Followers

nuffnang

Saturday, January 16, 2010

Warna Diri

Indahnya warna pelangi. Terfikirkah kita hikmah terhadap kejadian pelangi ini?

Hari Jumaat malam yang lalu, aku meluangkan masa untuk hadir mendengar taklimat berkaitan Aura di Bilik Seminar Swasta di Bandar Jengka. Sebenarnya, dua tahun lepas pernah didedahkan dengan warna diri ketika mendapatkan rawatan dan nasihat bersama Ustazah Nora di Temerloh. Ketika itu isteriku, yang mengandungkan anak ketiga kami mengalami tekanan darah dan degupan jantung yang tidak menentu. Bersama Ustazah Nora itulah aku berkesempatan mengenali warna diriku. Kini apabila ada sesi penerangan tentang warna diri aku mengambil kesempatan untuk hadir.

Dr Atikah yang berpengalaman lebih 20 tahun turun ke Bandar Jengka memberi taklimat lebih lanjut berkaitan warna diri dan kaitannya dengan aura tubuh manusia. Dr Atikah berjaya menunjukkan fungsi warna secara bukti konkrit. Insyaallah aku akan mendalami ilmu ini lagi dihari-hari mendatang.

Secara ringkasnya, warna diri menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya. Mengetahui rahsia warna, kita akan mengetahui kekuatan, kelebihan serta kelemahan diri yang dialami atau yang akan dilalui pada masa akan datang. Kelemahan ini apabila dielakkan akan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. Perlu dijelaskan bahawa penyakit yang dialami berpunca daripada ketidakseimbangan sel yang berlaku di dalam organ tubuh.

Mengawal keseimbangan kesemua sel-sel di dalam organ ini secara berkesan dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit. Penyakit ini sebelum terjadi ianya bermula dengan sikap yang negatif seperti degil, pemarah, cepat bosan, hilang arah matlamat, kesedihan dan sebagainya.

Warna diri ini berkait rapat dengan ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu. Apabila tidak mengetahui warna diri atau warna alah kepada dirinya, seseorang itu akan menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran yang tanpa disedari itulah lambang kelemahan yang sedang dilaluinya.

Setiap individu mempunyai warna yang melindungi dirinya. Warna pelindung diri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian luaran dan dalaman. Warna luaran mendominasikan 80% sifat individu berbanding warna dalaman. Warna diri ini dikenali sebagai aura yang tidak kelihatan yang bertindak sebagai perisai halus atau benteng diri manusia.

CVT mengkategorikan warna tersebut mewakili empat level diri manusia iaitu Spiritual (Putih), Emosi (Merah Jambu), Mental (Hijau) dan Fizikal (Biru). Bagi diriku yang dikatakan berwarna Hijau dapatlah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri misalnya pelupa (he.. he.. ).

Maka empat warna luaran dan empat warna dalaman pula akan menghasilkan 16 kombinasi gabungan Warna Diri :

Daripada perbezaan Warna Diri inilah yang membezakan kecenderungan setiap individu. Sebagai contoh, walaupun kombinasi warna yang seakan sama bagi Warna Diri Spiritual Mental dan Mental Spiritual, tetapi kecenderungan 80% akan memberikan cara pemikiran yang berbeza di antara dua individu ini. Sebagai seorang ayah, guru, pengetahuan tentang warna diri dan aura ini akan membantu membentuk anak dan anak murid menjadi insan yang lebih baik lagi. Buat permulaan seluruh keluargaku akan menjadi testimoni, dan selepas ini, Insya Allah maklumat berkaitan akan dapat dikongsi bersama..

rujukan :
Dr Julie Ezwin Othman dalam http://warnadiri.blogspot.com
ZZAuraAnakMami dalam http://www.auralife2u.com/

No comments:

Post a Comment