Followers

nuffnang

Friday, June 19, 2009

Exora dah sampai ..rim baru ?



Lepas Jumaat aku tertunggu2 jugak adakah exora boleh settle hari ni.. jam 3.00 baru cofirm- boleh ambil, so my wife and I, also anak2 ke temerloh by bus metro. Anak2 girang dpt pengalaman naik bas. dari Termerloh ambik teksi terus ke Mentakab. Cadang cepat2 boleh settle macam2.. nak tukar tinted cermin dgn tukar rim 15" kepada 17". Sebab masalah nak setting bluetooth exora ke telefon..maka 5.00 ptg baru selesai di Proton.
Nak buat tinted..tokew nasihat tak payah sebab tinted asal ni dah bagus dan sayang sebab kos nya lebih RM1000. emm..buat masa ni aku setuju jugak tapi lps ni tak tau lah..yang pasti cermin belakang dan sisi last nak kasi gelap sikit. dah lewat takleh buat. Terus ke kedai tayar. rambang mata yg mana satu nak tukar..pehh payah betul nak pilih rim ngan tayar..last2 pilih lah satu- kos semua RM 3320 termasuk tayar ,segala mcm nut dan adjusting . wow banyak nye duit nak melayang...lepas tolak trade in kos semua RM2100, maknanya dia ambik aku punya rim 15 dan tayar RM1120. Kira bolehlah sebab member exorian club bagi tahu kedai ambik dia punya RM900 saja. Nasiblah...
7.50 pm masih di Sg Gau solat..nampaknya tak sempat ke kelas tuisyen malam ni call cikgu fataf tak dapat..Azhar mahzom plk tak blh ganti jaga anak, org rumah ada program. 2nd time call cg Fataf dia dptkan ganti..lega..apa2 halpun mlm jugak sampai jengka...

Jumaat-Hari Pelaporan

Hari ni 18 Jun 2009 ialah hari pelaporan SK Jengka Pusat 2. Asilah dapat 7A. Average markah 95..highest mark is 100 and lowest 89. Moga asilah akan mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Moga Asilah akan jadi contoh buat Adeeb , Izzah dan baby yang bakal lahir nanti. Anak sulung mestilah menjadi contoh dan penanda aras kepada adik beradik. Aku mengharapkan pengalaman aku selama ini sebagai seorang anak yang punyai ibu bapak yang selalu mendorong anak2, akan dipraktikkan. Kerana dorongan merekalah aku jadi seperti hari ini. Dan tambahan aku dah pelajari apa kekurangan mereka..aku tak salahkan ibu bapa ku atas kekurangan itu kerana aku memahami lantaran keterbatasan ekonomi, masa dan ilmu dsb.. akan aku baiki apabila aku sendiri berdepan dengan pendidikan anak-anak.

Isteri abang Zul meninggal

Khamis malam jumaat 17 Jun..dapat call dari Pak maklumkan isteri abang zul yang kami panggil che Diah di Sungai Nerek telah meninggal dunia baru sebentar tadi. abang Zul ialah anak saudara pupu sebelah pak yang berasal dari Pulau Aman Pulau Pinang. sebab Pak hanya 2 adik beradik, maka dia berusaha mencari saudara sepupu2 nya yg terpisah hampir 30 tahun bagi mendekatkan kekeluargaan. Hasilnya dia dapat bertemu . di antaranya keluarga abang zul di Sg Nerek dan Kg Awah. dan antara kunjungan pertama aku ke Pahang pada tahun 1981 ialah ke rumah abang zul. Ketika itu aku baru berusia 10 tahun ..dah 27 tahun lepas rupanya. Masa tu che diah suka sangat melayan budak2..dia tak ada anak dan masa tu anak angkatnya intan sebaya ngan aku adalah teman sepermainan bila berkunjung ke Sg Nerek. Hasil bantuan abang Zul nilah keluarga kami akhirnya pindah ke Pahang selepas itu (1985) bila dapat Felda di Jengka 21. Semoga roh arwah Che Diah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin

Asilah action song di Jengka 2

Hari selasa 15 June 2009 , hari yg kelam kabut sedikit. Semalam isnin ke temerloh kononnya nak ambik exora..tapi masa on the way dpt call, SA bagitahu takleh keluar ada masalah di JPJ. tapi dah alang2 di temerloh pegi beli barang asilah dan uniform mengandung Za.. dah lewat malam baru balik. Semalam juga aku terpaksa absent meeting rover moot. So, hari ni mmg rush..sampai di sekolah group Action on prepare di bilik jQaf. asilah pulak tak pakai tudung trpaksa pulak balik ambil tudung.Mungkin persepsi aku yang tinggi, aku dapat menduga banyak perkara. dulu masa belajar di ukm baru tahu potensi persepsi ini dalam menelah apa pandangan orang terhadap kita. Tapi apa2 halpun, Keputusan action song SK Jengka Pusat dapat no 3.. oklah tu...

Friday, June 12, 2009

Broadband baru..laptop kong



Masa di batu 7, broad band celcom yg aku pakai..tak strength mcm yg Atan punya..walaupun parkir sebelah menyebelah..so, balik Jengka terus aku cari yg baru..nizam kedai hp cadang aku pakai jenama baru dari china (black)..ye la dulu vodafone huawei pun dari china jugak..tapi sbb features yg aku baca utk strength edge terus aku nak try. Di Jengka ni walaupun 3G tapi kat rumah aku selalu edge saja. Itu la pasal kerja2 aku banyak yg sangkut.khasnya data EMIS yg kena hantar ke PPD tiap2 bulan, dan juga blog, friendster, forum2, group yg aku sertai jarang aku send atau post message. Abih RM329.00.Harap selesai masalah aku....Slps 2 ari pakai yg masalahnya laptop plk buat hal...bengang betul. windows problem, aku teringat masa nak publish gambar kenduri along baru2 ni di Paya Kecik aku sudah detect virus dari pendrive yg nak ambik gambar tu..kalau tak silap pendrive aina punya..nasib lah.. so ari ni aku hantar kedai utk format semula. Pasti banyak software hilang begitu saja...

Exora CCL265


Sudah lama kereta exora aku sampai, tapi runner janji utk dpt kan plate number CCL8818, so aku tunggu juga walaupun aggreement dah siap 2 minggu. Dlm pada tunggu tu dpt jua aku google carik maklumat penting tentang Exora.. dan akupun dah jadi member utk exorian team walaupun kereta tak dak lagi. Banyak info boleh dari exorian club ni, esspecially pasal masalah2, comparing dgn mpv model lain dan yg paling teruja ialah idea2 dan photo kereta exora yg tlh dimake up dan kedai serta kosnya sekali..nanti dah ada kereta dah ada dlm kepala nak buat macam mana. Petang tadi Zakaria call minta aku bagi no lain because 8818 hanya boleh tender..takkan nak tunggu sebulan lagi..so aku pilih CCL265, sama cam MyVI..CCD265. Kalau nak tunggu 8818 nanti aku booking semulalah motor baru. Hari isnin bolehlah gi ambik Exora baru aku.....

Aqiqah , Silat , Ais krim dan cendol

Kenduri along pada 7 Jun 2009(sabtu) juga adalah majlis aqiqah bagi adeeb dan izzah. Kenduri kali ini di kg paya kecik temerloh berlangsung ngan meriah..sesuatu yg baru ialah adanya silat dan gendangnya, tajaan aiskrim dan cendol mcm booth yg mencipta suatu kelainan.. yg kurang ialah pabila lauk yg mula basi dan tak boleh bertahan lama spt kenduri2 sebelum ni. Aku sendiri hanya dpt merasa sekali pkl 12.. cuaca plk baik sekali..


 
 
 

Wednesday, June 3, 2009

anak nakal anak hyper?


Anak nakal anak hiper

Bila aku melihat perangai anak2 yang suka menconteng, melompat dari atas kerusi..buat kapal terang kertas sampai habis kertas A4 kat rumah, letih juga..nak marah..setakat mana nak marah. Asilah memang suka menconteng..dan adeeb pun sama, adakah anak anak aku ni nakal. Aku dapat membaca artikel tentang kenakalan kanak-kanak ni..mungkin boleh dikongsi bersama. Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif.

Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya.

Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik.

Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti.

Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain.

Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan.

Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.

Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang.

Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan.

Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka.

Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi.

Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak.

Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun.

Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia.

Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Sumber:Shuib Sulaiman http://www.eratimur.com

sambungan...tentang rokok,

Nik Aziz kata, perokok lebih hina dari lembu ...........


Sabtu 28 Mac 2009
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu .

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).


"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama

Aku sokong penuh cakap Nik Aziz tu............kadang-kadang aku perhatikan, kopiah diatas kepala, tetapi hisap rokok........puncanya masa dulu-dulu, banyak ulamak yang menfatwakan kononya hisap rokok tu.......makruh je....... tu lah sebabnya sampai sekarang, ada orang yang masih menganggap hisap rokok tu makruh, walau pun telah ada fatwa baru yang mengatakan hisap rokok tu HARAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!! nasib baiklah aku ni sejak azali lagi tidak merokok.........

sumber :http://azinang.blogspot.com

Motivasi kepada kau dan juga aku


============================
ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
============================

Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung
pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita?
Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita?
Contacts kita dan sebagainya!
Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan
orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan
mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi
"If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
turkeys".

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi
untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind'
tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya.
Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama
mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil
oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".
Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins
"Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai
kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan
yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan
yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana
apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan,
pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.
Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan
bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum
kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang
dikecapi.

Siapakah role-model anda?
Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael
Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi
perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada
diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.
Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau
membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita
hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga,
kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!
Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula
dengan kegagalan!?

Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!
Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the
eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita
perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya
juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering
berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah
satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding
dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak
untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan
usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif,
sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan
terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di
susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga
keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif
mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui
dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah
jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan
daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!
Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya
tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan,
tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing
bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.
Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki
minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita
tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.
Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan
terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain
(penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya
menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang
muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang
terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka,
Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial
kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh
jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di
dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya
di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan
kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

terima kasih Irfan, boleh dapat info lanjut di http://www.rahsiainternet.com

Tuesday, June 2, 2009

Adeeb Hilang di Giant Kuantan

Peristiwa yg hampir sama seperti yg berlaku pada puteri sulungku Asilah di Sogo 5 tahun lepas. Ketika aku beratur di kaunter..Adeeb mengamuk nak aiskrim..tapi masa tu lah kelibatnya hilang dari mata. Isteriku dah panik..pengawal keselamatan yang ditanya kata tak nampakpun budak 5 tahun pegang aiskrim.Teringatku pada posting kawan2 di asbtarian@yahoogroups.com tentang pantasnya penculik mengubah paras kanak2 yang diculik. Puas aku mencari di celahan orang ramai dengan hati penuh debar. Ramai pulak orang di Giant cuti2 sekolah ni.. akhirnya selepas puas melilau ternampak adeeb dgn selamba dan comotnya, menjilat aiskrim di departmen barang basah. Hiii...

Sebelum balik pegi Tg Lumpur..makan di Selesa Court.. emm memang cantik tempatnya, macam resort. tapi rasa makanan tak cukup lagi lee..kata isterikulah! Sampai rumah dah pukul 1.00 pagi.
letih memang letih..tapi sebagai ibu bapa rasa gembira dapat melakukan aktiviti bersama anak-anak kira berbaloi dengan letih yg dapat.

ayah.. kenapa tv besar?


Semalam..aku bersama family ke Kuantan. Bertolak agak lewat..yelah macam2 hal..(janganlah membebel!) tujuannya nak pegi kem Pandan, pusat KoKo Jabatan Pelajaran Pahang. My wife nak snap beberapa photo utk assignment dia..Di Kem Pandan ada perkhemahan OKU peringkat negeri Pahang, dan sekolah Bandar Pusat ada 3 orang peserta danTasfi guru pengiring.so, Perkhemahan OKU bertepatan ngan material yg dia kehendaki dalam assignment tu. Sampai dah pukul 1.30 , sunyi je macam takde perkhemahan...oo,patutlah budak2 tak ada pegi buat aktiviti kat tempat lain. Adeeb dan Asilah teruja dgn pesawat tentera yg silih berganti di udara.. ijah pulak takut bukan main..emm camana la budak2 berkhemah nak tidur dgn kem yg hampir dgn lapangan terbang ni. lps selesai pegi lunch dan solat di airport. Aktiviti petang seharian d Kuantan Parade, beli token RM10..ha main puas2 .

Lps tu pegi bawak anak2 tengok Alien vs Monster..film animasi yg agak menarik..sesuai ngan family. Sebelum show, 10 minit tengok orang main bowling. isi masa saja...
Adeeb macam biasa.tanya macam2..macam tengok tv kat rumah..kenapa itu..kenapa ini..dan antara first soalan ialah ayah, kenapa tv ni besar?haa..camana tu ..kira ok lah semua anak2 boleh tunggu sampai habis show termasuk ijah. ..dah agak lewat petang kami pegi Giant pulak.

Selamat Pengantin Baru Along


Selamat Pengantin Baru kepada Mohd.Norhidayat dgn pasangannya Aminah. Majlis akad nikah di Jengka 4 pada 31 Mei 2009, telah berlangsung dengan sempurna. Ramai sedara mara yang turut mengiringi Along ke Jengka 4. Along, Cucu sulung kepada mak Batu 7...dan anak sedara pertama kami yg mendirikan rumah tangga. Tahniah kepada pengantin, semoga berbahagia selamanya..dan tak lupa pada semua yg bekerjasama membantu..