Followers

nuffnang

Monday, January 7, 2013

Yeaah sudah sampai dakwat printer

Tahun ni permulaan kerja agak terganggu apabila dalam kesibukan merancang , menulis , menaip tiba-tiba printer Samsung ML2550 ini buat hal, dakwat laser sudah kering. Memang aku ada simpan satu buat spare. Bertahun aku simpan bila nak pakai camni ada terus. Malangnya, bila nak buka untuk gantikan yang baru tiba-tiba terjatuh pula dan pecah. Memang tiada rezeki.  Terpaksalah cari baru, harga nya boleh tahan...


Nak senang aku google sahaja, cari yang remanufactured, yang murah dan akhirnya dapat. Terus order !!. 


Hari ini dakwat yang aku order secara online sampai.. nampaknya ini sudah acap kali aku membeli belah secara online. Memang mudah dan berbaloi. Kalau nak turun KL semata-mata nak beli dakwat ni mau parak duit minyak, tol dan masa emas ku. Secara online semuanya mudah. Esok aku nak print segala macam kerja aku yang tertangguh..


1 comment:

  1. salam, terima kasih kerana dtg ke blog saya..

    btw, tentang pertukaran seat di dalam flight boleh tukar suka sama suka dengan orang lain..INSYAALLAH mereka akan memahami masalah kita yang berjauhan dengan anak-anak.

    ReplyDelete