Followers

nuffnang

Thursday, September 8, 2011

Surat Khabar lamaaa..

Sudah lama aku tidak membeli akhbar harian. Baca di internet sahaja. Khabarnya jualan akhbar utama merosot, seperti dilaporkan oleh Audit Bureau of Circulation (ABC).
  

ABC lapor jumlah jualan akhbar di Malaysia ada yang merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009.
Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar telah  merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010.
Bacaan dalam satu artikel dalam satu laman sesawang ada temuramah bersama  bekas Wartawan kanan akhbar harian utama di Malaysia turut mengesahkan lagi. 

Menurutnya kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan mereka kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka.Manakala 50 peratus daripada jualan akhbar itu  dibiayai kerajaan dengan 36 kementerian melanggan .

Setakat Jun 2010, akhbar utama itu mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC. 
Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurutnya hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari.
emm...zaman sudah berubah atau faktor-faktor sampingan lain yang mengubah?

No comments:

Post a Comment