Followers
nuffnang
Monday, May 10, 2010
Puaka Menggila
Pabila sang puaka mengilai di hujung kuala
menjerit sibapa kepada puteranya
jangan dekati kuala itu!
puaka itu tak kenal mangsanya
habis diterkam nantinya
anak kecil mengangguk akur
lega bapa bersyukur
kini masa menginjak usia
bapa tua tetap risau pada puaka
khabarnya kian menggila
si anak gembira tempuhi remajanya usia
saat emas yang didamba
boleh buat apa ikut suka
puaka apa ditakut enteng sahaja
tak mampu situa bangka hu ha
si anak tak takut pada puaka dan kuala
punya indera dan citra
idola pun ia juga
rasuk puaka dilupa-lupa
sana juga punya gula-gula
saat dikunjung tak kira masa
bila-bila aja
pabila puaka mengilai lagi
kian kuat kian ngeri!
bapa tak mampu menjerit lagi
usia emas membatasi
kala anak tak basi-basi
hanya jernih basah mengalir laju di pipi
fikir nasib menimpa diri
ada ujian dari ilahi
Puaka kini bermaharaja lela
bukan di kuala kini sudah di beranda
hamis meresap di mana ada alur jendela
habis dirasuk siapa yang ada
yang kotor penuh jelaga habis gila
hanya susuk-susuk basah kental jiwa
puaka pula gila kerana wudhuk dan solatnya
gila puaka tak tahu sampai bila
takkan runtuh pagar imannya!
moga-moga.....
nukilan Ishak Aziz
22 Mac 2010
agak lama terperap cetusan idea masa kempen PPDa di sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment