Ketika di Pra, Adeeb sangat tidak matang berbanding rakan lain. Mengenal huruf pun ketika bulan-bulan terakhir di Pra. Di bulan-bulan terakhir di Pra juga itulah mula dapat membaca suku-kata mudah. Terima Kasih pada Cikgu Nana dan pembantu yang rajin melayan kerenah Adeeb.
Kini selepas 3 minggu adeeb telah menunjukkan peningkatan yang agak baik. Telah melepasi Ujian LINUS dan saringan kelas. Namun sifat-sifat tidak matangnya masih nampak lagi. Kami sekeluarga kadang tidak kering gusi mendengar celoteh dan pertanyaannya yang tak masuk akal.
Harap Adeeb akan menjadi pelajar yang cemerlang di hari-hari muka. Terasa baru sangat lagi mendukung dan menenangkan Adeeb yang menangis di malam hari kerana kehilangan puting atau merindui ibunya yang jauh menyambung pengajian ketika itu. Pantasnya masa berlalu...
No comments:
Post a Comment