Followers

nuffnang

Sunday, May 8, 2011

sealed with the kiss


Radio Desa FM edisi internet baru saja perdengarkan lagu ini.
When I first listened this song long long time ago. Maybe in
1989, I was studied. It's far away from my hometown, leaving a family, friends...... just waiting a letter, without handphone, internet, sms, like now, hu hu...remind me so many thing, I'm not going to forget that moment for the rest of my life..

SEALED WITH A KISS

Though we've got to say good-bye
For the summer
Darling, I promise you this
I'll send you all my love
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

CHORUS:
Yes it's gonna be cold, lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my dreams
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But, Darlin' you won't be there

I don't wanna say good-bye
For the summer
Knowing the love we'll miss
Let us make a pledge
To meet in September
And seal it with a kiss

(instrumental)

(CHORUS)
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss


"Sealed with a Kiss" is the title of a song written by Peter Udell and Gary Geld. It was first recorded in 1960 by The Four Voices. While their version was released as a single, it failed to make a significant impact. In 1962, Brian Hyland, a frequent recorder of Udell's and Geld's material, released the song as a single.

Yang aku dengar tahun 1989 dulu mungkin versi Jason Danovan

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Guru

Lagu Tema Hari Guru 2011


tolong pause dulu radio desa FM kat sebelah kanan untuk mendengar lagu Tema ini.

Wednesday, May 4, 2011

Telaga minyak di belakang rumah

Bangun pagi terus tarik getah paip. Isi penuh minyak ke dalam tangki. Nanti kering tangki bila-bila masa boleh isi minyak lagi. Akupun bermurah hati untuk mengisi minyak ke dalam tangki kereta jiran tetangga. Amal jariah juga tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semuanya angan-angan, berangan tidak sudah. Bila harga minyak naik lagi menjadi RM2.90 malam ini, itulah terfikir..alangkah indahnya jika ada telaga minyak persendirian belakang rumah. Boleh la jimat sedikit (banyak sebenarnya) berbelanja. Ketika harga minyak RM1.80 dulu, RON 97 ini lah yg tuang ke dalam kereta 2nd hand ku dulu. Tapi kini walaupun sudah pakai kereta 1st hand, Kemampuan dan kewajaranku hanya  memilih minyak murah yang pasti kurang sedikit kualitinya. Ringgitku kini sangat mudah cair bak ketul ais di musim panas...........

Sunday, May 1, 2011

Rahsia Youtube


syyyyyy..mau tau rahsia Youtube?
10 Rahsia Youtube Tidak Ramai Orang Tahu

Korang mesti suka layan Youtubekan? Suka letak video Youtube di blog/website anda? Anda perlu tahu trick-trick ini! ini adalah artikel yang sangat menarik yang di petik dari blog isuhangat.

1. Melihat High Quality Videos

Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:

* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.

Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.

2. Embed High Quality Video di blog anda

Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.

3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box

Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay

Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.

7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik

Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.

9. Download Video

Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. Game Snake

Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

sebagai hadiah kepada pembaca yang sudi menjengah blog kita layan youtube ini. Boleh praktis..

Tuesday, April 26, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi : Sudah bersediakah?

Tahun 2010 merupakan tahun bermakna bagi warga sekolah apabila menerima imbuhan 'new deal' setelah mencapai tahap yg dikehendaki dalam NKRA. Walaupun imbuhan itu belum diagihkan lagi tetapi seluruh warga sekolah dilihat gembira apabila keikhlasan mereka bertugas selama ini mendapat penghargaan setimpal.

Tahun 2011 mendapat cabaran baru pula apabila dicalonkan di kalangan lima buah sekolah Maran untuk mengisi tempat Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan juga Sekolah Kluster. Kedua-duanya merupakan pengiktirafan tertinggi dalam hirarki Pendidikan. Dengan keupayaan tersedia, mampukah kita memperolehinya?

Sementelahan pula di awal 2011 ini seluruh warga terkejut apabila tuan guru besar sakit dan dikejarkan ke Hospital Pakar Kuantan dan seterusnya mendapat rawatan susulan pula di HUKM. Sehingga catatan ini ditulis, tuan guru besar masih mendapat rawatan. Semoga beliau sembuh dengan segera dan dapat bertugas seperti sedia kala. Itulah doa seluruh warga sekolah.

Manakala, seperti yang dibicarakan awal lagi, Pemantauan untuk tujuan SBT dan sekolah kluster ini akan berlangsung pada bulan Jun nanti. Mesyuarat dan bicara tentang dua perkara ini telahpun di uar-uarkan. Warga sekolah mulai sibuk. Soalnya dapatkah memperolehi pencapaian ini dengan keupayaan yang sedia ada. Layak kah?, mampukah?.

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu.

Justeru itu bagi menyahut cabaran tersebut, maka sekolah berprestasi tinggi adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,K. Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berprestasi tinggi boleh dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi yang ditetapkan oleh KPM adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan, pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi tinggi.

Sesungguhnya sekolah yang berprestasi tinggi bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan, malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar.

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan German yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan.

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut, keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik, iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran, komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut.

Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut.

KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Bagi tujuan rujuk, sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:

Penampilan diri
· Kesihatan fizikal dan mental yang sihat
· Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri
· Berkeyakinan diri yang tinggi

Mahir berkomunikasi
Ketrampilan pentadbiran

Kebolehan menganalisa masalah
1.Kebolehan membuat keputusan
2.Keperluan pengurusan organisasi
3.Sensitiviti

Ketrampilan interpersonal
1. Kemahiran kaunseling
2.Kemahiran membina pasukan
3.Kemahiran penyelesaian konflik
4.Kemahiran pengurusan tekanan dan masa
5.Akauntabiliti

Pengurusan kurikulum yang tersusun
1.Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran
■ Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan
■Jadual waktu kurikulum
■Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran
■Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran
■Penentuan set pelajar

2.Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran
a. Kaedah mengajar
b. Penggunaan ABM
c.Penilaian atau tugasan


3. Pemantauan P & P
a. Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P berjalan
b. Pencerapan pengajaran guru
· Kekuatan dan kekurangan dari segi isi
· Teknik pengajaran
· Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat
c. Semakan buku nota dan latihan pelajar
• Memenuhi kuota latihan
• Menghabiskan sukatan pelajaran
• Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan
• Kerja-kerja pemulihan

4.Penyemakan buku rekod pengajaran guru
• Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

5.Ujian dan peperiksaan


Model Penyeliaan

1. Penyeliaan klinikal
2.Penyeliaan kendiri

Kecemerlangan disiplin

· Sahsiah
· Berpakaian kemas
· Rambut yang kemas dan pendek
· Tingkah laku
· Sopan santun
· Baik tutur kata
· Kehadiran ke sekolah
· Tidak ponteng sekolah
· Hadir di dalam kegiatan kokurikulum
· Menyertakan surat waris atau doktor jika tidak hadir ke sekolah

Guru Berkesan

· Dapat menghasilkan sesuatu menerusi pengajaran
· Memiliki ciri-ciri personel tertentu
· Melakukan sesuatu dalam tugas mengajar

Model Fasilitator
· Sahsiah
· Profesional
- Teknologi
· Motivasi
· Pengurusan bilik darjah
· Strategi , kaedah,teknik

Kesimpulannya, huraian ini membincangkan elemen-elemen yang sesuai bagi menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari aspek yang utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu , dimasukkan juga aspek-aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Diharapkan artikel ini dapat membantu kita menyediakan diri dalam menaikkan kualiti sedia supaya selaras dengan hasrat KPM menentukan ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi. Khasnya membantu pengurusan sekolah melakukan penyeliaan.



Sumber rujukan : http://www.mudahbelajar.com/?p=421

Sunday, April 24, 2011

Sudu Harga Lima Sen dan Basikal Tua

Hendak berkongsi pengalaman di tahun 1979 ketika aku mula masuk darjah satu, dan tahun-tahun berikutnya yang sangat manis untuk dikenang. Semuanya kerana sudu dan basikal tua. Dua objek menarik yang bila terpandang mengingatkan kisah silam.

Rupanya masa itu baru sahaja kajian semula dasar pelajaran sedang di perakukan (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengkaji dasar pelajaran). Di antara syornya ialah pemakanan tambahan kepada murid sekolah rendah yang di kendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Kami mungkin kumpulan terawal memperolehi rancangan makanan tambahan tersebut. Sekarang inipun bantuan tersebut masih berjalan , dikenali sebagai Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kelolaan Kementerian Pelajaran.


Waktu itu, sekolah rendah yang aku bersekolah yang agak pedalaman, mungkin terlalu ramai yang layak menyebabkan kesukaran memilih pelajar. Sekolah telah melaksanakan satu sistem yang agak unik, iaitu jual sudu. Harganya 5 sen. Ia juga dilihat sebagai galakan pelajar datang awal ke sekolah. Maknanya siapa yang berhajat kepada makanan tambahan perlu lekas-lekas hadir ke sekolah dapatkan dari pengawas yang bertugas.


Sudu mula dijual sebelum loceng pertama berbunyi. Inilah masalahnya, biasanya aku banyak tidak dapat daripada dapat. Maklumlah berjalan kaki dari rumah menelurusi sawah padi, kebun getah, kampung, deretan kedai, masjid, kawasan kubur baharulah sampai ke sekolah. Punyalah jauh nak ke sekolah.


Bila dah pandai naik basikal bolehlah bawa basikal bapa ke sekolah. Ketika inilah agak kerap dapat peluang beli sudu. Tapi basikal tua tu tinggi, macam basikal Usop Wilcha naik dalam Filem Hantu Mak Limah Balik Kampung. Jadi, kebanyakan naik celah galang. he.. he.. mana ada orang naik macam tu lagi sekarang. Susah betul nak imbang badan. Kerap kali di peringkat awal jatuh ke dalam bendang ketika melalui batas-batas padi. Inilah antara pengalaman indah zaman kanak-kanak ku.



Lama juga naik macam tu sehingga kaki tinggi sikit naik betul-betul duduk atas pelana. Bila keputusan Penilaian Darjah Lima keluar dapat 3A. Bapa belikan hadiah basikal BMX, warna biru. Sayang betul basikal baru ku itu. Lebih kurang beginilah basikal tu tapi berpalang. Selepas 5 tahun baru basikal tu rosak jadi besi buruk.

Sesungguhnya pegalaman silam adalah lampu suluh pada denai jalan di hadapan..............

Wednesday, April 20, 2011

Enam Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta. - BERNAMA

sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/4/20/

Orang perempuan yang ingin nampak cantik, kena fikirkan juga tentang kesan jangka panjang aspek kesihatan. Pilihlah produk yang halal dan tidak mudarat kesihatan.

Monday, April 18, 2011

Di suatu masa dulu







tiba tiba satu-satu persatu nama menerjah kotak fikirku, bertalu-talu bagai air di empangan yang dibuka. Sedangkan berpuluh tahun ia menghilang.