Followers
nuffnang
Friday, August 16, 2013
Pulau Aman
Sudah lama tak berkunjung ke Pulau Aman. Sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak. Hari ni berkesempatan untuk ke sana bersama isteri dan anak-anak serta kedua ibu bapaku. Kali terakhir pergi sekali di pertengahan tahun 1990an. Sebelum itu di tahun 80an agak kerap ketika itu ramai saudara mara rapat masih hidup lagi. Ketika itu kena melalui Bukit Tambun menumpang bot nelayan yang menghantar ikan ke jeti. Sekarang sudah ada kemudahan bot penambang dari jeti Batu Musang berdekatan Stadium Batu Kawan. Pelancong luarpun ramai boleh berkunjung ke Pulau Aman.
Bagi anak-anak Seronok dapat pengalaman naik bot, berjalan di sekitar pulau dan makan makanan laut segar. Untuk Makan mee udang saja tiga kali kami makan di restoren terapung. Hari terakhir order ketam dan udang lipan untuk steam. Memang fresh hidup2 lagi. Bagi kedua ibu bapa ku ini peluang mereka berjumpa saudara mara, sepupu sepapat dan menziarahi kubur datuk nenek. Pada malam tu selepas maghrib sempat juga buat tahlil di masjid Pulau Aman.
Selain tu dapatlah melihat pemandangan indah, menangkap ikan dan teritip, berkunjung ke Telaga Emas, bermain dengan rusa, kambing dan burung-burung. Yang paling tidak dilepas peluang tentunya bergambar di tempat-tempat menarik . Ini ialah tempat bergambar paling nostalgik sekali sebab pernah posing di tempat yang sama lebih 30 tahun dulu.
Sambil itu ketika saya mencari info berkaitan Soalan Peperiksaan Percubaan UPSR 2013 terjumpa link ke blog http://sekolahpulauaman.blogspot.com/ dan saya tertarik pada gambar ini khususnya pada papan batu.
Murid SK Pulau Aman di tahun 1960 an.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment