Followers

nuffnang

Monday, September 1, 2014

Sajak Ini Siapa ?

Hari ini terlihat satu posting video yang menyentuh hati dari seorang sahabat. Deklamasi sajak oleh seorang peneroka. Bait kata dan latar cerita menyentuh hati ku tentang perit getir para peneroka. Dari usia muda mereka sehingga kini dilanjut usia, malah ramai sudah yang pergi dahulu menemui Pencipta. Usaha bakti pada tanah warisan ini akan disambung anak cucu peneroka dalam cabaran zaman dan kepayahan berbeza.

Aku juga teruja bila foto lama ku di zaman kanak-kanak terpampang di slide video itu 
(lihat video di bawah pada minit 2:38-2:42)

Ini Siapa ?

Aku bukan seorang Majikan

Aku bukan seorang Kerani

Habis Siapa ?


AKU ADALAH SEORANG

P.E.N.E.R.O.K.A
>
Aku adalah seorang Peneroka

Dalam menyngkap lembaran ingatan lalu

Tika hendak berhijrah ke tanah bertuah ini

Seluruh Keluarga hanya dapat menghantar

Dengan linangan air mata dan doa restu

Tanah sekangkang kera yang ditinggalkan

Peninggalan Arwah ayah

Seolah olah turut berdoa

Ya Allah !!! Selamatkan hijrahnya

Dan Murahkan rezekinnya

TIDAK SEPERTI AKU HANYA SEKANGKANG KERA

Di saat mula tanah FELDA ini di pijak

Kepala di terpa seribu pemikiran

Seribu Kejanggalan

Seribu Kepayahan

Seribu Kekurangan

AKU PERNAH MENANGIS

Dalam mendayong basikal tua

Menghantar kuih

Ke merata warong penjaja

Mengutip sayur di ladang

Apa saja yang ada

sekarag aku kesat air mata ini

Biar kering

AKU TIDAK MAUH MENANGIS LAGI 

Lantaran Hidup di tanah bertuah ini

Membawa seribu perubahan

Yang tidak dapat di nilai

Aku hanya dapat mengangkat dua tangan

Bersyukur kepada mu Ya Allah

Dan Berterima kasih yang berjuta

KEPADA MU WAHAI CUCU DATOK BAHAMAN

Wahai anak anak ku

Cucu cucu ku

Kau lah jagalah sebidang tanah FELDA ini

Tanah Bertuah , Tanah milik kita

Jadi kan lah Tanah Pusaka

AWAS !!! JAGA ia !!!

JANGAN SAMPAI JATUH KE TANGAN ORAMG LAIN 

Wahai anak anak ku , cucu cucu ku

Tahu kah kau

DiTanah permata ini lah

Yang Mengisi dada dada mu

Dengan Permata Hidup

INGAT !!!!

Kau Jangan sampai menangis

Seperti Ayah

Yang bermandi TANGIS

HIDUP DI TANAH SEKANGKANG KERA 

Sekalong Al Fatihah untuk arwah ibu

yang mendorong aku

BERHIJRAH KETANAH BERTUAH INI 

Sekarang  tahulah

INI SIAPA ..


SAJAK oleh Hj Asari Othman - seorang peneroka felda        
  video deklamasi lihat video penuh...

Monday, June 2, 2014

Jom Tengok Bola Pahang vs Felda United


Pahang berjaya masuk final piala FA tahun 2014. Lawan nanti ialah Felda United.

Tahun lepas kalah di separuh akhir di tangan JDT. Masa tu saya turut menyaksikan kekecewaan Pahang di separuh akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil dengan kiraan gol tempat lawan. 

Tahun ini pun separuh akhir bertemu JDT tapi Skuad Tok Gajah menebus semula,  menang jaringan padang aggregat 2-1.

Bertemu Felda dari segi penonton, rasanya spirit penyokong Felda tidak sehebat penyokong Tok Gajah, Kelantan ataupun JDT yang dibentuk sejak begitu lama dengan kelab penyokong yang aktif.

Walaupun saya anak Felda dari segi sukan bolasepak menyokong Skuad Tok Gajah. Sebab telah mengikuti
agak lama. Mungkin kalau Pahang tiada di final.dan Felda United bertemu pasukan lain saya akan menyokong Felda United.


Walaubagaimanapun saya bangga dengan Felda United yang meningkat naik dan berjaya ke final. Saya percaya Felda United akan terus berjaya di masa kan datang membentuk pasukan dan penyokong tegar serta menjadi pasukan elit suatu masa nanti. Lebih-lebih lagi dengan siapnya stadium di bandar Jengka yang di dalam pembinaan pesat sekarang.

Tiket ?
Kali ni saya berjaya membeli secara online hehe ..mungkin saya orang pertama kot yang beli tiket online, sebab cukup je jam pukul 12.00 terus membuka http://www.tickethotline.com.my/, dalam beberapa minit siap. Pengalaman lepas yang tidak dapat tiket...ataupun beli dengan harga berganda-ganda begitu membosankan.



Jom kita tengok Bola...."Moh Tengok Bolo" Pahang vs Felda United.   Piala FA 2014 milik siapa??




Wednesday, May 14, 2014

RUMAH SEWA DI SEKITAR JENGKA (UPDATE)

Tahun 2013 saya ada buat satu entry tentang rumah sewa di bandar Jengka berikutan ada rakan saya ingin menyewakan rumah beliau di Taman Jengka Mahkota. Tidak sangka dalam tempoh beberapa bulan entry tu mendapat hit yang paling banyak sekali. (KLIK)

Ini menunjukkan permintaan rumah sewa begitu tinggi di Bandar Jengka. Bilangan permintaan yang tinggi berbanding bilangan rumah sedia ada yang masih kurang, menyebabkan kadar sewa yang secara relatifnya agak tinggi. Namun penyewa disaran menghubungi pengusaha bagi mengetahui kadar sebenar sewa rumah, atau homestay berkenaan.

Selain penyewa dari kalangan penuntut, pekerja dan generasi kedua, ada juga permintaan dari pengunjung. Maka saya fikir elok di senaraikan beberapa hotel, homestay dan sebagainya. Semoga Jengka terus meriah hehe..


1. ISSORIA HOTEL
NO 2, LRG JED 1, NADI KOTA, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG
09-4661134

2. HOTEL & MOTEL SUHAZNIK
NO 41, LRG BAIDURI 1, NADI KOTA, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG
013-9646695,
012-3752309

3. TEKAM PLANTATION RESORT FELDA RESIDENCE TEKAM TUN RAZAK
AGRICULTURAL RESEARCH CENTRE, 27000 JERANTUT, PAHANG
09-4718300

4. RUMAH REHAT TERATAK MERCU
26430 BANDAR JENGKA, PAHANG
09-4675652

5. HOMESTAY MUSLIM
116, LRG SHAHBANDAR 4, TAMAN PERMATANG SHAHBANDAR, 24600
BANDAR JENGKA, PAHANG
012-9600541
012-4663275
0134473275

6. HOMESTAY BANDAR JENGKA
149, TAMAN PERMATANG SHAHBANDAR, 26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG
019-9225528
012-3752309

7. HOMESTAY KAK NOR
TAMAN DESA JAYA
019-9563962
019-9480138

8. SUHAZNIK INN
TAMAN DESA JAYA 2
013-9646695
012-3752309
016-9213095

9.  HOMESTAY DAN KERETA SEWA JENGKA
TAMAN DESA JAYA 2
014-8410787

10. JANNATUL HOMESTAY
NO 27, TAMAN JENGKA MAHKOTA
014-5119341
019-9205763
014-5072443
0179242946

11. DONA LONG
TAMAN JENGKA MAHKOTA
012-9393552
0199848552

12. PELANGI HOMESTAY
TAMAN RANTAU PERINTIS
0169398788
019-9107941
0133384711

13. FAMILY HOMESTAY JENGKA
TAMAN RANTAU PERINTIS
019-9558592
012-9499197
012-6273537

14. HOMESTAY SRI MAKMUR
LOT 31, KAWASAN INDUSTRI FASA 3 BANDAR JENGKA
019-9191432
0123409672
0179123933

15. HOMESTAY YUSMA
TAMAN RANTAU PERINTIS
019-9613058
0139430050
019-9661022

16. HOMESTAY PUTRI MALU
JENGKA 13, BANDAR JENGKA
09-4861679
016-9902839

17. HOMESTAY MAHKOTA,
NO. 11, LORONG TJM 21, TAMAN JENGKA MAHKOTA,
BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
012-3896579- SUPIAN
012-4444109- MAS

18. BILIK SEWA RUMAH KEDAI
LOT KEDAI TINGKAT ATAS, NADI KOTA
BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA
(bangunan mengadap stesen bas )
013-3310221 -Rashidah Ibrahim

Kalau ada pengusaha homestay baru yang nak minta saya publishkan kat sini boleh emailkan kat saya aqjengka2005@gmail.com

HARI GURU DAN TEMA

SELAMAT HARI GURU
16 MEI 2014 

kepada semua pendidik. 
Mari kita semak apakah Tema hari Guru bagi tahun ini dan sebelumnya. 

Tema Tahun ini ialah Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

(Sumber : Portal Rasmi KPM http://www.moe.gov.my/v/tema-hari-guru)

Monday, March 24, 2014

Tragedi MH370 Pusara di Lautan Hindi

Berita sedih akhirnya di ketahui..Tragedi MH370 yang hilang dalam penerbangan KL ke Beijing. Setelah 17 hari operasi mencari dan menyelamat PM mengesahkan nun jauh di Lautan Hindi pesawat terdampar.

sungguh simpati apa yang berlaku





Wednesday, February 26, 2014

Keasyikan Bola

Tahun ni sudah kerap kali menonton bola. Kebanyakan bersama keluarga. Sebagai satu rekreasi mengeratkan kasih sayang. Boleh juga memberi pengalaman pada anak -anak. Memang seronok bagi yang minat bolasepak. Dahulu ketika muda belia saya akan ke Stadium bersama dengan kawan-kawan. Bila kawin dan berkeluarga tak dapat nak teruskan aktiviti tu banyak komitmen..sekarang sudah lapang sikit anak-anak sudah besar sikit. dapatlah tengok bola, hehe...






Sunday, January 26, 2014

2014 tahun sibuk

Masuk 2014

Rumah yang di ubahsuai belum sempurna lagi siap. Tapi bagi mengelakkan menanggung dua buah rumah kena keluar rumah kuarters. Tumpukan satu perbelanjaan sewa.

Sambil di rumah baru boleh juga ada masa mengecat luar dalam.
Bahagian yang belum sempurna hanyalah kemasan. Secara keseluruhan 90 % sudah beres.

Tapi kepuasan ketara bila rumah ini dibina sendiri. Akulah kontraktornya haha.. Nanti ada masa nanti akan dibuat satu entri khusus bagi mengenangkan proses buat rumah sendiri ini untuk kenangan dan panduan.

Tapi tahun ini sibuk bila buka sekolah empat orang semuanya mula bersekolah. Anakanda sulungpun bakal menghadapi UPSR. Dua yang kecil pun masuk Pra Sekolah.

Awal tahun sudah kena bersedia pemantaun New Deals. Calon bagi kali ketiga berturut-turut. Ada pengalaman lepas yang menyebabkan tidak lah sangat tertekan.

Sibuk-sibukpun dapat juga pergi stadium tengok bola...haha