Followers

nuffnang

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Merdeka 2013

Selamat Hari Merdeka ke 56 tahun


Tuesday, August 27, 2013

Mandi Sungai



Seronok sangat anak-anak bila dapat mandi sungai. Sudah kerap kali Adeeb terutamanya, minta di bawa mandi sungai yang boleh dia tangkap ikan dan udang. Dia mungkin berimaginasi lebih tentang keseronokan bila saya bercerita kisah hidup masa kecil-kecil di kampung. Budak -budak ni biasanya bawa mandi di kolam resort atau taman tema sahaja. Sebab tak banyak sungai kecil yang bersih sekarang. Kali ini dapat peluang mandi sungai di Kampung Raga, Yan di belakang rumah Abang Zamri dan Kak Ana.Air sungai yang mengalir jernih dari Gunung Jerai. Apa lagi sampai demam-demam lah berendam.


Friday, August 16, 2013

Pulau Aman

Sudah lama tak berkunjung ke Pulau Aman. Sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak.  Hari ni berkesempatan untuk ke sana bersama isteri dan anak-anak serta kedua ibu bapaku. Kali terakhir pergi sekali di pertengahan tahun 1990an. Sebelum itu di tahun 80an agak kerap ketika itu ramai saudara mara rapat masih hidup lagi. Ketika itu kena melalui Bukit Tambun menumpang bot nelayan yang menghantar ikan ke jeti.  Sekarang sudah ada kemudahan bot penambang dari jeti  Batu Musang berdekatan Stadium Batu Kawan. Pelancong luarpun ramai boleh berkunjung ke Pulau Aman.



Bagi anak-anak Seronok dapat pengalaman naik bot, berjalan di sekitar pulau dan makan makanan laut segar. Untuk Makan mee udang saja tiga kali kami makan di restoren terapung. Hari terakhir order ketam dan udang lipan untuk steam. Memang fresh hidup2 lagi. Bagi kedua ibu bapa ku ini peluang mereka berjumpa saudara mara, sepupu sepapat dan menziarahi kubur datuk nenek. Pada malam tu selepas maghrib sempat juga buat tahlil di masjid Pulau Aman.

Selain tu dapatlah melihat pemandangan indah, menangkap ikan dan teritip, berkunjung ke Telaga Emas, bermain dengan rusa, kambing dan burung-burung. Yang paling tidak dilepas peluang tentunya bergambar di tempat-tempat menarik . Ini ialah tempat bergambar paling nostalgik sekali sebab pernah posing di tempat yang sama lebih 30 tahun dulu.


Sambil itu ketika saya mencari info berkaitan Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 terjumpa link ke blog http://sekolahpulauaman.blogspot.com/ dan saya  tertarik pada gambar ini khususnya pada papan batu. 


Murid SK Pulau Aman di tahun 1960 an.