Followers

nuffnang

Thursday, July 18, 2013

Tragedi Tsunami Acheh Di latar cerita Hafalan Shalat Delisa



Hari ini kami sekeluarga meluangkan masa menonton cerita Hafalan Shalat Delisa. Ternyata naskah cerita ini sangat baik, Menontonnya seumpama kita membaca novel karya-karya penulis besar. Garapan cerita yang berlatarkan kisah tragedi Tsunami Acheh di tahun 2004 mengingatkan peristiwa sedih itu. Ketika itu Adeeb anak kedua saya berusia 2 bulan.. 

KIsahnya berkaitan Delisa gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman, Ayahnya bertugas di sebuah kapal tangki perusahaan minyak antarabangsa. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dia panggil Ummi, serta ketiga kakaknya iaitu Fatimah dan si kembar Aisyah dan Zahra.



26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian amali  solat ketika tiba-tiba terjadi gempa bumi. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghentam, dan menggulung desa kecil mereka, sekolah mereka, dan  tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu masyarakat di Aceh serta sebahagian pantai di Asia Tenggara


Delisa telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat iaitu Smith, tentera Amerika Syarikat setelah berhari-hari pengsan di kawasan pantai bencana. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa dipotong. Penderitaan Delisa menarik simpati ramai orang. Smith sempat ingin menjadikan Delisa anak angkat ketika Delisa sebatang kara sebelum Abi Usman berhasil menemui Delisa. Delisa bahagia bersama kembali dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar khabar ketiga kakaknya telah pergi ke syurga, dan Umminya  belum tahu di mana.


Kisah Delisa dan penghayatan bagus pelakon menyebabkan semua anak kecil saya asyik menonton sehingga tamat. Bukan senang dapat tumpuan begitu. Selain kisah kebaikan amalan keagamaan seperti hafalan solat, kisah kasih sayang keluarga, malah kisah sejarah  Tragedi Tsunami dapat disampaikan secara penuh bermakna kepada anak-anak.


'Delisa cinta Ummi karena Allah'.

Kisah tsunami juga saya paparkan sebelum ni dalam entry
http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/11/berita-pada-kawan-special-tribute.html

dan kalau mahu tahu harga emas dan kenapa emas simpanan jangka panjang ?
klik http://emas-di-sini.blogspot.com/

Friday, February 1, 2013

Boleh ke Alya pergi sekolah?

Ketika mendaftar Alya dan Izzah ke tadika, kami bimbang dan tertanya-tanya,.. boleh ke ? Izzah tu tak apa lah dia berani dan boleh berdikari. Tapi si kecil ni risau juga. Alya bukan sahaja masih menyusu badan, pakai lampin dan bercakap tak lepas lagi.

Maklumla paling bongsu. Tapi dalam kekhuatiran itu hari ini, 2 Februari sudah cukup sebulan Alya dan Izzah bersekolah di Pasti Nurul Iman.


Hari pertama 2 Jan 2013 sahaja ibunya tunggu sampai rehat. Hari-hari lain sudah tidak perlu menunggu. Cuma Izzah selalu mengomel dia tak nak diambil lewat, nak buat macam mana ibu dan ayah bekerja.

Dalam tempoh sebulan ni baru dua kali terkencing dalam seluar..hahaha.. cikgu dia pinjamkan seluar budak lain.

Alya sedang belajar banyak perkara dan berlatih meninggalkan macam-macam kebiasaanya sebagai baby..berlatih tidak memakai lampin dan buang air di tandas, berlatih minum gelas dan macam-macam lagi.

Yang seronoknya Alya sudah boleh membaca Al fatihah dan beberapa doa harian walaupun pelat. Waktu kami solatpun dia akan solat bersama. Alhamdulillah. Moga Alya dan Izzah akan menjadi anak yang solehah nanti.

Ni gambar masa Alya berusia sehari di HOSHAS Temerloh. Pantas masa berlalu.

dan ada entry khusus ketika kelahiran Alya di http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/07/baby-keempat-seorang-puteri.html


Sunday, January 20, 2013

Unit Komunikasi Sekolah

Hari ni pelancaran Unit Komunikasi di sekolah. Unit ini di bawah pengurusan Badan Disiplin.

Di peringkat awal penubuhan SKJP2 iaitu di tahun 1995 hingga 2000 penggunaan alat siaraya begini memang telah ada kami gunakan. Apabila sistem siaraya rosak aktiviti ini menjadi terbantut sekejap.

Apabila pengurusan baru bertukar ganti di sekolah, penggunaan siaraya  hanya  di perhimpunan rasmi sahaja.

Ketika aku berkunjung ke beberapa buah sekolah, aku melihat betapa lebih teratur pengurusan disiplin di sekolah tersebut bila menggunakan Siaraya di beberapa situasi seperti di awal pagi, selepas rehat dan sebelum pulang.. Dan lebih bermakna apabila ada sahabat menyatakan idea mereka itu diambil dari SKJP2 dulu.

Sedangkan sistem komunikasi kamipun sudah lama senyap... hehe.

Maka aku mencadangkan aktiviti ini dihidupkan semula.

Perancangan awal untuk melaraskan bacaan doa selepas rehat dan sebelum pulang. Boleh di perluaskan lagi nanti untuk bacaan doa pagi dan lain-lain aktiviti lagi selepas ini. Objektif utama agar murid sentiasa berdisiplin dan pengurusan sekolah lebih  teratur.

Monday, January 7, 2013

Yeaah sudah sampai dakwat printer

Tahun ni permulaan kerja agak terganggu apabila dalam kesibukan merancang , menulis , menaip tiba-tiba printer Samsung ML2550 ini buat hal, dakwat laser sudah kering. Memang aku ada simpan satu buat spare. Bertahun aku simpan bila nak pakai camni ada terus. Malangnya, bila nak buka untuk gantikan yang baru tiba-tiba terjatuh pula dan pecah. Memang tiada rezeki.  Terpaksalah cari baru, harga nya boleh tahan...


Nak senang aku google sahaja, cari yang remanufactured, yang murah dan akhirnya dapat. Terus order !!. 


Hari ini dakwat yang aku order secara online sampai.. nampaknya ini sudah acap kali aku membeli belah secara online. Memang mudah dan berbaloi. Kalau nak turun KL semata-mata nak beli dakwat ni mau parak duit minyak, tol dan masa emas ku. Secara online semuanya mudah. Esok aku nak print segala macam kerja aku yang tertangguh..


Sunday, January 6, 2013

idea awning

Pening juga memikirkan bentuk awning yang bakal di buat jika renovate rumah nanti. Idea untuk plan rumah bahagian yang lain melibatkan pembinaan baru. Tapi awning depan ni sudah sedia ada. Mahu diganti maka bazir RM3K,  Jika kekalkan yang sedia ada rasa macam tak cantik..tapi kalau mau buat slack simen konkrit dengan keluasan ini mahu cecah RM30K- RM40K ..huu mahalnya..sedang mencari idea ni ..

Tuesday, December 25, 2012

Kembara Oren di Jengka 21, apacer..?



Aku baru tengok video ni dan sebagai seorang anak Felda, video ini amat menarik perhatian aku. Aku sangat dekat dengan Felda, sejak kecil membesar di Felda, kemudian melanjutkan pelajaran di Asrama felda. Ketika belajar di Universiti aku memilih untuk membuat beberapa kajian kes sehinggalah penulisan tesis ( Penulisan Ilmiah) Ijazah Sarjana Muda ku pun berkaitan Felda, maka apa-apa berita mengenai Felda menarik perhatian aku. Apatah lagi berita mengenai Jengka tempat aku.

Ketika zaman belia aku aktif dengan Belia Felda. Aku pernah menjadi Setiausaha. Sehingga kini aku aktif dengan ALUMNI Asrama Felda. Banyak aktiviti kami jalankan demi generasi kedua dan seterusnya. Sebab itu aku begitu teliti dengan Felda. Apabila ANAK sebagai NGO berkaitan generasi kedua mengutarakan pelbagai isu, aku turut mengkajinya. Malah BAPAK, agensi di bawah GFWF ditubuhkan bagi menyaingi ANAK mengeluarkan kenyataan aku meneliti juga.

Sebagai orang yang berpelajaran, aku tidaklah mahu diri dipengaruhi oleh mana-mana parti politik apabila berkaitan Felda. Sememangnya pula parti politik mempunyai impian atau mengekalkan status-quo masing-masing di felda. Bagi ku parti politik berhak untuk mencari pengaruh masing-masing kerana negara kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen bukannnya negara ini mengamalkan autokrasi kerajaan Feudal. Ketaksuban melampau terhadap mana-mana parti politik sehingga menutup telinga sangat tidak bijak untuk negara.
 
Parti politik tidak akan kekal selama-lamanya. Felda, bahkan negara ini akan terus wujud waima mana-mana parti politik berkuasa. Adalah penting kita memastikan Felda ini diurustadbir dengan baik sepanjang masa. Ketika ini, dan masa hadapan.
 
Parti politik yang bagus dahulu, tidak semestinya bagus sekarang ini. Yang bagus sekarang tidak semestinya bagus di masa depan. Antara punca pereputan parti politik ini apabila di pegang oleh orang yang korup. Maka untuk memastikan kelangsungan urus tadbir tanah Felda kekal terbaik kita perlu mengatasi masalah dengan rasional. Kita tidak boleh bernostalgia kerana mengenang budi dan membiarkan masalah , membutakan diri kerana kisah kenangan silam.

Aku sayangkan Felda , sebagai seorang yang rasional ada banyak isu yang dibangkitkan oleh ANAK perlu dijawab dengan cara hujah dan butiran akademik bukannya dengan cara samseng, tidak bertamaddun. Tindakan menghalang jalan, memaki hamun, menggambarkan tahap kecerdikan dan akhlak serta keimanan kita. Kenapa perlu takut dengan kembara Oren. Kalau tidak benar hujah mereka boleh di bawa ke mahkamah atau boleh dijawab oleh agensi  berkaitan. Kalau benar hujah mereka, kenalah atasi segera, dan nyahkan bajingan tersebut, jika ada.

Banyak kepincangan yang berlaku kerana si perasuah bermaharajalela. Felda akan hancur jika perasuah berleluasa dan berkuasa. Perasuah dan penyalahgunaan kuasa harus ditentang oleh sesiapa sahaja. Saya percaya perasuah ini akan terus menyelinap di mana sahaja ada peluang walau tampuk kuasa berubah nanti. Si pelahap akan mencari peluang dan bangkai di tempat baru pula nanti. Maka wajib menentang watak perasuah ini di masa sekarang atau masa depan tidak kira bajingan ini berpayung di syiasah mana.

Sunday, December 23, 2012

Jakarta Bandung


Pengalaman ke Jakarta Bandung  sangat best,  tapi belum berkesempatan untuk menulis. Layan gambarlah dulu. Nanti ada kesempatan aku ceritakan....





 
 
 
 
 
 

Friday, December 21, 2012

Buah di kampung tak laku

Tahun ni pokok buah-buahan banyak dan menjadi. Di merata-rata buah durian , manggis, cempedak, rambutan dan langsat ada. Malah harga buah-buahan tempatan di pasaranpun telah jatuh. Semua di jual murah. Atas alasan itu juga ramai orang membiarkan saja buah masak dan busuk di pokok. Sayang sekali, buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat seolah tiada harga. Durian mungkin spesis yang beruntung kali ini, bila resepi inovasi baru menjadi fenomena iaitu Crepe Durian. Buah-buahan lain tiada inovasi pemakanan nampaknya lagi.
 

Apabila saya pulang ke kampung, situasi yang sama kelihatan. Banyak buah rambutan yang masak ranum di pokok. Cempedak bersusun di dahan.  Sanak saudara yang pulang, memang ada ambil makan dan bawa pulang tetapi seolah tidak luak. Masih banyak dipokok. Rezeki monyet, tupai, kelawar dan burung lah nampaknya.
 

Ada juga bawa pulang dan ada yang dihantar kerumah. Kalau durian untuk tahan lama boleh dibuat tempoyak.