Followers

nuffnang

Thursday, June 24, 2010

KALAU BOIKOT NAK GANTI DENGAN APA…TIADA PILIHAN?

Bila lihat kekejaman zionis, ramai melaungkan boikot barang yahudi dan yang ada kaitan dengannya. Tapi yang manakah pilihannya bagi orang Muslim?.
****************************************************
Apa kata kalau……

Radix koko menggantikan MILO
Radix Cereal menggantikan NESTUM
Radix Manjakani menggantikan NESCAFE
Radix Syampu menggantikan Radox syampu
RFC menggantikan KFC
Radix Cola menggantikan COCA COLA
Radix Coffee menggantikan Starbuck
Radix Toothpaste menggantikan COLGATE
HPA MALL menggantikan TESCO
Ayam Organik HPA menggantikan Ayam cucuk hormon
Centella White menggantikan Loreal dll
Freesia menggantikan FAB dan pencuci yang lain
Wahdah menggantikan AXION dll
Sabun mandi dewasa/bayi HPA menggantikan Johnson & Johnson, LUX dll
IMT, Mengkudu menggantikan Panadol, ubatan kimia
Berus gigi Kasturi menggantikan berus gigi COLGATE dll
Kordial HPA menggantikan kordial lain
Fish ball/cake HPA menggantikan fish ball/cake AAA dll
Baja Organik HPA menggantikan baja kimia dan baja bercampur najis babi
Air Mineral HPA menggatikan AIR Mineral PLUS/SPRITZER dll
Sos Cili HPA menggantikan Sos Cili Maggi/Ace dll
Ais krim Toiyibah menggantikan ais krim walls/nestle dll
Dan banyak lagi produk HPA boleh menggantikan produk lain… ,

Friday, June 18, 2010

Menonton Silap Mata



Sesuatu kelainan dalam percutian kali ini ialah pengalaman menonton persembahan silap mata. Pengalaman menonton Ejik The Magic di Caribbean Bukit Gambang merupakan pengalaman baru bagi anak-anak berbanding percutian sebelum ini. Puas memikir kelainan yang cuba diberikan akhirnya pakej di BG pada 11 dan 12 Jun 2010 kali ini begitu berbaloi. Walaupun selepas persembahan, puas bermain permainan ala funfair di Amusement Park dan esoknya berendam sampai kecut di Waterpark tetapi magic show merupakan pengalaman baru yang lebih bermakna. Aktiviti lain itu selalu sangat dapat cuma berbeza lokasi sahaja.


Sengaja datang awal dapat duduk depan pentas. Berkongsi meja ialah pasangan guru yang mengajar SMK Alma Bukit Mertajam. Kebetulan isteri dulu di MP Tuanku Bainun Bukit Mertajam, banyaklah cerita depa...

Persembahan lebih sejam tanpa henti begitu menghiburkan penonton yang memenuhi dewan

Untungnya berada di hadapan dapat join aktiviti, kelihatan Asilah berpeluang membuka kunci peti besi .


Semua mata tertumpu pada persembahan, rupa-rupanya ada sesuatu yang menarik hati Ijah di pentas. Lampu kelab malam itu ...


Sesudah persembahan mengambil peluang bergambar dengan Ejik the Magic. Ijah tidak lepas pandang pada burung merpati di tangan Ejik. Adeeb masih memikir macam mana budak perempuan tu boleh hilang, ha.. ha..

Sunday, June 13, 2010

Nostalgia, 20 tahun Wa pergi

Wa dah lama pergi. Kini sudah 20 tahun. Wa bukan orang lain, sejak celik mata Wa sudah ada. Dari aku kanak-kanak, bersekolah rendah dan menengah Wa adalah sebahagian dari kami, cuma bila Wa tutup mata aku di asrama. Pak Ya yang menjemputku menenangkan bahawa Wa sudah tiada. Wa tak pernah kahwin maka aku dan adik beradik yang lain macam anak Wa sendiri. Masa kecil kadang-kadang Wa bagi duit sekupang dua. Aku berat nak menerima kerana Wa pun tiada kerja. Wa pun dapat simpati orang lain.

Aku tak menitikkan air mata setitispun dihari pemergian Wa tapi adikku menangis di belakang rumah. Dia lebih sedih kerana hari-hari akhir Wa tenat dan menghembus nafas di depan matanya. Aku cuma mengingat saat sihatnya sahaja. Wa sihat dalam sakit sepanjang masa hayatnya. Wa kurus sangat. Banyak kali masa aku kecil Wa muntah darah. Doktor kata Wa ni suspek TB tapi tiada pengesahan akhir tentang TB. Wa tak suka duduk hospital, jadi paling kuat seminggu Wa balik ke rumah. Wa kata dia bukan TB, jadi macam tu kerana kena santau.Ramai bomoh yang Wa pergi kata begitu.

Wa suka mandi pagi. Tidak kira hujan atau panas, Wa akan mencapai timba dan terus mandi di subuh hari. Lepas itu wa akan duduk atau berbaring. Kadang terdengar Wa bercakap seorang diri. Marah kepada kucing yang menjadikan kain bajunya tempat tidur.
Wa bersungut bila lapar. Wa nak berbual dengan orang tapi tiada siapa hendak berbual dengannya. Orang lain sibuk menyiapkan diri hendak ke sekolah, ke kebun dan sebagainya. Memang Wa sunyi.

Wa nak juga bekerja macam orang lain. Wa pernah menoreh getah. Ambil upah kebun orang yang simpati. Tapi Wa memang tak larat. Susu getah pun tak sudi dengan Wa. Kalau orang lain boleh RM10, Wa mampu RM3 saja. Tangan Wa sakit. Berkali-kali Wa menyebut tangannya sakit untuk meyakinkan orang. Akupun kerap kali di ulang tentang tangannya sakit seolah Wa fikir orang tidak percaya katanya.

Wa ada basikal tua. Basikal itu lah satu-satunya harta yang dia ada. Wa masa mudanya suka naik basikal tuanya ke mana-mana. Pernah kalau lama Wa keluar, akan kembali dengan baju baru. Baru terpakai disedekahkan orang. Memang Wa tak pernah beli baju. Tak pernah hayat aku lihat Wa beli baju. Ramai simpati pada Wa. Kalau bulan puasa Wa dapat kain pasang. Tapi sehingga akhir hayat Wa aku lihat kain pasang itu akhirnya akan jadi kain buruk. Wa tak ada duit nak upah tukang jahit buat baju melayu.

Ada budak nakal kata Wa kurang siuman. Aku tak faham kenapa budak nakal berkata begitu. Wa bukan gila. Wa sejak aku kecil peelnya suka bersendiri. Wa tak suka berbual dengan orang tak tentu kerana Wa rasa orang lain suka mempermainkannya. Wa sakit, kurus, kerap batuk dan Wa hanya dengan basikal tuanya. Adakah kerana bersendirinya Wa boleh kata Wa kurang siuman. Kalau dia membebel seorang diripun aku tahu hanya pasal kerenah kucing, lapar atau mengeluh sakitnya dan nasibnya.

Banyak lagi nostalgia Wa yang ada dalam ingatanku tapi biarlah jadi kenangan. Wa telah pergi 20 tahun. Lebih kurang 50 tahun hayat Wa bersama keluarga kami.Lama dulu sebelum aku lahir. Wa pergi mengadap Ilahi meninggalkan kisah pilunya sepanjang hidup. Wa menderita sepanjang usia. Hampir tiada kisah manis dalam hidupnya kecuali mungkin saat menerima sedekah orang yang simpati atau saat manis ada aku dan beberapa orang lagi yang sudi menemaninya berbual. Moga tiada lagi insan yang menerima nasib malang seperti Wa dalam menempuh kitaran kehidupan.

Al-Fatihah untuk Wa.

Thursday, June 10, 2010

Let the world know

Hari ini sudah hampir pertengahan cuti sekolah. Terlupa hendak ucapkan selamat bercuti kepada kawan-kawan. Saya nak berkongsi sesuatu yang saya perolehi daripada email yahoogroups, yang dikirimkan oleh kawan-kawan. Berkaitan dengan sekolah juga.

Selama ini kita biasa dengar berita orang awam yang menjadi mangsa serangan bom oleh regim yahudi. Namun berita bergambar tentang serangan disebuah sekolah iaitu UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE ini begitu menyayat hati dan menyedihkan.

Baru hari ini saya tahu tentang Bom Pintar White Phosporus yang digunakan oleh regim menyebabkan kulit dan tulang mangsa hancur menjadi debu. Mangsa-mangsa itu ialah pelajar dan lokasi serangan ialah bilik darjah. Bayangkan jika terjadi di sekolah kita.

Selamat Bercuti....

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !
Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!



























Tuesday, June 8, 2010

Bola dan Judi Bola


Piala Dunia sudah tidak berapa hari lagi. Bagi peminat bola, inilah saat yang dinantikan untuk menyaksikan aksi hebat pasukan seluruh dunia bertarung. Namun keseronokan ini menjadi cacat dengan ada isu Judi Bola. Lesen judi diberikan oleh kerajaan kepada Berjaya Group untuk para penjudi bertaruh. Walaupun mendapat tentangan hebat dari ramai pihak nampaknya pihak berwajib memekakkan telinga dan pemberian lesen diteruskan juga.

Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam (7 Jun) berkata lesen berkenaan BELUM dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka. Tapi berdasarkan notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu,lesen TELAH dikeluarkan. pihak BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'Ini bermakna Judi tersebut tetap 'ON'.

Walaupun pulangan hasil kerajaan nanti lumayan, namun sebagai kakitangan awam yang memperolehi gaji setiap bulan tidak sanggup secara terang-terang duit gaji diperolehi dari sumber yang jelas tidak halal begitu. Penasihat ekonomi,syariah, undang-undang dan sebagainya tidak mungkin buta mata tentang perkara ini ataupun memang ahli pembuat dasar itu yang degil dan ingin menempah batu nesan politik?

Saturday, June 5, 2010

Sejarah Rachel Corrie

Sehari dua ini kita dikejutkan dengan keganasan rejim zionis yang menyerang kapal dan menembak mati berbelas orang awam yang menyertai misi menghantar bekalan makanan dan ubatan ke Gaza. Rakyat Palestine di Gaza telah 3 tahun disekat daripada perhubungan luar. Rakyat Malaysia seramai 12 orang yang ditangkap telahpun selamat kembali ke tanah air. Misi penghantaran bekalan tersebut diteruskan lagi oleh kapal lain yang terselamat daripada diserang iaitu kapal Rachel Corrie. Diberitakan kapal ini juga akhirnya ditahan oleh Zionis walaupun telah sampai ke Gaza. Maknanya misi keseluruhan kali ini telah gagal menyalurkan bantuan ke Gaza.

Kapal terakhir ini yang bernama Rachel Corrie menarik perhatian saya. Kenapa kapal ini dinamakan Rachel Corrie. Bila terbaca artikel-artikel berkaitan, baru saya teringat pernah ada berita tentang pembunuhan rakyat asing pada tahun 2003 yang mempertahankan tanah Palestine dari dijadikan penempatan haram yahudi. Tapi peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Tiada gambar yang saya lihat. Lagipun masa itu tengah sibuk menyiapkan Projek Kajian semasa tahun akhir di UKM. Bila mutakhir keganasan Zionis membuas lagi, nama Rachel Corrie terpahat dalam delegasi pada kapal penghantaran.

Ini lah Kapal MV Rachel Corrie


Kapal yang ditaja oleh PGPO ini memang sengaja dinamakan sebagai Rachel Corrie kerana menghormati dan mengenang pengorbanan seorang anak dara rakyat Amerika Syarikat yang terkorban semasa menjadi aktivis rakyat Palestin. Rachel Corrie mati digolek jentolak yahudi semasa mempertahankan rumah dan tanah orang kampung Palestin di Rafah, Gaza. Kejadian malang ini terjadi pada 16 Mac 2003. Rachel Corrie dibunuh Yahudi Laknat ketika berusia 23 tahun.

menurut Ali Abu dalam blog dia " Kalau warganegara Uncle Sam dengan selamba boleh dibunuh sesuka hati oleh Yahudi Laknat, apo la sangat dengan korang. Walhal Amerika Syarikat ni pelindung Yahudi di PBB dan juga ketenteraan. Sepatutnya bagi la sedikit kredit. Ini tidak, langsung dibunuhnya anak dara tu. Tidak mengenang budi langsung. Gorge W. Bush pun anjing jugak sobab tidak membela kematian Rachel Corrie"



Saat-saat kematian Rachel Corrie dirakam oleh lensa rakannya. Dan Yahudi memang mahu ia dirakam untuk diperlihatkan oleh seluruh warga dunia.



Rakan-rakan Rachel Corrie cuba menyelamatkannya tapi sia-sia



memang sedih dan geram..



credit to http://baganutama.blogspot.com/2010/06/harapan-sekarang-terletak-pada-kapal.html