Nik Aziz kata, perokok lebih hina dari lembu ...........
Sabtu 28 Mac 2009
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu .
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.
"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).
"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu. - Bernama
Aku sokong penuh cakap Nik Aziz tu............kadang-kadang aku perhatikan, kopiah diatas kepala, tetapi hisap rokok........puncanya masa dulu-dulu, banyak ulamak yang menfatwakan kononya hisap rokok tu.......makruh je....... tu lah sebabnya sampai sekarang, ada orang yang masih menganggap hisap rokok tu makruh, walau pun telah ada fatwa baru yang mengatakan hisap rokok tu HARAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!! nasib baiklah aku ni sejak azali lagi tidak merokok.........
sumber :http://azinang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment