; raja Yaman yang dianggapnya berakhlak mulia; raja Turki dikaguminya karena gagah perkasa; Raja Romawi yang sangat pemaaf; Raja Melayu Malik Al-Zahir yang dinilainya berilmu pengetahuan luas dan mendalam, serta raja Turkistan.

Setelah berkelana dan mengembara di Samudera Pasai selama dua pekan, Ibnu Battuta akhirnya melanjutkan perjalannnya menuju Negeri Tirai Bambu Cina. Catatan perjalanan Ibnu Battuta itu menggambarkan pada abad pertengahan, peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara.


Abadi di Kawah Bulan

Nama besar dan kehebatan Ibnu Battuta dalam menjelajahi dunia di abad pertengahan hingga kini tetap dikenang. Bukan hanya umat Islam saja yang mengakui kehebatannya, Barat pun mengagumi sosok Ibnu Battuta. Tak heran, karya-karyanya disimpan Barat.

Sebagai bentuk penghormatan atas dedikasinya, International Astronomy Union (IAU) mengabadikan Ibnu Battuta menjadi nama salah satu kawah bulan. Bagi orang Astronomi, Ibnu Battuta bukan hanya seorang pengembara dan penjelajah paling termasyhur, namun juga sebuah kawah kecil di bulan yang berada di Mare Fecunditas.

sebahagian untuk catatan di blog ini aku gunakan versi indo dalam http://www.mualaf.com/ragam-dan-muhibah/khazanah-islam/530-ibnu-battuta-kisah-sang-pengembara dan foto buku http://limatahun.blogspot.com/2008/11/hadiah-teristimewa.html

catatan dan cerita lain dalam blog http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

menangani Anak gila TV

"ANAK saya baru berusia tiga tahun, tetapi sangat suka menonton televisyen sehingga kami tidak boleh menonton rancangan lain. Kalau tidak membuka rancangan kegemarannya, dia mengamuk. "Malah, sekarang sudah pandai menekan alat kawalan bagi memilih programnya sendiri. "Jika ditukar siaran lain, dia menangis. Kalau boleh, makan pun di hadapan televisyen. Ini sangat merisaukan tambah pula dia sudah pandai meniru aksi yang dilakonkan watak dalam rancangan itu," demikian rungut seorang ibu mengenai anak lelakinya yang terlalu fanatik dengan televisyen. Mungkin bukan ibu ini saja, malah ramai lagi ibu yang bimbang mengenai kesan dan pengaruh televisyen kepada minda serta tingkah laku anak-anak. Jika dulu sebuah rumah hanya memiliki satu televisyen, tetapi kini kebanyakan anak-anak memiliki televisyen sendiri lantaran ibu bapa tidak mahu mendengar pekikan dan tangisan anak-anak yang mahu menonton kartun kegemaran mereka pada saat ibu bapa mahu menonton rancangan lain. Rancangan kartun pula lazimnya bermula seawal pagi sehingga keesokan paginya. Perkara ini berterusan setiap hari sehingga anak itu bercakap, berjalan dan bersekolah. Namun untuk menyekat tabiat anak-anak supaya tidak menonton televisyen memang sukar dan mustahil. Tambah pula pada awal usia dua sehingga enam tahun kerana ketika ini, fikiran mereka masih belum matang dan belum mampu berfikir. Justeru, apa cara terbaik bagi memastikan televisyen membawa kebaikan kepada anak-anak? Menurut pembimbing keluarga, Zaid Mohamad, yang juga penulis buku, Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, kanak-kanak adalah kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih itu. Berdasarkan kata-kata itu, Zaid mencipta strategi sendiri yang dikenali sebagai 7S bagi memanfaatkan televisyen kepada ibu bapa dan anak-anak seterusnya melahirkan insan cemerlang.

Strategi ini dimanfaatkan kepada empat anaknya dan terbukti berkesan apabila mereka dianugerahkan pelajar terbaik serta pemimpin pelajar di sekolah. Strategi 7S itu ialah sayang-menyayangi, sekatan, studi secara bijak, santai bersama keluarga, semaikan bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan serahkan kepada Tuhan. Zaid yang juga pengurus kanan sebuah syarikat multinasional ingin menerapkan strategi 7S kepada ibu bapa bagi membantu menangani masalah anak-anak yang gemar menonton televisyen, sekali gus menjadikan televisyen sebagai medium yang lebih interaktif.


"Mengatakan televisyen itu baik atau buruk tidaklah tepat kerana televisyen hanyalah alat. Apa yang penting, ibu bapa harus bersama-sama memilih program sesuai untuk anak-anak dan sentiasa di sisi mereka ketika menonton," kata pembimbing yang dilantik menjadi pakar ibu bapa oleh CyberSAFE Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Perkara pertama yang penting diambil perhatian ialah tunjukkan kasih sayang ketika menonton televisyen bersama anak-anak. Jangan jadikan televisyen sebagai 'pengasuh' supaya ibu bapa mudah melakukan kerja.


"Kini kebanyakan ibu bapa bekerja, namun ini bukan halangan supaya mereka tidak membabitkan diri bersama anak-anak ketika menonton televisyen. "Biasanya masa menonton kira-kira 10 sehingga 15 minit saja sehari. Jadi masa yang singkat ini wajar dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.


Perkara kedua yang sering diabaikan ibu bapa ialah menyediakan tempoh masa menonton. Biasanya ibu bapa membiarkan anak-anak menonton televisyen seberapa lama yang mereka mahu supaya ibu bapa sendiri dapat berehat.


Selain menetapkan masa, pilih program tertentu misalnya beberapa siaran di saluran Astro seperti Playhouse Disney's, Handy Manny dan Special Agent OSO.


"Semua program ini sangat baik untuk perkembangan minda kanak-kanak kerana kanak-kanak boleh berinteraksi dengan ibu bapa ketika menonton. "Rancang waktu menonton bersama anak-anak dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka menerusi soalan dan jawapan. Jika boleh masukkan unsur positif dalam setiap interaksi itu," jelasnya.


Secara tidak langsung, menurut Zaid, televisyen boleh dijadikan alat pembelajaran dan perkembangan minda kepada anak-anak dengan pembabitan seisi keluarga secara langsung dalam setiap program yang ditayangkan di televisyen. Tanyakan anak mengenai watak yang paling disukai, apa yang berlaku pada permulaan cerita dan pentingnya sifat tolong-menolong antara satu sama lain. "Apabila ibu bapa menganggap televisyen sebagai alat pembelajaran maka masa menonton televisyen akan menjadi waktu yang sangat penting serta menggembirakan. "Minta mereka menari dan menyanyi mengikut aksi watak. Sentiasa memberikan tindak balas dalam setiap aktiviti dilakukan," katanya.


Menonton televisyen juga boleh membentuk semangat kepimpinan kepada anak-anak. Apabila mereka melihat watak dalam rancangan itu, mereka akan menjadikan watak itu sebagai idola. Apabila watak menampilkan tingkah laku kurang baik, ibu bapa harus bertanya baik buruk perlakuan itu. Kemudian anak-anak diberitahu penyelesaiannya. Dengan cara ini anak-anak mampu menilai perkara baik dan buruk, seterusnya sikap ini akan diteruskan ketika mereka belajar atau bermain bersama kawan. Selain televisyen, Internet dan permainan video juga bagus untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak, tetapi ibu bapa harus memantau selain hadkan masa.


"Saya sendiri menetapkan hanya enam jam seminggu untuk menonton televisyen, selebihnya masa itu digunakan membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran dan bermain bersama kawan. Biarkan mereka sendiri membuat jadual dan memilih untuk menonton televisyen. "Bagi anak yang dihantar ke rumah pengasuh, pilih pengasuh yang mempunyai aktiviti seharian. Sebagai ibu, cadangkan aktiviti yang boleh mereka lakukan di rumah pengasuh. "Begitu juga dengan pembantu rumah, pastikan anda membuat jadual waktu dan meminta pembantu rumah mengikut jadual itu. "Biarkan dia melakukan kerja rumah pada waktu pagi. Selepas anak-anak pulang dari sekolah, pembantu rumah harus menemankan anak-anak menonton televisyen atau bermain," jelasnya.


Zaid berkata, paling penting ibu bapa perlu memahami peringkat perkembangan anak-anak supaya lebih memahami setiap perubahan tingkah laku mereka. Misalnya ketika bayi, perkembangan otak berlaku terlalu cepat, kemudian kanak-kanak mula memberi tindak balas apabila usia meningkat dua sehingga enam tahun. Pada usia remaja, barulah mereka menunjukkan emosi dan boleh berfikiran rasional apabila dewasa. "Dengan memahami peringkat perkembangan usia anak-anak, ibu bapa akan lebih memahami mengapa anak remaja sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Pada peringkat ini, pentingnya menunjukkan kasih sayang bukannya kemarahan kepada anak-anak," jelasnya.


Tulisan Zaid berjudul Smart Parents, Brighter Kids, memasuki senarai jualan terlaris kedai buku terkenal Ogos tahun lalu. Hasil kerja pembimbing ini boleh dilayari menerusi www.SmartParents.com.my.

Petikan
sitizarinah@hmetro.com.my
2010/01/27

Saturday, January 23, 2010

O lny srmat poelpe can raed tihs.

cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm.

Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if
you can raed tihs psas it on !!

Brain Stuff . . From Cambridge University.
sumber http://wardahsafwah.blogspot.com

Saturday, January 16, 2010

Warna Diri

Indahnya warna pelangi. Terfikirkah kita hikmah terhadap kejadian pelangi ini?

Hari Jumaat malam yang lalu, aku meluangkan masa untuk hadir mendengar taklimat berkaitan Aura di Bilik Seminar Swasta di Bandar Jengka. Sebenarnya, dua tahun lepas pernah didedahkan dengan warna diri ketika mendapatkan rawatan dan nasihat bersama Ustazah Nora di Temerloh. Ketika itu isteriku, yang mengandungkan anak ketiga kami mengalami tekanan darah dan degupan jantung yang tidak menentu. Bersama Ustazah Nora itulah aku berkesempatan mengenali warna diriku. Kini apabila ada sesi penerangan tentang warna diri aku mengambil kesempatan untuk hadir.

Dr Atikah yang berpengalaman lebih 20 tahun turun ke Bandar Jengka memberi taklimat lebih lanjut berkaitan warna diri dan kaitannya dengan aura tubuh manusia. Dr Atikah berjaya menunjukkan fungsi warna secara bukti konkrit. Insyaallah aku akan mendalami ilmu ini lagi dihari-hari mendatang.

Secara ringkasnya, warna diri menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Mengetahui rahsia warna, kita akan mengetahui kekuatan, kelebihan serta kelemahan diri yang dialami atau yang akan dilalui pada masa akan datang. Kelemahan ini apabila dielakkan akan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. Perlu dijelaskan bahawa penyakit yang dialami berpunca daripada ketidakseimbangan sel yang berlaku di dalam organ tubuh.

Mengawal keseimbangan kesemua sel-sel di dalam organ ini secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Penyakit ini sebelum terjadi ianya bermula dengan sikap yang negatif seperti degil, pemarah, cepat bosan, hilang arah matlamat, kesedihan dan sebagainya.

Warna diri ini berkait rapat dengan ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu. Apabila tidak mengetahui warna diri atau warna alah kepada dirinya, seseorang itu akan menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran yang tanpa disedari itulah lambang kelemahan yang sedang dilaluinya.

Setiap individu mempunyai warna yang melindungi dirinya. Warna pelindung diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman. Warna diri ini dikenali sebagai aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri manusia.

CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru). Bagi diriku yang dikatakan berwarna Hijau dapatlah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri misalnya pelupa (he.. he.. ).

Maka empat warna luaran dan empat warna dalaman pula akan menghasilkan 16 kombinasi gabungan Warna Diri :

Daripada perbezaan Warna Diri inilah yang membezakan kecenderungan setiap individu. Sebagai contoh, walaupun kombinasi warna yang seakan sama bagi Warna Diri Spiritual Mental dan Mental Spiritual, tetapi kecenderungan 80% akan memberikan cara pemikiran yang berbeza di antara dua individu ini. Sebagai seorang ayah, guru, pengetahuan tentang warna diri dan aura ini akan membantu membentuk anak dan anak murid menjadi insan yang lebih baik lagi. Buat permulaan seluruh keluargaku akan menjadi testimoni, dan selepas ini, Insya Allah maklumat berkaitan akan dapat dikongsi bersama..

rujukan :
Dr Julie Ezwin Othman dalam http://warnadiri.blogspot.com
ZZAuraAnakMami dalam http://www.auralife2u.com/