Sudah lama tidak jumpa kulat ni di jual. Kalau dulu sambil-sambil menoreh getah, terjumpa batang getah mati, dibelek-belek akan jumpa kulat ni. Sempat juga kutip dalam satu plastik. Kalau tak ada plastik biasa nya letak je dalam pot getah. Atau diikat pakai baju getah tu aja untuk dibawa balik. Sedapnya siapa yang pernah makan tahulah betapa enaknya kulat sisir ni.
Tapi..Sudah lama saya tidak menoreh getah. Pokok getah milik orang tua sayapun sudah tiada lagi. Sudah ditebang dan di tanam semula dengan pokok kelapa sawit. Kini, bila ke kedai hardware selalu jumpa pisau getah dan apabila bercerita pada anak-anak merekapun tak faham kenapa pisau itu bengkok. Memanglah banyak kenangan berkaitan pokok getah kerana itu pekerjaan pertama saya. Macam cinta pertama jugalah.
Dua tiga hari lepas ada pulak terjumpa makcik pasar tani jual kulat sisir. Apa lagi..., belilah sedikit. Mahal katanya sekilo RM30. Betul lah tu, pokok getahpun sekarang ni tak sempat mati sudah dijual kayunya. Orang rumah masak dapatlah sehidangan. Sudah hampir dua puluh tahun tidak jamah juadah kulat sisir. Hari ni menikmatinya semula. Memang sedap!!
No comments:
Post a Comment