Followers

nuffnang

Sunday, July 29, 2012

UNTUK LELAKI & WANITA

Wanita perlu taat kepada suami. Tapi tahukah, bahawa lelaki wajib taat kepada ibunya 3x lebih utama dari pada kepada bapanya...

Apabila wanita menerima warisan atau pusaka tahukah bahwa harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan/pusaka, ia perlu/wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.....

Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak. Tapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala umat, malaikat & seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini. Dan tahukah, jika ia mati kerana melahirkan adalah Syahid & Syurga akan menantinya...

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, iaitu:


1.Isterinya,
2.Ibunya,
3.Anak Perempuannya
4.Saudara Perempuannya

Ertinya: bagi seorang wanita, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu:


1.Suaminya,
2.Ayahnya,
3.Anak Lelakinya dan
4.Saudara Lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 3 syarat saja, iaitu :


1.Solat 5 waktu,
2.Puasa di bulan Ramadhan,
3.Taat kepada Suaminya

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Peringatan ini khusus pada wanita supaya :


1) Bersabar ketika tertekan
2) Tersenyum dikala hati menangis
3) Diam saat dihina
4) Redha kerana memaafkan
5) Mengasihi tanpa batasan
6) Bertambah kuat di dalam doa & pengharapan.

Serta peringatan untuk laki2 yang mencintai Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya.
Info yang saya share dari rakan FB.



SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT DI BULAN RAMADHAN !!

Monday, July 23, 2012

blog kena hack ke

Aku sedang mencari punca masalah blog ni, sudah beberapa hari masalah ini berlaku

bila buka je terus di bawa ke web site ni


bila aku cuba tukar URL dan nama blog jadi masalah lain pulak. link witihn tak boleh buka la, malah direct link yang aku letak dalam Facebookpun papar blog ni kena delete..hah berpeluh juga. Bertahun-tahun buat takkan nak remove semudah itu.

Aku yakin kawan-kawan yang letak url blog ni dalam blog diorang tentu tak boleh buka juga.Sebab mereka mana tahu aku ada masalah ni dan perubahan nama blog. So, aku ubah balik alamat URL aku tu kepada sedia kala. Dan sekarang sedang menyiasat apa puncaa masalah.

Setelah mengkaji beberapa widget yang punya script html dan java yang dijangka punca masalah..sebab hanya widget yang di letak di tepi blog ni saja yang ada link dengan pelbagai web kat luar.

aku cuba.....!!

cubaan pertama aku remove shout box..Banyak cadangan rakan blogger mengatakan biasa terdapat di shoutbox..tapi nampaknya lepas remove dan update pun masih keluar benda tak guna tu.. hiii

setelah mencuba - cuba lihat satu-satu code dalam widget tu akhirnya aku jumpa....huu lama menelek benda ni, matapun dah mengantuk bulan puasa ni ternampak link web dalam salah satu widget


apa lagi dengan rakusnya aku remove dia dari setting lay out blog aku...padan muka...dan selepas ni satu kerja pula masukkan balik beberapa code html yang aku dah delete masa mencuba-cuba tadi.. menyusahkan betul... tapi ini pengalaman berharga.

Jangan lupa lihat satu lagi blog aku, 
banyak info tentang emas di sana.

blog diganggu

setakat hari ni banyak gangguan pada blog..termasuklah virus dan spam. terbaru masalah view diambil alih oleh kinosyiu web ni..

Wednesday, June 20, 2012

Saya Jual Emas Fizikal

Awal tahun ini saya telah mengambil keputusan menjadi dealer emas bagi syarikat Gold Crest Pavilion (GCP). Setelah lama study tentang pelaburan Emas saya dapati ia yang terbaik kerana menyediakan emas fizikal yang sebenarnya dalam konteks jual beli emas. Beli emas dapat emas.


Pemerhatian utama saya ialah sudut halal. Urusan jual beli emas di GCP adalah halal dengan menetapkan akad jual beli dan pematuhan syariah seperti yang selalu di kongsi oleh Ust Shaharuddin dan web beliau.


Kemudian ketegasan syarikat ini dalam pematuhan undang-undang negara. GCP menentang sebarang skim yang menyalahi akta Syarikat 1985. Banyak kes penipuan emas menyebabkan saya berhati -hati.


GCP juga mempunyai matlamat yang jelas dalam membantu umat Islam dalam penyimpanan emas fizikal. Visi dan misi tersebut dapat di baca dalam laman web rasmi GCP.  Syarikat Muslim ini juga menginfakkan harta ke arah kebaikan seperti pembinaan masjid.

Kemudian variasi emas yang pelbagai seperti Rantai Leher, Rantai Tangan, Gold Bar dan Silver Bar serta Dinar yang tulen 999 dan 916. Daripada yang berat dan mahal kepada saiz mampu milik seperti 1 gram.

Akhir sekali aspek harga murah yang membuatkan saya terus mendaftar sebagai dealer GCP. Harga yang dipamerkan kerap menjadi panduan saya membanding dengan kedai emas. Memang lebih murah.

Sesudah menjadi dealer ini matlamat peribadi saya ialah kaedah simpanan emas sendiri dengan harga murah, keduanya, saya ingin mendidik masyarakat, keluarga dan rakan-rakan saya tentang kepentingan menyimpan emas serta menyediakan pilihan tempat belian. Ketiga sebagai dealer jual-beli emas tempat rujukan para sahabat, saudara-mara serta masyarakat berurusniaga emas fizikal.

Sehubungan itu saya telah menyiapkan  satu blog untuk kemudahan berurus niaga yang boleh dilayari di http://emas-di-sini.blogspot.com/


saya menjemput lah semua pengunjung ke blog emas saya. Mahu beli emas atau ingin menjadi dealer boleh hubungi saya di aqjengka2005@gmail.com atau sms 011-19329494.

Sunday, April 29, 2012

Selamat Hari Jadi Ijah

29 April 2012

Selamat Ulang Tahun ke 4,  buat puteri ku .. Ainatul Izzah. Moga Ijah akan membesar dengan sihat walafiat menjadi anak yang baik, cerdik dan ceria. Sememangnya puteriku yang ini sangat ceria orangnya. Mudah tersenyum dan aktif. Cepat matang,  mungkin kerana ketika berusia setahun telahpun mendapat adik.


Kali ini menyambut birthday Ijah di Star Mall Mentakab. Anak-anak ku memanggil Star Mall dengan sebutan 'Aloq Staq Mall' he he.. Sebabnya tahun lepas sewaktu balik Kedah kenduri anak sedara, Hisyam... aku tak berkesempatan nak berjalan-jalan ke Alor Setar. So apabila berada di Pahang... Star Mall jadi 'Aloq Staq Mall' mengganti ketidakpuashatian Adeeb yang beria-ria sangat nak ke Aloq Setaq Kedah.

Sunday, April 22, 2012

Sayuti Zainorrdin yang ku kenal, Alfatihah...


Pagi ini baru terbaca dalam Facebook  tentang pemergian ke rahmatullah seorang sahabat dari Jengka 21. Saudara Sayuti Zainordin telah kembali kerahmatullah pada 21 April 2012. Khabarnya arwah mendapat serangan jantung akibat terkejut kerana kematian ibunya pada hari yang sama.


Allah Maha Berkuasa terhadap sesuatu. Bagi keluarga Allahyarham tentunya lebih terasa apabila kehilangan dua insan tersayang dalam hari yang sama. Aku sungguh terkejut tentang berita ini. Arwah dan ibunya ku kenal  dan mesra sejak zaman persekolahan lagi. 

Arwah ialah 'junior'  ketika aku bersekolah. Walaupun junior, keaktifannya bersukan menyebabkan dia popular kepada seluruh warga sekolah. Kalau di bidang olahraga kudratnya menyaingi kami yang di kelas tingkatan yang lebih atas. Kami juga selalu bermain bolasepak bersama. Malah dengan bolasepaklah kami lebih akrab sehingga lepas sekolah.. 

Pasukan Belia Jengka 21 di tahun hujung 1980an dan 90an adalah medan terbaik arwah berkecimpung dan memimpin. Minatnya dengan bolasepak menyebabkan beliau tidak kisah tenaga dan tidak lokek wang ringgit  bertindak sebagai pemain, jurulatih dan pengurus pasukan sekaligus. 

Beliau berjaya dengan pantas mengumpul pemain untuk sebarang kejohanan liga, 7-sebelah, 9-sebelah dan sebagainya. Aku jarang dilupakan untuk posisi sayap kiri. Ketika itu hanya aku  menggunakan kaki kiri dalam pasukan kami. Maka kami akan bergerak ke merata lokasi dengan van 'Liteace' ayahnya.


Gambar ini ialah kenangan ketika menyaksikan 'final' Piala Malaysia tahun 1992. Kami sama-sama turun dari Pahang ke Stadium Merdeka, tetapi tahun itu aku menyokong pasukan Hijau Kuning. Arwah tekal dengan pasukan Tok Gajah.

Kerjasama kami diteruskan dalam kepimpinan belia M.A.Y.C.  Ketika aku Penolong Setiausaha, Arwah adalah AJK Biro Sukan. Banyak program kami jalankan bersama. Kemudian apabila generasi kami berhijrah keluar sekitar tahun 1993 kerana menyambung pelajaran dan berkerja di luar Felda, arwah menerajui kepimpinan belia tersebut sehingga tahun ini. 

Sebelum aku masuk maktab perguruan keluarga Allahyarham menguruskan perniagaan Kantin di SK Jengka 21. Ketika bertugas 3 bulan di situ kerap jugalah makan 'free' dan ketika mendapat surat tawaran ke Maktab Perguruan ibu arwah sangat gembira dan menghulurkan RM50 buat belanja. Aku sangat ingat peristiwa itu serta kebaikan arwah dan keluarganya.


Sepanjang di Maktab, peluang bermain bolasepak bersama 'team' Jengka hanya hadir waktu cuti. Ketika itu jika ada kejohanan masih ada Sayuti menghubungi. Tetapi apabila 'posting', kahwin dan berpindah.. dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah masaku terhadap bolasepak kian terbatas. Staminapun makin kurang. Posisi sayap kiri itupun sudah ada pengganti yang lebih muda dan bertenaga.

Malah di tahun 2000, setelah mendapat cahaya mata, aku terus menggantung 'boot'. Kami jarang lagi berjumpa dan dapat bersua sekali-sekala bertanya khabar khasnya ketika Aidilfitri. 

Kini kedua-duanya telahpun pergi. Semoga arwah Sayuti dan Arwah ibunya mendapat kerahmatan Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di sana............Al-Fatihah.



Monday, April 2, 2012

Udang Galah Sungai Pahang

Hari ni ada rezeki udang galah. Banyak lagi udang galah dalam Sungai Pahang rupanya. Isteri saya bawa balik dari rumah pengasuh. Banyak juga hampir sekilo. Saya tidak pernah memancing udang  dalam sungai. Kalau kolam pernah lah juga tapi tidak berbaloi dengan ringgit yang keluar.


Masa kecil-kecil dulu,  pernah menyauk udang dalam sungai masa berkelah di Tualang Bok. Tapi bukanlah udang galah. Hanya anak-anak udang. Pengalaman memperolehi udang dengan usaha sendiri tu sangat menyeronokkan. Biasanya kami masak bersama sayur dan makan dengan nasi panas-panas, fuh ... itu cerita 30 tahun dulu. Sekarang Tualang Bok, satu kawasan terpencil di daerah Baling Kedah tu rasanya tak ada lagi kot...


Memang saya tiada skill memancing udang. Skil makan udang memang ada. Ha ha..sampai isteri saya selalu peringatkan tentang kolesterol!.. Sebabnya, kalau ke Temerloh kerap juga singgah makan udang galah masak lemak di tepi Highway di Bukit Angin tepi Jambatan Temerloh tu. Memang sedap. Hari ini dapat makan udang galah pancing dari Paya Pasir, salah satu tempat memancing yang famous di susur Sungai Pahang.

Saturday, March 31, 2012

Arnab dalam lubang

Hujung minggu ni cadangnya mau masukkan tanah ke dalam polybag. Nak tanam pokok belakang rumah. Ada benih cili dan kailan sikit. 


Tak sangka tengah menyangkul terjumpa anak-anak arnab yang comel sedang tidur. Tidak pasti  bila masa ada 4 ekor anak arnab dalam lubang tu. Memang dua bulan lepas arnab betina yang anak-anak saya panggil 'Blue' beranak. Tapi 2 hari lepas tu rasanya semua anak-anaknya mati. Tak pasti anak-anak arnab ini adakah yang baru beranak atau saki baki yang dulu berjaya diselamatkan oleh Blue.Lihat saiz yang ini seperti usia 3 minggu.


Selepas anak arnab mati tempohari, memang 'Red' dan 'Blue' di biarkan bebas keluar dari reban. Mereka akan masuk reban untuk makan pellet dan minum sahaja. Tidak sangka lubang yang dikorek itu jadi tempat anaknya bersarang sehingga sebesar itu sekarang. 


Lepas ni kena buat reban yang lebih besar nampaknya.. Tapi kesukaran yang dijangka ialah bagaimana mahu menguruskan anak-anak arnab ini, terutama penyusuan dan keselamatan dari kucing. 'Blue' seolah tidak peduli pada anak-anaknya....


dan tak ada kerja lainlah anak-anak lepas ini... Asilah, Adeeb , Ijah dan Alyaa asyik membelek anak-anak arnab sahaja. Nasib baik hujung minggu cuti sekolah. Mengusung ke dalam rumah dan masing-masing berebut nak memegang arnab. Tapi tak apalah ada juga keasyikan selain bermain games.


Daun 'Rumput Israel' kesukaan arnab pun banyak rupanya di sekitar rumah. Bolehlah ditukar-tukar dengan pellet yang harganya pun dah berapa ringgit sekarang..