Followers

nuffnang

Sunday, August 16, 2009

masalah artikulasi pertuturan



Adeeb, anak lelakiku marah-marah bila orang berbual, ketika dia mula nak tidur. Keletahnya kekadang begitu menghiburkan. Kini sebutannya mula jelas butirnya. Kalau dulu kami sekeluarga selalu ketawa bila mendengar tutur katanya yang pelat. Sampaikan terbit kerisauan bagaimana dia hendak bersekolah nanti. Alhamdulillah kini sudah 8 bulan beliau menduduki kelas Pra sekolah. Pertuturannya yang dulu pelat cucu (susu) cebok ( sibuk) , dan lain-lain yang mengantikan 'S' kepada 'C' telah pun digantikan. Cuma yang kelakarnya semua perkataan bermula C ditukar pulak kepada S walaupun memang perkataan tu huruf C.. itu pasal bila dia marah-marah , ayat yang keluar ialah "Jangan Sakap Adeeb nak tidur".Dulu memang dia sebut "cakap". Dia faham huruf yang dia pelat dulu, yang bermula huruf 'S' di sebut 'C' perlu ditukar kepada abjad sebenar. Masalahnya borong semua sekali pulak dah....

1 comment:

  1. Adeeb 2011 darjah 1, banyak perkembangan tapi berbanding rakan seusia adeeb masih belum tahap darjah satu. Menulispun masih lambat. Harap cikgunya sabar dan memahami. Bantulah Adeeb, Jangan kerana Adeeb lambat menulis banyak kerja menyalin dari papan tulisnya tak siap. Adeeb baru darjah satu punya sejarahnya sendiri. Malangnya sistem KSSR adalah penilaian berterusan. Penerimaan terbantut dek kerana lambat menyalin. Resolusi sebagai guru sudilah kiranya beri salinan kertas untuk Adeeb salin di rumah, jangan hanya bergantung pada tulisan di papan tulis.... Adeeb baru darjah satu!

    ReplyDelete