Followers
nuffnang
Tuesday, September 15, 2009
Berjaya elak makan luar
Masa belajar di UKM seorang sahabat, Cikgu Mat Nor dari Raub bercadang nak buat kajian tentang Budaya Makan Luar sebagai tajuk Penulisan Ilmiah beliau. Katanya ramai masyarakat menjadikan makan di luar iaitu di kedai-kedai dan warung sebagai amalan. Aku tak pasti adakah tajuk itu diteruskan oleh beliau. Memang banyak faktor masyarakat suka makan di luar, antara faktor utamanya ialah kesibukan bekerja. Budaya tidak memasak dan suka makan di luar lebih ketara di bulan ramadhan bila banyak kedai dan warung menjual beraneka juadah menarik perhatian khalayak, lantas ramai yang membeli terutama di pasar Ramadhan.
Tahun sebelum ni memang kerap aku keluar membeli di Pasar Ramadhan. Tapi tahun ni memang aku berazam untuk makan di rumah sahaja. alhamdulillah hingga kini sudah 24 hari puasa dapat berbuka hasil dari masakan sendiri. walaupun ringkas aku puas makan dari hasil masakan isteri sendiri. Kalau beli kita tak tahu tahap kebersihannya, kesedapan harganya... Kesibukan jammed lagi,kebimbangan H1N1 dan macam2lagi.
makan pizza tanpa mozarella....
Tahun sebelum ni memang kerap aku keluar membeli di Pasar Ramadhan. Tapi tahun ni memang aku berazam untuk makan di rumah sahaja. alhamdulillah hingga kini sudah 24 hari puasa dapat berbuka hasil dari masakan sendiri. walaupun ringkas aku puas makan dari hasil masakan isteri sendiri. Kalau beli kita tak tahu tahap kebersihannya, kesedapan harganya... Kesibukan jammed lagi,kebimbangan H1N1 dan macam2lagi.
makan pizza tanpa mozarella....
Tuesday, September 8, 2009
UPSR 2009
Tahun ni UPSR berlangsung dalam bulan Ramadhan, 8 Sept-10 Sept 2009. Didoakan semua pelajar SKJP2 beroleh kejayaan di atas usaha gigih selama ini. Moga berkat Ramadhan pelajar tahun ini dapat beat the best result 2007 yang dapat 20 orang 5A .
Tahun ni juga aku menjadi pengawas peperiksaan di SK Jengka 2. Calonnya 66 orang saja dan tiada yang dikuarantin kerana H1N1. Bersama-sama yang terlibat mengawas peperiksaan di Jengka 2 ialah Yasak (J10), Mahzom (J13) dan Chew juga dari J13.
Bagi subjek Math kertas 2, hampir keseluruhan tajuk yang dijangka, telah keluar dan beruntung sebab sempat beberapa kali dibincangkan. Terpulang atas murid la pulak nak ingat dan ikut tips yang diberi selama ini.

kelihatan pelajar Jengka 2 mengantuk dan keletihan bila menduduki kertas ketiga hari ni.. ujian altitud..first time diuji dalam UPSR. Memang meletihkan tahap murid sek rendah ambil 3 paper sekali gus dari pagi hingga petang..bulan puasa pulak tu...kesian.
Tahun ni juga aku menjadi pengawas peperiksaan di SK Jengka 2. Calonnya 66 orang saja dan tiada yang dikuarantin kerana H1N1. Bersama-sama yang terlibat mengawas peperiksaan di Jengka 2 ialah Yasak (J10), Mahzom (J13) dan Chew juga dari J13.
Bagi subjek Math kertas 2, hampir keseluruhan tajuk yang dijangka, telah keluar dan beruntung sebab sempat beberapa kali dibincangkan. Terpulang atas murid la pulak nak ingat dan ikut tips yang diberi selama ini.

kelihatan pelajar Jengka 2 mengantuk dan keletihan bila menduduki kertas ketiga hari ni.. ujian altitud..first time diuji dalam UPSR. Memang meletihkan tahap murid sek rendah ambil 3 paper sekali gus dari pagi hingga petang..bulan puasa pulak tu...kesian.
Saturday, September 5, 2009
Nagasaki Dan Hiroshima dulu dan sekarang
Gambar menceritakan segala-galanya.....................



credit to ust yusuf embong
http://yusofembong.blogspot.com/



credit to ust yusuf embong
http://yusofembong.blogspot.com/
Thursday, August 27, 2009
Hukuman Gantung Mandatori
insaflah...
i got this forwarded message in my mail just now..sharing is caring, so.. enjoy!
Kisah 1- Polis di hukum gantung
KUANTAN ,12 mei 2009- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.
Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.
Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.
kisah 2 - Proses di tali gantung
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akandiuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia dan diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos- bos saya dulu,' kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
kredit to-http://adoseofperspective.blogspot.com
Sunday, August 23, 2009
Kenapa perlu berbuka dengan kurma?

Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.
Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci."(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.
Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.
Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.
Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.
Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.
sumber: http://abuaiman786.blogspot.com/
Friday, August 21, 2009
Demam Peperiksaan

Minggu ini memang demam peperiksaan, semua sekolah sedang menjalankan peperiksaan P3 masing-masing. Bagi yang terlibat dengan peperiksaan maka sedang mengalami demam peperiksaan. Isteriku juga sedang demam periksa - walaupun masih dalam pantang.
Tapi bagi yang sakit seperti demam pun dipanggil demam peperiksaan juga dalam konotasi yang paling ikhlas - demam- tak boleh menduduki peperiksaan.
Puteri sulungku Asilah mengalami demam yang kedua- tak dapat nak menduduki 2 hari peperiksaan P3 bila kena serang demam...risau juga musim H1N1 ni, balik sekolah Rabu tu terus berselimut, sejuk katanya...dan petang terus panas yang tinggi suhu badannya. tidak mahu tunggu lama, malam terus ke klinik ambil ubat.
Esoknya pula bertambah 2 orang lagi demam bila Izzah dan Adeebpun tunjukkan simptom yang sama. Jumaat- Izzah demamnya menjadi lebih teruk ,manakala Adeeb dan Asilah kian sembuh menjelang petang. Tika isteriku menduduki peperiksaan OUMnya di SISP Tualang, aku bawa Izzah ke klinik.. ada bengkak di belakang telinga !!
Monday, August 17, 2009
Nota PTK
Dalam cuti sekolah nanti, ramai guru akan menduduki PTK..bagi diriku sendiri , tinggal kertas umum yang masih III, kertas khusus dah perolehi IV pada sessi yg lepas.Kalau berpeluang dan rezeki ingin merasa IV di DG41 ini sebelum naik ke DG44 nanti. Aku pernah merasa peroleh IV kedua2 kertas semasa DG29 dulu. Semasa di DG32 tak sempat merasa.Tapi kini cabaran baca buku satu masalah besar. Jalan mudah buat soalan interaktif sahajalah..itupun baru cadang2 belum mula lagi.Soalan interaktif ni agak bagus bila boleh repeat berkali2 dalam random yang berlainan. Kekurangannya pulak content yang out of date..2007 .
Sunday, August 16, 2009
masalah artikulasi pertuturan


Adeeb, anak lelakiku marah-marah bila orang berbual, ketika dia mula nak tidur. Keletahnya kekadang begitu menghiburkan. Kini sebutannya mula jelas butirnya. Kalau dulu kami sekeluarga selalu ketawa bila mendengar tutur katanya yang pelat. Sampaikan terbit kerisauan bagaimana dia hendak bersekolah nanti. Alhamdulillah kini sudah 8 bulan beliau menduduki kelas Pra sekolah. Pertuturannya yang dulu pelat cucu (susu) cebok ( sibuk) , dan lain-lain yang mengantikan 'S' kepada 'C' telah pun digantikan. Cuma yang kelakarnya semua perkataan bermula C ditukar pulak kepada S walaupun memang perkataan tu huruf C.. itu pasal bila dia marah-marah , ayat yang keluar ialah "Jangan Sakap Adeeb nak tidur".Dulu memang dia sebut "cakap". Dia faham huruf yang dia pelat dulu, yang bermula huruf 'S' di sebut 'C' perlu ditukar kepada abjad sebenar. Masalahnya borong semua sekali pulak dah....
Subscribe to:
Posts (Atom)




