Followers

nuffnang

Friday, November 13, 2009

Kenapa Perlekeh Tugas Guru Data ? (..untuk cikgu saja)

Aku baru balik dari mesyuarat data hari ini.Pengemaskinian data 2009 dipercayai bagi tujuan pertukaran guru secara besar-besaran 2009/2010. JPN sendiri memaklumkan supaya guru tidak terkejut dengan penukaran ini. Aku kira maklumat ini bukanlah rahsia sepertimana maklumat lain yang perlu dirahsiakan.

Cuma semasa sesi timbal balik respon bersama peserta dan pegawai JPN (bukan dari unit data), aku tidak puas hati dengan jawapan yang memperlekeh bidang tugas guru data..dianggap kerja mudah, boleh dibuat bila-bila waktu,online seperti dirumah, bermaksud juga pekeliling 12 waktu mengajar adalah atas budi bicara guru besar sahaja, kerana guru data adalah di dalam nom. seolah memberi lampu hijau kepada pentadbir yang juga hadir dlm mesyuarat itu untuk bebas menyediakan waktu mengajar lebih dari sepatutnya untuk sesi tahun depan.

Selama ini aku tak pernah pertikaikan minit mengajar, walaupun kena mengajar kelas peperiksaan sudah 14 tahun tanpa putus.Walaupun mengajar sehingga lebih 21 waktu. Walaupun pernah dalam masa sama memegang jawatan lain seperti guru penyelaras disiplin. Aku buat kerja dengan seronok dan tidak merasa terpaksa. Aku sayang juga dengan opsyen latihan perguruan yang diperolehi lebih sedekad yang lalu. Aku tidak nafikan ada rakan guru data yang bermasalah dan demand tentang hal waktu mengajar ini.

Cuma kenyataan kerja guru data adalah mudah ,tidak patut dikeluarkan dihadapan guru data dan pentadbir. Kenyataan ni seperti menghina!..seolah Jawatan ini tak pentingpun. sedangkan setiap bulan surat siaran mengkehendaki pengemaskinian maklumat, mengingatkan risiko perjawatan dan kewangan yang besar kepada kerajaan jika tersilap. Juga amaran surcaj yang bakal dikenakan.

Andaipun mengkehendaki pengorbanan seorang guru data membantu sekolah janganlah memperlekehkan. Tiada guru data yang berperangai menolak tugas jika ianya boleh dan mampu. Andai tidak penting, kenapa dikeluarkan pekeliling kepada setiap jabatan,lebih baik mansuhkanlah jawatan itu. Emis online memang membantu guru data membuat kerja bila-bila masa dan di mana sahaja. Tetapi itu adalah juga pengorbanan seorang guru data. Kerja yang orang lain bereskan di sekolah, guru data teruskan di rumah. Yang sepatutnya saat anak-anak inginkan perhatin dan belaian.

Online juga bermaksud penggunaan peralatan komputer dengan risiko sendiri jika membawa pulang laptop sekolah. Bimbang kecurian dan surcaj , ramai guru data membeli laptop sendiri. Itu belum belian broadband sendiri dengan bill-bill bulanan tanggungan sendiri. Lebih manis jika menghargai....

Kenyataan pedih bila mana dipersoalkan berapa orang sangatlah guru yang keluar masuk setiap bulan menunjukkan pegawai itu jahil tentang tugas guru data. Rasa malu bila dengar kenyataan itu. Memang kenyataan begini juga selalu dikeluarkan oleh pentadbir dan guru biasa di sekolah yang tidak faham tugas guru data. Seolah kerja guru data hanya libatkan guru keluar masuk. Setakat itu sahaja. Kalau begitu sahaja tak perlu le ada guru data..beri saja kerja tu pada PAR.

Mereka tidak tahu guru data perlu tahu sedikit sebanyak tentang MS ACCESS, perlu tahu operate data mentah mengikut keperluan. Bersedia bila-bila masa mengeluarkan maklumat terkini mengikut kehendak sesiapa sahaja dari rakan sejawat,pentadbir hatta PPD ,JPN dan kementerian sekalipun. Memang setiap bulan selepas kemaskinian, data solid dihantar. Bagi keperluan tertentu bukan seketul emis tu diberi, oleh itu data selektif yang perlu di operate. Untuk buat begitu bukan tekan button on terus jadi. Perlu masa dan kemahiran serta kecekalan.

Orang yang bercakap itu tahu tak tentang utiliti yang boleh dikatakan berubah setiap bulan sejajar dengan perubahan medan dalam table perisian emis. Untuk mengelak sebarang quiry guru data kena kerap meyemak dan melakukan pengubahsuaian supaya bersih ralat.Bukannya urusan cikgu pindah saja....

Komputer yang digunakan berkongsi dengan pelbagai urusan tidak lepas dari masalah rosak, diserang virus dan sebagainya. Kalau hilang data boleh pitam..oleh itu pengetahuan untuk scan virus,download,back up ,repair lebih kurang perlu ada pada guru data.Untuk buat ini juga bukan kerja seminit dua.

Selain itu, guru data perlu menyiapkan Sistem Maklumat salah laku(SSDM) yang kita tak jangka berapa kes disiplin yang berlaku bulan ini, bulan depan dan seterusnya. Itu belum Pengisian markah prestasi, pendaftaran PTK, data Pemantauan PPSMI, data peralatan sekolah, Data pemantauan dan pergerakan (dBLAT), kena ambik maklum eGtukar, HRMIS. Ada juga yang berkaitan data ditonyoh ke muka guru data.Bahkan ada sekolah yg memaksa guru data buat SMM. Semuanya data ini bukan boleh buat dalam masa seminit.

ini sebahagian pekeliling berkaitan bidang tugas guru data:

SENARAI TUGAS GURU DATA
Peringkat : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan : Guru Data Sekolah DG41/DGA29
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi
waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi keduadua
sesi)
1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan
kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua.
2. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat
sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan
sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
a. Bertanggungjawab bagi pengurusan data bagi aplikasi EMIS
iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,
pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan
maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang
ditetapkan yang berkaitan dengan:
i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain
iii. Staf bukan guru;
iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
v. Pendaftaran PTK
vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
b. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan,
pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan,
pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti HRMIS,
Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin
Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, dan Buku
teks ( SISTEKS/EMATEK).
c. Membantu dalam penyelengaraan dan rangkaian komputer,
namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh
penyelaras IT
d. Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan
maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data
dan maklumat peringkat sekolah.
4. Menjadi setiausaha Jawatankuasa Maklumat Sekolah.
5. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang
diarahkan dari semasa ke semasa.


Ini pula kajian ilmiah yang mengkaji masalah berkaitan oleh UTM..bukan cakap kedai kopi atau di kantin sekolah.

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya
ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
“stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang
seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam
menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999)


Aku tidak merungut tentang kerja yang dibuat selama ini, bahkan seronok dengan tugas tersebut cuma tidak puas hati tugas guru data perlekeh tadi.

Dan aku salute dengan penyelia sekolah yang berhemah menegur kesilapan. Cara begini diterima baik oleh semua dan meransang mereka buat lebih baik lagi.

dan aku percaya jika Pegawai Data JPN sendiri yang bercakap akan lebih lunak dan beradab.

2 comments:

  1. Kami x penah nk perlekehkan kerja guru data.. Tapi apa plak crita bile guru Data menyerahkan tugasnya mengemaskini data murid2 pra pda pembantu pengurusan murid.. Kami ada tggjwb kami sndr.. Ada x apa2 cdgn utk kami mengelak dr mlakukan kerja yg bkn kerja kami... Sedihnya... Huhu

    ReplyDelete
  2. cuba kita memahami pekeliling di atas.

    ReplyDelete