Followers

nuffnang

Sunday, April 29, 2012

Selamat Hari Jadi Ijah

29 April 2012

Selamat Ulang Tahun ke 4,  buat puteri ku .. Ainatul Izzah. Moga Ijah akan membesar dengan sihat walafiat menjadi anak yang baik, cerdik dan ceria. Sememangnya puteriku yang ini sangat ceria orangnya. Mudah tersenyum dan aktif. Cepat matang,  mungkin kerana ketika berusia setahun telahpun mendapat adik.


Kali ini menyambut birthday Ijah di Star Mall Mentakab. Anak-anak ku memanggil Star Mall dengan sebutan 'Aloq Staq Mall' he he.. Sebabnya tahun lepas sewaktu balik Kedah kenduri anak sedara, Hisyam... aku tak berkesempatan nak berjalan-jalan ke Alor Setar. So apabila berada di Pahang... Star Mall jadi 'Aloq Staq Mall' mengganti ketidakpuashatian Adeeb yang beria-ria sangat nak ke Aloq Setaq Kedah.

Sunday, April 22, 2012

Sayuti Zainorrdin yang ku kenal, Alfatihah...


Pagi ini baru terbaca dalam Facebook  tentang pemergian ke rahmatullah seorang sahabat dari Jengka 21. Saudara Sayuti Zainordin telah kembali kerahmatullah pada 21 April 2012. Khabarnya arwah mendapat serangan jantung akibat terkejut kerana kematian ibunya pada hari yang sama.


Allah Maha Berkuasa terhadap sesuatu. Bagi keluarga Allahyarham tentunya lebih terasa apabila kehilangan dua insan tersayang dalam hari yang sama. Aku sungguh terkejut tentang berita ini. Arwah dan ibunya ku kenal  dan mesra sejak zaman persekolahan lagi. 

Arwah ialah 'junior'  ketika aku bersekolah. Walaupun junior, keaktifannya bersukan menyebabkan dia popular kepada seluruh warga sekolah. Kalau di bidang olahraga kudratnya menyaingi kami yang di kelas tingkatan yang lebih atas. Kami juga selalu bermain bolasepak bersama. Malah dengan bolasepaklah kami lebih akrab sehingga lepas sekolah.. 

Pasukan Belia Jengka 21 di tahun hujung 1980an dan 90an adalah medan terbaik arwah berkecimpung dan memimpin. Minatnya dengan bolasepak menyebabkan beliau tidak kisah tenaga dan tidak lokek wang ringgit  bertindak sebagai pemain, jurulatih dan pengurus pasukan sekaligus. 

Beliau berjaya dengan pantas mengumpul pemain untuk sebarang kejohanan liga, 7-sebelah, 9-sebelah dan sebagainya. Aku jarang dilupakan untuk posisi sayap kiri. Ketika itu hanya aku  menggunakan kaki kiri dalam pasukan kami. Maka kami akan bergerak ke merata lokasi dengan van 'Liteace' ayahnya.


Gambar ini ialah kenangan ketika menyaksikan 'final' Piala Malaysia tahun 1992. Kami sama-sama turun dari Pahang ke Stadium Merdeka, tetapi tahun itu aku menyokong pasukan Hijau Kuning. Arwah tekal dengan pasukan Tok Gajah.

Kerjasama kami diteruskan dalam kepimpinan belia M.A.Y.C.  Ketika aku Penolong Setiausaha, Arwah adalah AJK Biro Sukan. Banyak program kami jalankan bersama. Kemudian apabila generasi kami berhijrah keluar sekitar tahun 1993 kerana menyambung pelajaran dan berkerja di luar Felda, arwah menerajui kepimpinan belia tersebut sehingga tahun ini. 

Sebelum aku masuk maktab perguruan keluarga Allahyarham menguruskan perniagaan Kantin di SK Jengka 21. Ketika bertugas 3 bulan di situ kerap jugalah makan 'free' dan ketika mendapat surat tawaran ke Maktab Perguruan ibu arwah sangat gembira dan menghulurkan RM50 buat belanja. Aku sangat ingat peristiwa itu serta kebaikan arwah dan keluarganya.


Sepanjang di Maktab, peluang bermain bolasepak bersama 'team' Jengka hanya hadir waktu cuti. Ketika itu jika ada kejohanan masih ada Sayuti menghubungi. Tetapi apabila 'posting', kahwin dan berpindah.. dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah masaku terhadap bolasepak kian terbatas. Staminapun makin kurang. Posisi sayap kiri itupun sudah ada pengganti yang lebih muda dan bertenaga.

Malah di tahun 2000, setelah mendapat cahaya mata, aku terus menggantung 'boot'. Kami jarang lagi berjumpa dan dapat bersua sekali-sekala bertanya khabar khasnya ketika Aidilfitri. 

Kini kedua-duanya telahpun pergi. Semoga arwah Sayuti dan Arwah ibunya mendapat kerahmatan Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di sana............Al-Fatihah.



Monday, April 2, 2012

Udang Galah Sungai Pahang

Hari ni ada rezeki udang galah. Banyak lagi udang galah dalam Sungai Pahang rupanya. Isteri saya bawa balik dari rumah pengasuh. Banyak juga hampir sekilo. Saya tidak pernah memancing udang  dalam sungai. Kalau kolam pernah lah juga tapi tidak berbaloi dengan ringgit yang keluar.


Masa kecil-kecil dulu,  pernah menyauk udang dalam sungai masa berkelah di Tualang Bok. Tapi bukanlah udang galah. Hanya anak-anak udang. Pengalaman memperolehi udang dengan usaha sendiri tu sangat menyeronokkan. Biasanya kami masak bersama sayur dan makan dengan nasi panas-panas, fuh ... itu cerita 30 tahun dulu. Sekarang Tualang Bok, satu kawasan terpencil di daerah Baling Kedah tu rasanya tak ada lagi kot...


Memang saya tiada skill memancing udang. Skil makan udang memang ada. Ha ha..sampai isteri saya selalu peringatkan tentang kolesterol!.. Sebabnya, kalau ke Temerloh kerap juga singgah makan udang galah masak lemak di tepi Highway di Bukit Angin tepi Jambatan Temerloh tu. Memang sedap. Hari ini dapat makan udang galah pancing dari Paya Pasir, salah satu tempat memancing yang famous di susur Sungai Pahang.