Followers

nuffnang

Sunday, June 12, 2011

Alamak sudah habis cuti?



Sewaktu aku menulis post ini, tinggal  beberapa minit lagi untuk masuk hari baru. Maknanya sudah habis cuti kali ini. Terasa sangat pendek masa cuti kali ini.

Gambar di atas pula merupakan satu set lengkap komputer. Kalau tak silap generasi kedua tahun 1960-an. Besar gedabak dia punya CPU harddisk, belum masuk lagi extra memory. Kalau nak bandingkan dengan laptop yang kugunakan berapa kali ganda comel, malah Memory yang tersediapun lebih besar dari komputer yang besar tu.

Apa kaitan cuti kali ini dengan komputer ? oho..memang cuti kali ini aku sangat sibuk.

Masuk saja cuti hari pertama sudahpun mula membantu kejohanan Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri. Siapa lagi nak kena dan perlu bantu?.. Seperti mengadakan kenduri-kendara, Penyediaan makanan untuk seluruh pegawai dan peserta juga VIP dari negeri Pahang begitu memenatkan, dari sebelum , semasa dan selepas. Lebih ketara apabila venue kejohanan di Stadium dan penginapan jauh, malah berubah-ubah hingga saat akhir. Mana tak letih mengangkut makanan dari Jengka 2 ke stadium berkali-kali. Belum dikira lecehnya menyediakan makanan VIP, dan khemahnya juga. Natijahnya selepas itu letih terkesan beberapa hari.

Program Persada Jaya menyusul selepas itu. Itu Rutin tahunan sekolah untuk pengisian waktu cuti. Bagi subjek Mathematics telah tersedia beberapa modul yang aku create sendiri ikut kesesuaian budak aku. Setiap pelajar kan tidak sama tahap perkembangan dan kognitif mereka. Malah itulah cara aku mencungkil potensi A murid kelas belakang. Alhamdulillah cara itu berjaya saban tahun. Kalau murid kelas depan yang tak pelbagai masalah bolehlah balun set-set soalan, heh !

Habis Persada Jaya baru dapat uruskan hal peribadi dari cabut dan tampal gigi, bayar segala macam bill serta pinjaman, hinggalah kepada servis kereta di EON. Waktu tidak bercuti tak sempat nak pergi servis. Lagipun kereta EXORA ku ini perlu dicari kenapa berbau petrol terlampau kuat sangat ni. Alhamdulillah kini sudah nyaman. Sebelum di servis masya Allah mau termuntah..

Menjenguk orang tua. Sudah berbulan tidak balik. Sememangnya hujung minggu dulupun penuh dengan aktiviti. Macam-macam.  Kini dalam cuti melampau kalau tak balik. Sudah berkeluarga kena lah ke dua-dua lokasi. Kenduripun banyak. Takkan nak balik semalam je?...

Dalam cuti ni juga aku dapat tawaran kursus jangka pendek berkaitan komputer. Kursus Multimedia. Memang tahun lepas ada memohon. Rupanya tahun ini baru dipanggil. Sememangnya Kursus Multimedia aku tulis tiap-tiap tahun dalam borang Prestasi di ruang kursus yang ingin diikuti. Tapi tidak pernah dipanggil Kem Pelajaran. Akhirnya kena usaha cari sendiri melalui organisasi Kem Pengajian Tinggi. Alhamdulillah selesai kursus dan rasa sangat seronok dan bermanfaat.

Anak-anak bertanya tentang cuti. Maaflah kali ini tiada pergi mana-mana. Ke rumah Tok Wan dan Uwan Kampung tu la cuti. Kesian pulak. Cuma dapat bawak memancing udang sekali sebagai rekreasi. Tapi kalau berhasil menaikkan udang galah baru best.. Juga melawat studio Jamming abang FiFi. Ayah kabur alat muzik he he ..itu yang tak main tu.

Baki cuti sedikit 2, 3 hari ini dapat uruskan beberapa perkara saja. Sememang Pencalonan Sekolah berprestasi Tinggi menuntut penyediaan yang macam-macam. Banyak yang belum beres. Mujur banyak perkara menggunakan medium komputer. So, dapatlah buat serba sedikit walaupun tak pergi sekolah. Di antaranya bantu organisasi alumni, menjejaki ex-student, mengumpul gambar dan sijil untuk kebitaraan, membuat pelaporan dll. Cuma tak sempat cetak dan tampal.

Jangan pemantau datang esok sudahlah.............