Followers

nuffnang

Thursday, May 28, 2009

mana kereta? pasal apa naik motor?

Ada yang bertanya soalan tu.. ye, kereta dah jual..6 tahun aku pakai kereta tu , sekarang kereta tu dah berada di JB, mula dulu sblm putih, warna merah..beli sbb kereta satria lama aku 2 pintu, anak sulungku Asilah mesti nak tidur buai..so, ke mana saja kami pergi kena bawa buai...alasan anak lah tu..kini dah jual kereta nak pakai apa pulak? alasan anak lagi..ni nak masuk 4 orang anak kena la pakai MPV..nak pakai apa ye, Toyota Wish? wow memang minat betul..tapi gaji cikgu banyak mana sangat..boleh beli Exora la kot.."minggu depan kereta cikgu sampai" , call zakaria salesman . Kalau sampai dapatlah kenduri Along pakai Exora..

Pengakap Jengka vs Maran

Dah naik jemu dengan apa yang berlaku..aku jadi pengakap sejak sek. rendah darjah 3 lagi..di sekolah menengah Jengka 21, aku lebih aktif lagi..masa arwah cikgu che azahari jadi guru pemimpin aku join pelbagai aktiviti , perkhemahan di sekolah tiap2 tahun, makan nasik mentah.maggi kembang kongsi ramai-ramai, khemah runtuh , tidur dalam hujan... malah pernah jln kaki ke Jengka 14 dari Jengka 21 perkhemahan daerah..berapa kilometer tu? rasanya lebih 30 km. masa tu juga ada perlawanan bolasepak sek J14 vs persatuan org kerdil Malaysia. Kalau camping di luar sekolah kami kongsi bawa barang , beras sikit, bawang sikit, telur sikit..semuanya seronok. Itu perasaan sebagai seorang pelajar. Kini bila aku jadi guru dan berkhidmat pula di Jengka aku dapat merasakan pengalaman dan keseronokan sebagai ahli pengakap tidak terpancar di kalangan ahli pengakap. Mengapa boleh hilang rasa teruja pelajar..siapa yang menghilangkannya? aku menyalahkan pemimpin itu sendiri..tiada komitmen guru menyebabkan aktiviti tidak menarik atau lebih teruk tidak ada langsung. Kalau dah jadi pengakap tapi tak ada usaha nak buat aktiviti, macam mana tu? Ada guru yang langsung tak berminat, kalau buat pun tak bersungguh, sedangkan pada hujung tahun borang prestasi pemimpin pengakap tak miss diisi sbg antara tugas utama mereka. Pemimpin di sekolah ramaipun tak guna jika muka yg sama saja kena terlibat aktiviti luar. Maka keluarlah suara tak puas hati" akupun ada anak bini jugak". Sementelahan kemelut persaingan Pemimpin di dua daerah ini Jengka vs Maran. Mudah sahaja kalau kedua-dua pihak mahu berkompromi. Dah termaktub kewujudan dua daerah pengakap, turut sajalah. Pegawai pelajaran yg bertanggung jawab tidak perlu memihak..adillah dalam mengurus kedua-dua pasukan ini. Kalau tak puas hati cerita lama tu buang je lah, kami generasi baru ingin lihat yang mulus2. Moga2 di tahun baru ini memantapkan lagi kedua dua pasukan pengakap jengka dan maran.

melatih jujur

pagi tadi semasa peperiksaan P2, aku menegur sikap murid yg cuba meniru...kebetulan kelas berkenaan tak ada cikgu..mungkin ke tandas ke ..atau ke mana entahlah..aku disebelah tak dimaklumkan..betapa susahnya nak melatih kejujuran terhadap apa yang sepatutnya jujur..sebab itulah kelas kotor sangat ..maklumlah musim peperiksaan guru kelas tak masuk ke kelas mereka, kalau murid dah betul-betul faham dan mengerti erti kejujuran..pasti mereka akan cuba berlaku jujur walaupun di belakang pandangan guru..tak akan meniru walupun cikgu tak nampak..tak akan buang sampah walaupun cikgu tak nampak.... susahnya melatih erti jujur!

Tuesday, May 26, 2009

rokok CELAKA

Rokok ?ramai yg tahu ia haram, tapi masih bebas di pasaran..ada sorang kawan yg merokok sejak form five dulu berhujah..jantung tersumbat bukan saja dari rokok, roti canai , nasi lemak pun penyebabnya jugak...lantas kami berkata itu hujah pertahankan diri. Masalahnya dia dah jadi doktor ..maka cakap nya adalah sangat bernas bagi para perokok tegar atau budak nak akhil baligh yg baru nak belajar merokok. Jangan membazir duit wahai adik-adikku, berapa ramai perokok yg cuba berazam nak berhenti ..dan itulah azam mereka sejak berpuluh-puluh tahun tapi tak mampu untuk berentipun....ingatlah tiada penagih dadah yang bermula dari tidak merokok. Jangan masuk perangkap yang tiada jalan keluar...