Di peringkat awal penubuhan SKJP2 iaitu di tahun 1995 hingga 2000 penggunaan alat siaraya begini memang telah ada kami gunakan. Apabila sistem siaraya rosak aktiviti ini menjadi terbantut sekejap.
Apabila pengurusan baru bertukar ganti di sekolah, penggunaan siaraya hanya di perhimpunan rasmi sahaja.
Ketika aku berkunjung ke beberapa buah sekolah, aku melihat betapa lebih teratur pengurusan disiplin di sekolah tersebut bila menggunakan Siaraya di beberapa situasi seperti di awal pagi, selepas rehat dan sebelum pulang.. Dan lebih bermakna apabila ada sahabat menyatakan idea mereka itu diambil dari SKJP2 dulu.
Sedangkan sistem komunikasi kamipun sudah lama senyap... hehe.
Maka aku mencadangkan aktiviti ini dihidupkan semula.
Perancangan awal untuk melaraskan bacaan doa selepas rehat dan sebelum pulang. Boleh di perluaskan lagi nanti untuk bacaan doa pagi dan lain-lain aktiviti lagi selepas ini. Objektif utama agar murid sentiasa berdisiplin dan pengurusan sekolah lebih teratur.
No comments:
Post a Comment