Followers

nuffnang

Friday, October 30, 2009

Bukan Aksi Rempit

Seminggu myVi masuk ward...kalau di kedai biasa mungkin 2 jam boleh settle masalah. Bila dalam gerenti, kebocoran minyak gear box aku nak diperbaiki oleh perodua. Namun janji sehari menjadi seminggu.Bila call, Esok..esok... Alasan barang dari kilang tidak sampai lagi. Situasi beginilah yang memberi imej negatif kepada mana-mana organisasi.

Dalam tempoh ini myExora orang rumah yg guna utk ke sekolah dan berulang menghantar dan menyusu anak di rumah pengasuh. Aku dan anak2 yang lain guna mykapchai.. yamaha ss aku yang banyak berjasa dalam pelbagai situasi terdesak dan cemas walaupun uzur dek usia tua. Kapchai inilah digunakan untuk ke sekolah dan ke kedai, boleh capai kelajuan maksimum bila diperlukan, misalnya dah lewat nak ke sekolah, bukan tak biasa memecut masa remaja dulu dah bermotor.

Tapi pagi tadi cetuskan satu peringatan (warning) tentang keselamatan di jalan raya. Aku yang berhenti mengambil beg Asilah yang terjatuh tidak sangka Adeeb yg duduk di depan mengambil kesempatan memulas minyak sekuat hati. Menonong ke depan dan hampir nak makan tar. Teringat video aksi budak memecut motor seperti apa yang aku alami. Moga jadikan perhatian utk lebih berhati-hati di masa depan. Cuai boleh membawa padah

Saturday, October 24, 2009

lupa la cuti...

Hari ini semua bangun awal..mandi dan bersiap. Bukan senang nak menguruskan si anak-anak kecil yang belum puas tidur. Hujung minggu bukanlah masa untuk bersenang lenang kini.

Program hujung minggu sudah penuh sejak lebih sebulan yang lalu. Yakni sudah lebih sebulan kami tidak menikmati hujung minggu. Jika dulu hujung minggu sabtu dan ahad adalah masa yang dinanti-nanti. Pelbagai aktiviti sekeluarga boleh dilakukan.. mengemas rumah , basuh kereta, tukar air akuarium, boleh memangkas daun pokok bunga yang dah tak sudi berbunga ataupun membelek beg sekolah dan buku sekolah anak2. Kuliah isteri, hari keluarga, dan pelbagai urusan penting telah mengambil masa emas itu.

Hari ini perancangan utk hantar kereta isteri ke Perodua servis, gearbox liking ..dan myexora patut dah servis. esok nak ke KL (lipis daaa..) .So, hari ni 2 buah kereta sekali gus on the road, tapi amat la malang bila sampai di Temerloh semua destinasi tu tutup. Hari ni cuti Keputeraan Sultan Pahang. aduhh..lupa la .

Tuesday, October 20, 2009

Beramal dengan surah al-Kahfi dapat hindari fitnah

Hadith :

Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian:

Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dlm mstar 21 oct 2009

Berita Gempa

Menakutkan ! Kejadian gempa selama 45 saat yang berlaku di Padang baru-baru inipun boleh meranapkan sebuah bandar. Apatah lagi jika 5 minit seperti dilaporkan oleh saintis University Nanyang Singapore bakal berlaku dalam tempoh 30 tahun ini di Sumatera. Yang pasti jika berlaku gempa selama itu kita pasti akan turut merasa kesannya. Berikut ialah link kepada Pusat Seismicity Eropah yang melaporkan setiap gempa yang berlaku di dunia terkini.

http://www.emsc-csem.org/index.php?page=current&sub=list&view=1

Friday, October 16, 2009

Family Day dan Hari Q

Esok sekolah isteri ku akan mengadakan hari Q di Kuantan sekali gus family day pada sebelah siang ahad dan sabtu. Mengikut perancangan ada treasure hunt. Esok juga ada jamuan hari raya di taman aku ini. Memang tahun ini tak dapat menyertai lagi aktiviti di taman. Tahun lepas ada perkhemahan Unit Beruniform, tahun sebelumnya hantar isteri kuliah di K Lipis.

Hari Q yang dirancang nampak menarik sebagai penghargaan kepada warga sekolah yang menjalankan tugas sepanjang tahun. Cuma harap semua jadikan persaingan sihat dan berlapang dada dengan pemilihan yang dilakukan. Anak-anak memang seronok menantikan peluang mandi kolam dan bermain pasir di pantai. Aku bercadang nak ambil kesempatan beli barang pengakap di kedai Rex, Alor akar dan kalau sempat singgah di ASBTAR untuk snap beberapa panorama di sana.

Friday, October 9, 2009

Kejiranan : cabaran meneruskan budaya

Aku tinggal di taman perumahan. Keseluruhan penduduknya adalah melayu, yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta. Majoritinya guru, pensyarah uitm, staf hospital dan felda, selain bisnesman dan kerja sendiri. Julat usia penduduk di sini memang pelbagai sebab taman lama dan ada pula lot tambahan. Taman lama kebanyakan kumpulan veteran dan lot baru dibeli oleh kumpulan macam aku yang baru nak bina hidup.

Oleh itu semangat kejiranan yang biasa diamalkan di kampung-kampung tradisional cuba dipraktikkan di sini. Misalnya budaya bergotong-royong, kenduri kendara dan sebagainya. Sementelah kebanyakan residen sini berasal dari felda berdekatan yang sememangnya telah biasa dengan amalan sedemikian. Aku sendiri biasa dengan pakatan blok yang menguruskan pelbagai aktiviti semasa tinggal dan besar di felda selama ini.

Usaha murni kejiranan aku ini memang bagus. Namun bagi aku yang suami isteri bekerja kadang-kadang tak mampu nak involve semua aktiviti yang dianjurkan. Misalnya jamuan hari raya sudah beberapa kali tak dapat join bila bertembung dengan jadual kuliah dan peperiksaan isteri, sukan tahunan dan perkhemahan sekolah dan macam -macam lagi termasuk keletihan bekerja dan menguruskan keluarga. Terutama 2,3 tahun kebelakangan ini menerima baby baru berturut-turut tahun.

Kegagalan menyertai aktiviti-aktiviti memungkinkan pandangan serong masyarakat. itu yang bimbang. Selalu terdengar cakap-cakap negatif terhadap keluarga yang tak melibatkan diri dianggap sebagai tak campur masyarakat. Aku harap sangat tidak dilabelkan demikian..untuk itu aku cuba usaha untuk involve aktiviti walaupun kadang terlepas juga...

Wednesday, October 7, 2009

Web Site Baru

Web site baru telah bejaya dilancarkan pada hari ini 7 oktober 2009. Pengunjung blog dijemput untuk melihat sendiri web site baru ini dengan melayari

http://www.halalproduct.ws/


Alvin Tofler telah menulis tentang ledakan beberapa revolusi yang berlaku di dunia yang telah mengubah kehidupan manusia. Misalnya tentang revolusi pertanian selepas zaman hoabinh yang mengubah manusia kepada bertani sebagai punca mendapat sumber makanan, kemudian revolusi penggunaan logam menyebabkan manusia mula bijak menggunakan peralatan.Kemudian revolusi industri diabad ke 18 dan 19 menyebabkan pelbagai teknologi tercipta. kini teknogi penggunaan komputer dan alat komunikasi telah meledakkan revolusi yang tidak terjangka dengan begitu pantas. Kini manusia yang sedar tentang revolusi baru ini akan bijak merebut segala peluang yang tercipta mendahului orang lain.

http://www.halalproduct.ws/

Tuesday, October 6, 2009

Anti klimaks

aidilfitri kali ini disambut sederhana..dapat solat sunat aidilfitri dengan sempurna sbb dpt hadir awal..hari pertama di Jengka 21 dan kedua , ketiga ,keempat di Mentakab.
anak-anak gembira dapat bermain mercun..terutama yang 16 das bersama percikan bunga api laksana sambutan merdeka. seminggu sahaja cuti dan kembali ke sekolah. Menjelang tamat cuti..ada perkara meyesakkan kepala otak menjadikan anti klimak kepada cuti raya kali ni. ditambah dengan cabaran kerja menimbun menanti misalnya data ADAP dan emis. dateline pemeriksaan kertas, hantar kuliah isteri dsb. sebagai manusia biasa aku sibuk dan stress dengan apa yang dilalui hinggakan jiran-jiran sebelah rumah tak sempat saling berkunjungan.