Followers

nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru


Selamat Datang 2012. Selamat tinggal tahun 2011 yang penuh warna-warni suka dan duka. Moga tahun ini rezeki akan bertambah dan kualiti kerja dan beribadat akan bertambah. Azam pun banyak dalam kepala hendak dilaksana tahun ini. Yang pasti tahun ini istimewa kerana usia mula menginjak ke usia 40. Terasa tua dan seperti baru sangat melewati usia 20 an dan 30 an. 

Tuesday, December 13, 2011

mulut tempayan?

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.



Mungkin jika dapat diselamatkan aib sesama kita, persepsi juga setidaknya, perasaan yang tidak dipamerkan juga sekurangnya, sedih pilu juga yang pasti ada.

Tapi apakan daya..

Sebab itu lahirnya peribahasa ini serta ungkapan peribahasa lain yang punyai pengertian yang tiada jauh bezanya.

a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutupnya
b. Mulut tabuh dapat disumbat,  mulut orang bagaimana menyumbatnya

Tahniah Angah, De dan Nonie

Hujung tahun ni telah berlangsung majlis perkahwinan dan pertunangan anak-anak saudara. Dimulakan dengan Angah yang diijabkabulkan dengan Ina. Diikuti oleh De dan pasangannya Shamsul dan seterusnya Nonie menerima pinangan Husni. Maka bulan November dan Disember kami mengatur langkah ke Hulu Langat dan Lanchang. Selain bersedia untuk majlis resepsi di rumah sendiri untuk ketiga-tiga majlis itu. Tahniah buat semua. Lebih jelas lagi bahawa kami ini semakin berusia apabila anak-anak saudara yang dipandang kanak-kanak kecil dulu sudah mula menyinsing hidup ke era berkeluarga seperti kita juga.






Friday, December 9, 2011

Ulang Tahun ke 15

Dalam sedar tak sedar sudah 15 tahun aku berumah tangga. Tanggal 8 Disember 1996 adalah tarikh kami diijabkabulkan. Syukur kepada Allah atas kerahmatanmu terhadap mahligai yang kami bina.

Sepanjang menelurusi perkongsian hidup pelbagai kisah pahit manis , suka duka yang dilalui bersama. Semuanya dapat direntasi dengan baik kerana adanya kesabaran, tolak ansur dan memahami antara satu sama lain dan anugerah 4 cahaya mata adalah anugerah terbaik sebagai penyeri hidup kami. 

Selamat Ulang tahun perkahwinan buat isteriku Rusliza Hassan. Semoga jalan dihadapan kita sentiasa terang bergemerlapan  dan dipandu dengan Iman dan ketakwaan, insya Allah.



Tuesday, December 6, 2011

Jalan Kenangan


Sepanjang ke Terengganu sempena Jambori Malaysia 2011 aku mengambil kesempatan melalui Jalan Pasir Panjang. Jalan utama menempatkan Maktab Perguruan Pasir Panjang yang kini telah ditutup. Tidak sempat berlamaan hujan mula rintik. Dibelakang itu kedai Saari tempat kami minum teh dan nasi lemak sebelum ke kuliah. Kedai paling murah seingatnya di zaman itu....


Hadiri Jambori Malaysia


Pasukan Pengakap Daerah Jengka telah bertolak  menaiki bas pada 19 hb November. Aku terpaksa pergi keesokan harinya kerana terlibat jamuan Malam Seribu Epilog dan Perpisahan GPK HEM. Rupanya Terengganu hujan lebat hampir sepanjang masa. Memang cuaca memberi cabaran hebat kepada peserta kali ini. Penyertaan dari seluruh negara dan 30 negara lain membuktikan kemeriahan Jambori kali ini. Aktiviti Eksplorasi Warisan dijalankan di sekitar Kuala Terengganu dan juga di sekitar kem juga di dalam Kem Telaga Batin ini. Sungguh berbeza kem ini berbanding waktu group M3P buat manikayu 2 tahun 1994 dulu. Petang 24 hb November 2011 aku terpaksa bergegas balik ke Pahang sebab esoknya kena memandu ke Hulu Langat pula untuk majlis perkahwinan anak saudara.





 

UPSR: 100 peratus

Persekolahan Tahun 2011 menutup tirai dengan Pengumuman keputusan UPSR. Alhamdulillah, 13 orang pelajar peroleh 5A. Bagi aku tentunya subjek matematik yang diajar menjadi perhatian dan dinanti-nanti dengan penuh debaran. Keputusan tahun ini lebih baik dari tahun lepas apabila semua anak didikku lulus. Peningkatan kepada 100% berbanding 97.5% tahun 2010. Bilangan A pula mencecah 30 orang daripada jumlah calon 48 orang. Maka pelajar 6 DT 2 yang mendapat A, mendapat RM10 seorang seperti yang dijanjikan.