Followers
nuffnang
Sunday, January 15, 2012
Kesibukan Awal Tahun
Seperti biasa rutin harian ku menjadi sibuk sekali di awal tahun. Bukan senang menyesuaikan kembali waktu bekerja setelah lama bercuti. Kelam kabut di awal pagi dan juga waktu tengahari ke sekolah agama di Tahfiz. Gara2 anak-anak kadang-kadang menyebabkan terpaksa meninggi suara.
Program -program juga telah bermula. Mesyuarat-mesyuarat kurikulum, Hal Ehwal Murid, Ko Kurikulum juga Panatia telah berlangsung berturut hari. Malah Kursus Kepimpinan Pengawas telah selesai minggu pertama ini. Lebih parah apabila sekolah sekali lagi tercalon untuk menerima Anugerah New Deals di bawah KPI Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak yang perlu diselesaikan bagi persediaan Pemantauan Jemaah Nazir mulai esok 16 Januari.
Kelam kabut ini juga cabaran terhadap azam tahun baru tahun ini iaitu Memperbaiki Pengurusan Masa. Ujian bertimpa bila seluruh keluarga demam-selsema dan batuk tak sembuh-sembuh sejak hujung cuti tahun lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment