Followers
nuffnang
Thursday, May 28, 2009
Pengakap Jengka vs Maran
Dah naik jemu dengan apa yang berlaku..aku jadi pengakap sejak sek. rendah darjah 3 lagi..di sekolah menengah Jengka 21, aku lebih aktif lagi..masa arwah cikgu che azahari jadi guru pemimpin aku join pelbagai aktiviti , perkhemahan di sekolah tiap2 tahun, makan nasik mentah.maggi kembang kongsi ramai-ramai, khemah runtuh , tidur dalam hujan... malah pernah jln kaki ke Jengka 14 dari Jengka 21 perkhemahan daerah..berapa kilometer tu? rasanya lebih 30 km. masa tu juga ada perlawanan bolasepak sek J14 vs persatuan org kerdil Malaysia. Kalau camping di luar sekolah kami kongsi bawa barang , beras sikit, bawang sikit, telur sikit..semuanya seronok. Itu perasaan sebagai seorang pelajar. Kini bila aku jadi guru dan berkhidmat pula di Jengka aku dapat merasakan pengalaman dan keseronokan sebagai ahli pengakap tidak terpancar di kalangan ahli pengakap. Mengapa boleh hilang rasa teruja pelajar..siapa yang menghilangkannya? aku menyalahkan pemimpin itu sendiri..tiada komitmen guru menyebabkan aktiviti tidak menarik atau lebih teruk tidak ada langsung. Kalau dah jadi pengakap tapi tak ada usaha nak buat aktiviti, macam mana tu? Ada guru yang langsung tak berminat, kalau buat pun tak bersungguh, sedangkan pada hujung tahun borang prestasi pemimpin pengakap tak miss diisi sbg antara tugas utama mereka. Pemimpin di sekolah ramaipun tak guna jika muka yg sama saja kena terlibat aktiviti luar. Maka keluarlah suara tak puas hati" akupun ada anak bini jugak". Sementelahan kemelut persaingan Pemimpin di dua daerah ini Jengka vs Maran. Mudah sahaja kalau kedua-dua pihak mahu berkompromi. Dah termaktub kewujudan dua daerah pengakap, turut sajalah. Pegawai pelajaran yg bertanggung jawab tidak perlu memihak..adillah dalam mengurus kedua-dua pasukan ini. Kalau tak puas hati cerita lama tu buang je lah, kami generasi baru ingin lihat yang mulus2. Moga2 di tahun baru ini memantapkan lagi kedua dua pasukan pengakap jengka dan maran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment