Followers
nuffnang
Wednesday, February 26, 2014
Keasyikan Bola
Tahun ni sudah kerap kali menonton bola. Kebanyakan bersama keluarga. Sebagai satu rekreasi mengeratkan kasih sayang. Boleh juga memberi pengalaman pada anak -anak. Memang seronok bagi yang minat bolasepak. Dahulu ketika muda belia saya akan ke Stadium bersama dengan kawan-kawan. Bila kawin dan berkeluarga tak dapat nak teruskan aktiviti tu banyak komitmen..sekarang sudah lapang sikit anak-anak sudah besar sikit. dapatlah tengok bola, hehe...
Sunday, January 26, 2014
2014 tahun sibuk
Masuk 2014
Rumah yang di ubahsuai belum sempurna lagi siap. Tapi bagi mengelakkan menanggung dua buah rumah kena keluar rumah kuarters. Tumpukan satu perbelanjaan sewa.
Sambil di rumah baru boleh juga ada masa mengecat luar dalam.
Bahagian yang belum sempurna hanyalah kemasan. Secara keseluruhan 90 % sudah beres.
Tapi kepuasan ketara bila rumah ini dibina sendiri. Akulah kontraktornya haha.. Nanti ada masa nanti akan dibuat satu entri khusus bagi mengenangkan proses buat rumah sendiri ini untuk kenangan dan panduan.
Tapi tahun ini sibuk bila buka sekolah empat orang semuanya mula bersekolah. Anakanda sulungpun bakal menghadapi UPSR. Dua yang kecil pun masuk Pra Sekolah.
Awal tahun sudah kena bersedia pemantaun New Deals. Calon bagi kali ketiga berturut-turut. Ada pengalaman lepas yang menyebabkan tidak lah sangat tertekan.
Sibuk-sibukpun dapat juga pergi stadium tengok bola...haha
Rumah yang di ubahsuai belum sempurna lagi siap. Tapi bagi mengelakkan menanggung dua buah rumah kena keluar rumah kuarters. Tumpukan satu perbelanjaan sewa.
Sambil di rumah baru boleh juga ada masa mengecat luar dalam.
Bahagian yang belum sempurna hanyalah kemasan. Secara keseluruhan 90 % sudah beres.
Tapi kepuasan ketara bila rumah ini dibina sendiri. Akulah kontraktornya haha.. Nanti ada masa nanti akan dibuat satu entri khusus bagi mengenangkan proses buat rumah sendiri ini untuk kenangan dan panduan.
Tapi tahun ini sibuk bila buka sekolah empat orang semuanya mula bersekolah. Anakanda sulungpun bakal menghadapi UPSR. Dua yang kecil pun masuk Pra Sekolah.
Awal tahun sudah kena bersedia pemantaun New Deals. Calon bagi kali ketiga berturut-turut. Ada pengalaman lepas yang menyebabkan tidak lah sangat tertekan.
Sibuk-sibukpun dapat juga pergi stadium tengok bola...haha
Sunday, December 22, 2013
Jumpa Sir Isaac Newton di Bandung
Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematicayang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum gerakan Newton dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.
Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di kauunti Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.
Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang diputarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.
Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.
Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.
Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.
Tuesday, October 1, 2013
Rumah Sewa di Bandar Jengka
Kerap kali orang bertanya tentang rumah sewa di BandarJengka. Ini ada satu rumah kenalan saya yang hendak disewakan.
Rumah yg hendak disewakan ini khusus kepada student UiTM Jengka, Pahang untuk kemasukan Dec 2013. bagi kategori lain tu boleh berhubung sendirilah kepada tuan rumah. Berikut ialah butiran penuh tentang fasilitis yang ada dan kadar sewanya sekali:
- Sewa rumah RM1800 sebln. Max 12 org pelajar.
- Rumah banglo detach 2 tkt. - 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu/living area, family area, study area n ruang dapur.
- Sebilik 4 org.
- Ada kelengkapan katil, tilam, almari pakaian n meja study utk 12 org.
- Juga dilengkapi dgn peti ais, dapur & tong gas, mesin basuh, rak kasut, langsir di semua tingkap/sliding door n tempat jemur kain 2 tkt beroda.
- Di ruang tamu dilengkapi dgn sofa, tv n carpet.
- Ada extension awning di bahagian dapur/belakang seluas 35 x 6 kaki.
- Ada agreement sewa rumah yg akan di stamping.
- Rumah terbuka utk disewakan kpd siswa n siswi.
- Deposit RM6000 @ RM500 seorg (2 bln sewa rmh@RM300 + deposit air@RM100 + deposit letrik@RM100) x 12 org.
- Deposit termasuk sewa rmh bln pertama.
- Boleh bayar 2x @ pendahuluan RM3000 utk byr booking. Baki lg RM3000 boleh bayar selewat-lewatnya pd 1 Dec 2013.
Alamat rumah:
No 28, Jln 8,
Tmn Jengka Mahkota,
Bandar Jengka, Pahang
Tel : 016-2706962
Friday, August 30, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Mandi Sungai
Seronok sangat anak-anak bila dapat mandi sungai. Sudah kerap kali Adeeb terutamanya, minta di bawa mandi sungai yang boleh dia tangkap ikan dan udang. Dia mungkin berimaginasi lebih tentang keseronokan bila saya bercerita kisah hidup masa kecil-kecil di kampung. Budak -budak ni biasanya bawa mandi di kolam resort atau taman tema sahaja. Sebab tak banyak sungai kecil yang bersih sekarang. Kali ini dapat peluang mandi sungai di Kampung Raga, Yan di belakang rumah Abang Zamri dan Kak Ana.Air sungai yang mengalir jernih dari Gunung Jerai. Apa lagi sampai demam-demam lah berendam.
Friday, August 16, 2013
Pulau Aman
Sudah lama tak berkunjung ke Pulau Aman. Sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak. Hari ni berkesempatan untuk ke sana bersama isteri dan anak-anak serta kedua ibu bapaku. Kali terakhir pergi sekali di pertengahan tahun 1990an. Sebelum itu di tahun 80an agak kerap ketika itu ramai saudara mara rapat masih hidup lagi. Ketika itu kena melalui Bukit Tambun menumpang bot nelayan yang menghantar ikan ke jeti. Sekarang sudah ada kemudahan bot penambang dari jeti Batu Musang berdekatan Stadium Batu Kawan. Pelancong luarpun ramai boleh berkunjung ke Pulau Aman.
Bagi anak-anak Seronok dapat pengalaman naik bot, berjalan di sekitar pulau dan makan makanan laut segar. Untuk Makan mee udang saja tiga kali kami makan di restoren terapung. Hari terakhir order ketam dan udang lipan untuk steam. Memang fresh hidup2 lagi. Bagi kedua ibu bapa ku ini peluang mereka berjumpa saudara mara, sepupu sepapat dan menziarahi kubur datuk nenek. Pada malam tu selepas maghrib sempat juga buat tahlil di masjid Pulau Aman.
Selain tu dapatlah melihat pemandangan indah, menangkap ikan dan teritip, berkunjung ke Telaga Emas, bermain dengan rusa, kambing dan burung-burung. Yang paling tidak dilepas peluang tentunya bergambar di tempat-tempat menarik . Ini ialah tempat bergambar paling nostalgik sekali sebab pernah posing di tempat yang sama lebih 30 tahun dulu.
Sambil itu ketika saya mencari info berkaitan Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 terjumpa link ke blog http://sekolahpulauaman.blogspot.com/ dan saya tertarik pada gambar ini khususnya pada papan batu.
Murid SK Pulau Aman di tahun 1960 an.
Thursday, July 18, 2013
Tragedi Tsunami Acheh Di latar cerita Hafalan Shalat Delisa
Hari ini kami sekeluarga meluangkan masa menonton cerita Hafalan Shalat Delisa. Ternyata naskah cerita ini sangat baik, Menontonnya seumpama kita membaca novel karya-karya penulis besar. Garapan cerita yang berlatarkan kisah tragedi Tsunami Acheh di tahun 2004 mengingatkan peristiwa sedih itu. Ketika itu Adeeb anak kedua saya berusia 2 bulan..
KIsahnya berkaitan Delisa gadis kecil kebanyakan yang periang, tinggal di Lhok Nga desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bungsu dari keluarga Abi Usman, Ayahnya bertugas di sebuah kapal tangki perusahaan minyak antarabangsa. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dia panggil Ummi, serta ketiga kakaknya iaitu Fatimah dan si kembar Aisyah dan Zahra.
26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian amali solat ketika tiba-tiba terjadi gempa bumi. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami menghentam, dan menggulung desa kecil mereka, sekolah mereka, dan tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu masyarakat di Aceh serta sebahagian pantai di Asia Tenggara
Delisa telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat iaitu Smith, tentera Amerika Syarikat setelah berhari-hari pengsan di kawasan pantai bencana. Sayangnya luka parah membuat kaki kanan Delisa dipotong. Penderitaan Delisa menarik simpati ramai orang. Smith sempat ingin menjadikan Delisa anak angkat ketika Delisa sebatang kara sebelum Abi Usman berhasil menemui Delisa. Delisa bahagia bersama kembali dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar khabar ketiga kakaknya telah pergi ke syurga, dan Umminya belum tahu di mana.
Kisah Delisa dan penghayatan bagus pelakon menyebabkan semua anak kecil saya asyik menonton sehingga tamat. Bukan senang dapat tumpuan begitu. Selain kisah kebaikan amalan keagamaan seperti hafalan solat, kisah kasih sayang keluarga, malah kisah sejarah Tragedi Tsunami dapat disampaikan secara penuh bermakna kepada anak-anak.
'Delisa cinta Ummi karena Allah'.
Kisah tsunami juga saya paparkan sebelum ni dalam entry
http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/11/berita-pada-kawan-special-tribute.html
dan kalau mahu tahu harga emas dan kenapa emas simpanan jangka panjang ?
klik http://emas-di-sini.blogspot.com/
Kisah tsunami juga saya paparkan sebelum ni dalam entry
http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/11/berita-pada-kawan-special-tribute.html
dan kalau mahu tahu harga emas dan kenapa emas simpanan jangka panjang ?
klik http://emas-di-sini.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)









