Followers

nuffnang

Friday, June 19, 2009

Exora dah sampai ..rim baru ?



Lepas Jumaat aku tertunggu2 jugak adakah exora boleh settle hari ni.. jam 3.00 baru cofirm- boleh ambil, so my wife and I, also anak2 ke temerloh by bus metro. Anak2 girang dpt pengalaman naik bas. dari Termerloh ambik teksi terus ke Mentakab. Cadang cepat2 boleh settle macam2.. nak tukar tinted cermin dgn tukar rim 15" kepada 17". Sebab masalah nak setting bluetooth exora ke telefon..maka 5.00 ptg baru selesai di Proton.
Nak buat tinted..tokew nasihat tak payah sebab tinted asal ni dah bagus dan sayang sebab kos nya lebih RM1000. emm..buat masa ni aku setuju jugak tapi lps ni tak tau lah..yang pasti cermin belakang dan sisi last nak kasi gelap sikit. dah lewat takleh buat. Terus ke kedai tayar. rambang mata yg mana satu nak tukar..pehh payah betul nak pilih rim ngan tayar..last2 pilih lah satu- kos semua RM 3320 termasuk tayar ,segala mcm nut dan adjusting . wow banyak nye duit nak melayang...lepas tolak trade in kos semua RM2100, maknanya dia ambik aku punya rim 15 dan tayar RM1120. Kira bolehlah sebab member exorian club bagi tahu kedai ambik dia punya RM900 saja. Nasiblah...
7.50 pm masih di Sg Gau solat..nampaknya tak sempat ke kelas tuisyen malam ni call cikgu fataf tak dapat..Azhar mahzom plk tak blh ganti jaga anak, org rumah ada program. 2nd time call cg Fataf dia dptkan ganti..lega..apa2 halpun mlm jugak sampai jengka...

Jumaat-Hari Pelaporan

Hari ni 18 Jun 2009 ialah hari pelaporan SK Jengka Pusat 2. Asilah dapat 7A. Average markah 95..highest mark is 100 and lowest 89. Moga asilah akan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Moga Asilah akan jadi contoh buat Adeeb , Izzah dan baby yang bakal lahir nanti. Anak sulung mestilah menjadi contoh dan penanda aras kepada adik beradik. Aku mengharapkan pengalaman aku selama ini sebagai seorang anak yang punyai ibu bapak yang selalu mendorong anak2, akan dipraktikkan. Kerana dorongan merekalah aku jadi seperti hari ini. Dan tambahan aku dah pelajari apa kekurangan mereka..aku tak salahkan ibu bapa ku atas kekurangan itu kerana aku memahami lantaran keterbatasan ekonomi, masa dan ilmu dsb.. akan aku baiki apabila aku sendiri berdepan dengan pendidikan anak-anak.

Isteri abang Zul meninggal

Khamis malam jumaat 17 Jun..dapat call dari Pak maklumkan isteri abang zul yang kami panggil che Diah di Sungai Nerek telah meninggal dunia baru sebentar tadi. abang Zul ialah anak saudara pupu sebelah pak yang berasal dari Pulau Aman Pulau Pinang. sebab Pak hanya 2 adik beradik, maka dia berusaha mencari saudara sepupu2 nya yg terpisah hampir 30 tahun bagi mendekatkan kekeluargaan. Hasilnya dia dapat bertemu . di antaranya keluarga abang zul di Sg Nerek dan Kg Awah. dan antara kunjungan pertama aku ke Pahang pada tahun 1981 ialah ke rumah abang zul. Ketika itu aku baru berusia 10 tahun ..dah 27 tahun lepas rupanya. Masa tu che diah suka sangat melayan budak2..dia tak ada anak dan masa tu anak angkatnya intan sebaya ngan aku adalah teman sepermainan bila berkunjung ke Sg Nerek. Hasil bantuan abang Zul nilah keluarga kami akhirnya pindah ke Pahang selepas itu (1985) bila dapat Felda di Jengka 21. Semoga roh arwah Che Diah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin

Asilah action song di Jengka 2

Hari selasa 15 June 2009 , hari yg kelam kabut sedikit. Semalam isnin ke temerloh kononnya nak ambik exora..tapi masa on the way dpt call, SA bagitahu takleh keluar ada masalah di JPJ. tapi dah alang2 di temerloh pegi beli barang asilah dan uniform mengandung Za.. dah lewat malam baru balik. Semalam juga aku terpaksa absent meeting rover moot. So, hari ni mmg rush..sampai di sekolah group Action on prepare di bilik jQaf. asilah pulak tak pakai tudung trpaksa pulak balik ambil tudung.Mungkin persepsi aku yang tinggi, aku dapat menduga banyak perkara. dulu masa belajar di ukm baru tahu potensi persepsi ini dalam menelah apa pandangan orang terhadap kita. Tapi apa2 halpun, Keputusan action song SK Jengka Pusat dapat no 3.. oklah tu...

Friday, June 12, 2009

Broadband baru..laptop kong



Masa di batu 7, broad band celcom yg aku pakai..tak strength mcm yg Atan punya..walaupun parkir sebelah menyebelah..so, balik Jengka terus aku cari yg baru..nizam kedai hp cadang aku pakai jenama baru dari china (black)..ye la dulu vodafone huawei pun dari china jugak..tapi sbb features yg aku baca utk strength edge terus aku nak try. Di Jengka ni walaupun 3G tapi kat rumah aku selalu edge saja. Itu la pasal kerja2 aku banyak yg sangkut.khasnya data EMIS yg kena hantar ke PPD tiap2 bulan, dan juga blog, friendster, forum2, group yg aku sertai jarang aku send atau post message. Abih RM329.00.Harap selesai masalah aku....Slps 2 ari pakai yg masalahnya laptop plk buat hal...bengang betul. windows problem, aku teringat masa nak publish gambar kenduri along baru2 ni di Paya Kecik aku sudah detect virus dari pendrive yg nak ambik gambar tu..kalau tak silap pendrive aina punya..nasib lah.. so ari ni aku hantar kedai utk format semula. Pasti banyak software hilang begitu saja...

Exora CCL265


Sudah lama kereta exora aku sampai, tapi runner janji utk dpt kan plate number CCL8818, so aku tunggu juga walaupun aggreement dah siap 2 minggu. Dlm pada tunggu tu dpt jua aku google carik maklumat penting tentang Exora.. dan akupun dah jadi member utk exorian team walaupun kereta tak dak lagi. Banyak info boleh dari exorian club ni, esspecially pasal masalah2, comparing dgn mpv model lain dan yg paling teruja ialah idea2 dan photo kereta exora yg tlh dimake up dan kedai serta kosnya sekali..nanti dah ada kereta dah ada dlm kepala nak buat macam mana. Petang tadi Zakaria call minta aku bagi no lain because 8818 hanya boleh tender..takkan nak tunggu sebulan lagi..so aku pilih CCL265, sama cam MyVI..CCD265. Kalau nak tunggu 8818 nanti aku booking semulalah motor baru. Hari isnin bolehlah gi ambik Exora baru aku.....

Aqiqah , Silat , Ais krim dan cendol

Kenduri along pada 7 Jun 2009(sabtu) juga adalah majlis aqiqah bagi adeeb dan izzah. Kenduri kali ini di kg paya kecik temerloh berlangsung ngan meriah..sesuatu yg baru ialah adanya silat dan gendangnya, tajaan aiskrim dan cendol mcm booth yg mencipta suatu kelainan.. yg kurang ialah pabila lauk yg mula basi dan tak boleh bertahan lama spt kenduri2 sebelum ni. Aku sendiri hanya dpt merasa sekali pkl 12.. cuaca plk baik sekali..


 
 
 

Wednesday, June 3, 2009

anak nakal anak hyper?


Anak nakal anak hiper

Bila aku melihat perangai anak2 yang suka menconteng, melompat dari atas kerusi..buat kapal terang kertas sampai habis kertas A4 kat rumah, letih juga..nak marah..setakat mana nak marah. Asilah memang suka menconteng..dan adeeb pun sama, adakah anak anak aku ni nakal. Aku dapat membaca artikel tentang kenakalan kanak-kanak ni..mungkin boleh dikongsi bersama. Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif.

Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik.

Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti.

Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain.

Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan.

Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.

Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang.

Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan.

Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka.

Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi.

Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak.

Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun.

Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia.

Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber:Shuib Sulaiman http://www.eratimur.com