Followers
nuffnang
Sunday, September 25, 2011
Ikrar setiap hari
"Inna solaati, wanusuki, wamahyaaya,wamamaati, lillahi rabbil 'alamin"-inilah ikrar kita!..
Buat kita yang sentiasa melafaznya,tatkala wajah dihadapkan padaNya..syukur moga dihadirkan dengan ikhlas dan ketekunan.
Moga yg berat mengerjakan nya pula akan mendapat hidayah. Tiada ubat khusus untuk penyakit ini.
Hidayah itu adalah sesuatu harta di mana Allah SWT sahaja yang layak dan berkuasa, memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki,mengikut iradatNya
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 8, 2011
Surat Khabar lamaaa..
Sudah lama aku tidak membeli akhbar harian. Baca di internet sahaja. Khabarnya jualan akhbar utama merosot, seperti dilaporkan oleh Audit Bureau of Circulation (ABC).
ABC lapor jumlah jualan akhbar di Malaysia ada yang merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009.
Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar telah merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010.
Bacaan dalam satu artikel dalam satu laman sesawang ada temuramah bersama bekas Wartawan kanan akhbar harian utama di Malaysia turut mengesahkan lagi.
Menurutnya kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan mereka kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka.Manakala 50 peratus daripada jualan akhbar itu dibiayai kerajaan dengan 36 kementerian melanggan .
Setakat Jun 2010, akhbar utama itu mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC.
Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurutnya hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari.
emm...zaman sudah berubah atau faktor-faktor sampingan lain yang mengubah?
Saturday, July 23, 2011
Alyaa 2 tahun
Selamat Hari Jadi Alyaa' Izzati binti Ishak
Menjelang usia 2 tahun alyaa' bikin gempar.
Alyaa dijumpai di tengah jalan lebih 500 m dari rumah.
Seorang diri. Lori terpaksa emergency brake lihat Alyaa tengah jalan.
Orang ramai tak tahu siapa Alyaa. Alyaa dibawa ke Taman Permainan, tiada yang tahu.
Alyaa di bawa ke Flat C juga tiada yang tahu anak siapa.
Alyaa tak pandai bercakap lagi
Mujur di ketika di bawa lorong rumah kami, alyaa menceceh
ibu..!...ibu..!, Alya kenal rumah kami.
Alyaa meluru masuk ke rumah.
Syukur Alhamdulillah,
Hari ini 23 Julai dapat kami menyambut Birthday Alyaa'.
Tuesday, July 12, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Sunday, June 12, 2011
Alamak sudah habis cuti?
Sewaktu aku menulis post ini, tinggal beberapa minit lagi untuk masuk hari baru. Maknanya sudah habis cuti kali ini. Terasa sangat pendek masa cuti kali ini.
Gambar di atas pula merupakan satu set lengkap komputer. Kalau tak silap generasi kedua tahun 1960-an. Besar gedabak dia punya CPU harddisk, belum masuk lagi extra memory. Kalau nak bandingkan dengan laptop yang kugunakan berapa kali ganda comel, malah Memory yang tersediapun lebih besar dari komputer yang besar tu.
Apa kaitan cuti kali ini dengan komputer ? oho..memang cuti kali ini aku sangat sibuk.
Masuk saja cuti hari pertama sudahpun mula membantu kejohanan Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri. Siapa lagi nak kena dan perlu bantu?.. Seperti mengadakan kenduri-kendara, Penyediaan makanan untuk seluruh pegawai dan peserta juga VIP dari negeri Pahang begitu memenatkan, dari sebelum , semasa dan selepas. Lebih ketara apabila venue kejohanan di Stadium dan penginapan jauh, malah berubah-ubah hingga saat akhir. Mana tak letih mengangkut makanan dari Jengka 2 ke stadium berkali-kali. Belum dikira lecehnya menyediakan makanan VIP, dan khemahnya juga. Natijahnya selepas itu letih terkesan beberapa hari.
Program Persada Jaya menyusul selepas itu. Itu Rutin tahunan sekolah untuk pengisian waktu cuti. Bagi subjek Mathematics telah tersedia beberapa modul yang aku create sendiri ikut kesesuaian budak aku. Setiap pelajar kan tidak sama tahap perkembangan dan kognitif mereka. Malah itulah cara aku mencungkil potensi A murid kelas belakang. Alhamdulillah cara itu berjaya saban tahun. Kalau murid kelas depan yang tak pelbagai masalah bolehlah balun set-set soalan, heh !
Habis Persada Jaya baru dapat uruskan hal peribadi dari cabut dan tampal gigi, bayar segala macam bill serta pinjaman, hinggalah kepada servis kereta di EON. Waktu tidak bercuti tak sempat nak pergi servis. Lagipun kereta EXORA ku ini perlu dicari kenapa berbau petrol terlampau kuat sangat ni. Alhamdulillah kini sudah nyaman. Sebelum di servis masya Allah mau termuntah..
Menjenguk orang tua. Sudah berbulan tidak balik. Sememangnya hujung minggu dulupun penuh dengan aktiviti. Macam-macam. Kini dalam cuti melampau kalau tak balik. Sudah berkeluarga kena lah ke dua-dua lokasi. Kenduripun banyak. Takkan nak balik semalam je?...
Dalam cuti ni juga aku dapat tawaran kursus jangka pendek berkaitan komputer. Kursus Multimedia. Memang tahun lepas ada memohon. Rupanya tahun ini baru dipanggil. Sememangnya Kursus Multimedia aku tulis tiap-tiap tahun dalam borang Prestasi di ruang kursus yang ingin diikuti. Tapi tidak pernah dipanggil Kem Pelajaran. Akhirnya kena usaha cari sendiri melalui organisasi Kem Pengajian Tinggi. Alhamdulillah selesai kursus dan rasa sangat seronok dan bermanfaat.
Anak-anak bertanya tentang cuti. Maaflah kali ini tiada pergi mana-mana. Ke rumah Tok Wan dan Uwan Kampung tu la cuti. Kesian pulak. Cuma dapat bawak memancing udang sekali sebagai rekreasi. Tapi kalau berhasil menaikkan udang galah baru best.. Juga melawat studio Jamming abang FiFi. Ayah kabur alat muzik he he ..itu yang tak main tu.
Baki cuti sedikit 2, 3 hari ini dapat uruskan beberapa perkara saja. Sememang Pencalonan Sekolah berprestasi Tinggi menuntut penyediaan yang macam-macam. Banyak yang belum beres. Mujur banyak perkara menggunakan medium komputer. So, dapatlah buat serba sedikit walaupun tak pergi sekolah. Di antaranya bantu organisasi alumni, menjejaki ex-student, mengumpul gambar dan sijil untuk kebitaraan, membuat pelaporan dll. Cuma tak sempat cetak dan tampal.
Jangan pemantau datang esok sudahlah.............
Subscribe to:
Posts (Atom)



