Followers

nuffnang

Tuesday, May 24, 2011

Jangan Jika Belum Sampai Waktunya - Ust Zaharuddin

Saya tertarik dengan kupasan Ust Zaharuddin dalam artikel terbaru beliau berjudul  "Jangan Jika Belum Sampai Waktunya".


Artikel  beliau  banyak menyentuh tentang keluarga dan masyarakat yang sebahagian besarnya melibatkan pengurusan hidup kita:
Lihat artikel penuh beliau...


Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-buahan yang belum masak hanya akan terhalang dari sebarang kenikmatan malah membawa kepada pembaziran sahaja. Logika ini bukan sahaja diterima aqal biasa, malah juga bertepatan dengan sebuah kaedah fiqh yang disepakati yang berbunyi :



مَنْ اسْتَعْجَلَ شَيْئاً قَبْلَ أَوَانِهِ عُوقِبَ بِحِرْمَانِهِ

Ertinya : Barangsiapa yang tergesa-gesa dalam sesuatu sebelum sampai tempohnya, nescaya akibatnya adalah terhalang terus dari mendapatkannya (Al-Ashbah Wa An-Nazair, As-Sayuti, hlm 195)



Para ulama Fiqh pada kebiasaannya akan memberikan contoh seorang waris atau anak yang tidak sabar untuk mewarisi harta bapanya, lalu bertindak membunuh bapanya. Apabila itu berlaku dan disabitkan oleh hakim, si anak tadi secara automatis terkeluar dari senarai penerima pusaka bapa. Ia berdasarkan sabda Nabi :



الْقَاتِلُ لا يَرِثُ



Ertinya : Yang membunuh itu tidak boleh mewarisi (Riwayat At-Tirmizi, sohih menurut albani)



Hasilnya, hampir semua mazhab bersepakat, malah dikatakan telah ijma’ di kalangan ulama, bahawa pembunuh tidak akan mewarisi harta mangsa yang dibunuh, khususnya bagi pembunuhan yang diniat dan disengajakan. Demikian ijtihad Imam As-Syafie, Abu Hanifah, Malik dan lain-lain. ( Al-Hawi al-Kabir, Al-Mawardi, 13/70). Manakala ada sedikit perbezaan pandangan dalam kes pembunuhan yang tidak disengajakan.



Apapun, itulah akibat ketidaksabaran, akhirnya tersekat terus dari harta pewarisan yang digilai.



Lebih jauh dari itu, kaedah ini sebenarnya bukan hanya terpakai dalam kes contoh di atas, malah dalam pelbagai aspek kehidupan pembangunan manusiawi dan pembinaan hukum Islam.



DALAM SISTEM PENDIDIKAN



Mendesak pelajar di usia tadika dan rendah untuk bergelumang dengan ‘stress’ belajar berlebihan, kerja sekolah yang menggunung serta terlalu keras dalam penekanan pada peperiksaan hanya akan menghalang sebahagian pelajar pada usia ‘bermain’ itu mengembangkan aqalnya dengan sempurna. Kesan negatif ini sering menimpa kanak-kanak lelaki yang mana cara belajar mereka lebih perlu bersifat santai dan tidak fokus berbanding kanak-kanak perempuan. Mungkin itulah salah satu faktor mengapa ramai lelaki gagal ke universiti.



Selain itu, muncul pelajar yang ‘bencikan sekolah dan pelajaran akibat terlalu tertekan dengan peperiksaan di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Jika berjaya pun, lahir pelajar yang ‘kaki’ menghafal tanpa faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisyen di dalam dunia kerjaya. Hasilnya, berterusan Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang, sama ada agama, sains dan teknologi, ekonomi dan sebagainya.



Tentunya saya tidak menafikan ramai juga telah berjaya melalui sistem ini, namun saya kira jika ia diubah, statistic kejayaan itu mungkin akan lebih membesar.



DALAM SISTEM UNDANG-UNDANG JENAYAH



Dalam bab undang-undang Islam, tergesa-gesa melaksanakan hukuman atau menganggap seseorang itu bersalah sebelum sampai waktu hakim memberikan kehakiman secara adil adalah satu kesalahan, malah dalam sesetengah tuduhan melayakkan kepada mereka yang tidak sabar-sabar menuduh itu hukuman berat dari sudut spiritual ( di waktu ketiadaan hukuman sebgeitu diperuntukan) pula seperti qazaf bagi yang menuduh zina dan liwat.



Malah ramai juga yang tidak sabar-sabar menyabitkan kesalahan ke atas seseorang sehingga ia menjadi fitnah serta penyebaran pembohongan. Akibatnya masyarakat gopoh ini akan sentiasa hidup dalam ‘stress’, sangka buruk dan kurang harmoni. Masakan tidak, apabila telah dengan sendirinya menyabitkan kesalahan ke atas seseorang sebelum proses pengadilan tamat, individu yang bebas itu, sudah mula dirasakan beban dalam komuniti setempatnya yang jahil itu.



Conoth lain adalah kewajiban qdhi atau hakim untuk menahan diri dari memberikan sebarang keputusan tergesa-gesa sebelum sampai waktu yang sesuai, iaitu sehinggalah dia mendengar hujah dari kedua-dua pihak. Nabi s.a.w mengingatkan :-



إذا تقاضى إليك رجلان فلا تقض للأول حتى تسمع كلام الآخر فسوف تدري كيف تقضي



Ertinya : Apabila kamu ingin mennjatuhkan hukuman ke atas dua orang lelaki ( yang diadili kes mereka) , janganlah kamu membuat hukuman kepada yang pertama (selepas mendengar katanya), sehinggalah kamu mendengar penjelasan pihak yang satu lagi, ketika itu, barulah kamu akan tahu bagaimana untuk menetapkan hukuman ( Riwayat At-Tirmizi; Hadis bertaraf Hasan)



Displin ini sebenarnya bukan sahaja mesti dipakai oleh hakim dan qadhi di mahkamah biasa, malah mesti diaplkasikan oleh individu masyarakat apabila sahaja mendengar suatu khabaran dan tuduhan buruk ke atas rakan-rakan Mukmin dan Muslim, ada yang segera mempercayai khabaran berita sebelum mendapatkan penjelasan dari yang dituduh akan menjatuhkan seseorang dalam dosa fitnah.



BAB URUSAN KEWANGAN



Beberapa minggu lepas saya bertemu salah seorang CEO di sebuah bank Islam tanahair, beliau meluahkan rasa hatinya dan dilemmanya ketika menjalankan tugasan yang diamanahkan.



Dilemma pertembungan di antara pemilihan fatwa yang tegas, ‘strict’ dalam pembinaan produk kewangan halal dan memenuhi tuntutan pelanggan yang kerap kali menginginkan sesuatu yang adakalanya tidak begitu sihat untuk diri mereka sendiri, seperti kemudahan kad kredit yang secara jelas menggalakan berhutang lebih dari kemampuan bulanan.



CEO tersebut berkata “kita memang boleh berpegang kepada pandangan fiqh yang lebih tegas, tapi hasilnya di dalam suasana masyarakat Malaysia yang belum cukup ilmu, kelak nanti bisnes kewangan halal ini akan terus terpaksa ditutup, atas dasar itu, pandangan fiqh yang sedikit longgar adakalanya mungkin perlu dipertimbangkan oleh para ulama, ia adalah untuk kemasalahatan masa hadapan perbankan halal ini juga”



Pandangan itu memang boleh diterima agar perbankan halal boleh terus berkembang dan harapannya selepas itu, mampu mengubah sikap negatif masyarakat dalam hal pengurusan kewangan peribadi juga.



Sikap majoriti masyarakat yang suka meminjam, berhutang dan kerap terlupa, lalai dan liat membayar semula hutang adalah satu fenomena biasa yang sangat tidak sihat. Namun untuk terus memotong semua produk pembiyaan halal yang berdasarkan hutang (debt based financing) secara serta merta adalah tindakan kurang tepat yang belum sampai waktu sesuainya. Selari dengan kaedah Fiqhiyyah di atas, kerana tindakan terbabit hanya akan meranapkan semua institusi kewangan halal (Islam) dari terus bersaing dan berkembang dalam pasaran semasa.



Apa yang patut dilakukan adalah mengetatkan lagi kreteria pemohonan pembiayaan agar latar belakang mereka adaah benar-ebar dari kalangan indiivdu yang mampu melunaskan hutang mereka. Itu amat penting agar tidak ‘melayan’ nafsu berbelanja mereka yang sukar dikekang minda yang waras.



Begitu juga, mengharapkan perbankan halal (Islam) di Malaysia melaksanakan ijtihad fiqh yang tegas dalam semua produknya tanpa berjaya menyemai kefahaman kepada rakyat berkenaan kepentingan hukum, hanya akan mengakibatkan seluruh industri perbankan Islam akan rugi dan akhirnya ditutup. Sekali lagi kaedah tersebut boleh diaplikasinya dalam hal ini.



DALAM BAB PELABURAN



Saya kerap bertemu dengan pelabur muslim yang inginkan jaminan keuntungan dan selamat modal tetapi inginkan kontrak pelaburan dimeterai menurut hukum Islam.



Sedarilah, bahawa permintaan itu adalah tidak mampu ditepati oleh kontrak pelaburan Islam yang hakiki. Jika didesak jua, maka seolah cuba mencari jalan untuk menghalalkan yang haram.



Selain itu, ramai yang menuntut sesuatu yang bercanggah dengan sifat bisnes dan hukum aqal, apabila meminta perbankan Islam menyediakan produk pelaburan yang bersifat ‘low risk with high return’.



‘Sunnatullah’ atau hukum normal fizik alam ini menyebutkan bahawa sifat normal dalam sesebuah pelaburan adalah ‘high risk, high potential return’ dan ‘low risk, low return’ tetapi kini ramai yang tergesa-gesa ingin kaya tapi tidak mahu menanggung risiko. Mahu bercanggah dengan hukum tabiat biasa pelaburan.



Hasilnya, mereka mereka terjebak dalam skim cepat kaya yang kononnya mampu menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko rendah. Akhirnya semua ditipu, hilanglah semua wang mereka, lalu membenarkan kaedah tadi. Iaitu, apabila keuntungan ingin dicapai sebelum waktunya dan tanpa mengikut normanya, akibatnya semua akan terhalang, iaitu hanya tertipu dan kerugian sahaja.



DALAM BAB PERKAHWINAN



Ramai juga yang berkahwin sebelum memahami tanggungjawab berat selaku suami isteri serta yang lebih penting adalah memamhami bagaimana tuntutan dan amanah agama ke atas ikatan suci itu.



Akibat tergesa-gesa mengikut runtunan emosi dan rasa, mereka disatukan tanpa ilmu yang matang. Kursus kahwin pun hanya mengandungi ‘lucu-lucu lucah’ kata sebahagian mereka mengkritik persembahan penceramah jemputan.



Akhirnya, perkahwinan tergesa-gesa sebelum penyediaan tapak yang kukuh hanya akan mengakibatkan tersekatnya kenikmatan dan keharmonian rumahtangga dalam tempoh yang singkat. Justeru, penceraian demi penceraian menghiasi tuntutan di mahkamah serta dada akhbar.



DALAM BAB PERATURAN PENTADBIRAN & SIYASAH ISLAM



Dalam hal pentadbiran, regulasi dan proses penyediaan tapak perlu dibuat secara tersusun bagi memastikan setiap pembaharuan positif dalam bab pentadbdiran dan politik mampu dihadam oleh masyarakat dengan baik.



Khalifah Umar bin Abd Aziz ketika didesak oleh anaknya untuk mengubah sertamerta unsur-unsur buruk dalam pemerintahan sebelum bapa naik selaku khalifah, segera menasihati anaknya dengan kata beliau :



لا تعجل يا بني، فإن الله تعالى ذم الخمر في القرآن مرتين وحرّمها في الثالثة، وأنا أخاف أن أحمل الناس على الحق جملة فيدفعوه وتكون فتنة

Ertinya : Janganlah tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam Al-Quran itu dua kali dan hanya mengharamkannya pada kali yang ketiga, dan aku bimbang jika aku bawakan kebenaran itu kepada manusia secara sekaligus, lalu mereka tidak dapat menerimanya dan menolaknya secara sekaligus juga, hingga terjadilah fitnah ( al-Muwafaqat, As-Syatibi, 2/148)



Itulah suatu hikmah, mengelakan ketergesaan dan memahami sejauh mana kesediaan minda dan ilmu masyarakat. Namun ini jangan sekali dijadikan alasan untuk terus tidak melaksanakan sesuatu yang baik, apa yang perlu adalah segera merangka ‘blue print’ dan proses ke hadapan dengan jelas dan bukan hanya dengan memberi alasan ‘tidak sedia’ masyarakat.



DALAM BAB FATWA DAN PEMBERIAN HUKUM



Ini satu lagi kes yang lebih berat, ramai yang ilmu Usul Fiqhnya tiada, kontang ilmu kefahaman dalam bahasa arab, apatah lagi Usul Tafsir dan Hadith, tetapi berlagak seperti alim besar memberi fatwa hukum halal dan haram dalam urusan kewangan, jenayah atau ibadah dan sebagainya. Lebih merbahaya sehingga ada yang cuba menafikan kewibawaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Antarabangsa.



Ini sangat tepat dengan kaedah yang menjadi fokus kita juga, iaitu apabila orang yang bukan ahli cuba mencampuri urusan yang dia tidak berkelayakan padanya, akibat dari itu, dia akan tersekat dari kebenaran serta jatuh dalam kesesatan. Lebih teruk, apabila dia merasakan pandangannya paling terpat berbanding semua ulama besar di dunia.



KESIMPULAN



Dari penulisan di atas, diharapkan kita semua lebih cermat dan bijaksana dalam menilai sama ada ‘masa’ yang sesuai telah tiba untuk berbuat sesuatu tindakan. Jika belum tiba waktu sesuai itu berusahalah mewujudkannya agar tindakan yang dilakukan dipasak oleh asas yang kukuh dan kuat.



Sabda Nabi s.a.w



التَّأَنِّي مِنَ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ



ERTINYA : Ketelitian itu datang dari Allah, dan tergesa-gesa itu adalah dari Syaitan (Riwayat At-Tirmizi, Al-Baihaqi, At-Tabrani, Abu Yu’la dengan pelbagai sanad, ada yang lemah dan hasan serta sohih. Albani menyimpulan sebagai sohih)



Pun begitu, nabi juga ada memberikan pengecualian, perkara yang perlu disegerakan tetapi bukan tergesa-gesa yang berasaskan kelalaian, iaitu :-



ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Ertinya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya. (Riwyaat At-Tirmizi )



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman
UIAM Gombak

banyak lagi artikel menarik ustaz Zaharuddin dalam  http://www.zaharuddin.net/


Sunday, May 8, 2011

sealed with the kiss


Radio Desa FM edisi internet baru saja perdengarkan lagu ini.
When I first listened this song long long time ago. Maybe in
1989, I was studied. It's far away from my hometown, leaving a family, friends...... just waiting a letter, without handphone, internet, sms, like now, hu hu...remind me so many thing, I'm not going to forget that moment for the rest of my life..

SEALED WITH A KISS

Though we've got to say good-bye
For the summer
Darling, I promise you this
I'll send you all my love
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

CHORUS:
Yes it's gonna be cold, lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my dreams
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But, Darlin' you won't be there

I don't wanna say good-bye
For the summer
Knowing the love we'll miss
Let us make a pledge
To meet in September
And seal it with a kiss

(instrumental)

(CHORUS)
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss
Sealed with a kiss


"Sealed with a Kiss" is the title of a song written by Peter Udell and Gary Geld. It was first recorded in 1960 by The Four Voices. While their version was released as a single, it failed to make a significant impact. In 1962, Brian Hyland, a frequent recorder of Udell's and Geld's material, released the song as a single.

Yang aku dengar tahun 1989 dulu mungkin versi Jason Danovan

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Guru

Lagu Tema Hari Guru 2011


tolong pause dulu radio desa FM kat sebelah kanan untuk mendengar lagu Tema ini.

Wednesday, May 4, 2011

Telaga minyak di belakang rumah

Bangun pagi terus tarik getah paip. Isi penuh minyak ke dalam tangki. Nanti kering tangki bila-bila masa boleh isi minyak lagi. Akupun bermurah hati untuk mengisi minyak ke dalam tangki kereta jiran tetangga. Amal jariah juga tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Semuanya angan-angan, berangan tidak sudah. Bila harga minyak naik lagi menjadi RM2.90 malam ini, itulah terfikir..alangkah indahnya jika ada telaga minyak persendirian belakang rumah. Boleh la jimat sedikit (banyak sebenarnya) berbelanja. Ketika harga minyak RM1.80 dulu, RON 97 ini lah yg tuang ke dalam kereta 2nd hand ku dulu. Tapi kini walaupun sudah pakai kereta 1st hand, Kemampuan dan kewajaranku hanya  memilih minyak murah yang pasti kurang sedikit kualitinya. Ringgitku kini sangat mudah cair bak ketul ais di musim panas...........

Sunday, May 1, 2011

Rahsia Youtube


syyyyyy..mau tau rahsia Youtube?
10 Rahsia Youtube Tidak Ramai Orang Tahu

Korang mesti suka layan Youtubekan? Suka letak video Youtube di blog/website anda? Anda perlu tahu trick-trick ini! ini adalah artikel yang sangat menarik yang di petik dari blog isuhangat.

1. Melihat High Quality Videos

Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:

* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.

Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.

2. Embed High Quality Video di blog anda

Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.

3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik

Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box

Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video

Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay

Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.

7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik

Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.

8. Tidak Menunjukkan Related Videos

Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.

9. Download Video

Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. Game Snake

Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

sebagai hadiah kepada pembaca yang sudi menjengah blog kita layan youtube ini. Boleh praktis..