Followers
nuffnang
Monday, July 6, 2009
Gambar lama rumah Felda
Aku tidak banyak koleksi gambar lama, terutama zaman kanak-kanak bagi menggambarkan sejarah hidupku, utk ku kenang, kuceritakan kembali pada sesiapa yg sudi mendengar. Bila belek gambar lama ni teringin nak publish kat sini.
Gambar ni aku posing depan rumah Felda. Tak silap tahun 1984. Masa mula-mula masuk FELDA Jengka 21. umur ketika tu 12 tahun. Kini, Rumah tu dah tak ada lagi.. tapi kenangan hidup di Felda di awal 80 an begitu melekap kuat diingatan. Susahnya waktu itu..jalan tanah merah menghubungkan di antara felda mahupun nak ke Bandar Temerloh. Masa tu bandar Jengka tak best langsung.. berpusatkan kedai sederet di Rantau Perintis dan Sudut Selera. Yg seronok bila ke sudut selera bila pasar malam sahaja..pekena nasi ayam dan laicikang.. itu saja. Bila musim hujan nak kemana2 pun susah..jalan berselut...motor kadang sampai patah mudguard depan penuh tanah.
Susahnya bila harga getah masa tu rendah ...bila tolak hutang Felda, hutang PNF dan hutang dan belanja lain lagi berapa ringgit yg tinggal. aku ingat lagi bagi menambah pendapatan kedua orang tua aku ambil upah menoreh pokok peneroka lain pulak selepas selesai di ladang sendiri..balik rumah utk solat, sambung lagi..biasanya lunch kami sekeluarga pkl 5.00 petang dgn lauk ala kadar. Tapi masa tu mana fikir sangat kesusahan orang tua ..merungut bila lapar. Kini bila aku jadi bapa orang baru aku tahu jerih perih mencari rezeki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment