Followers

nuffnang

Friday, November 6, 2009

Tahu Tak Cerita Hagemaru?




Watak Hagemaru Pengaruhi Kelakuan Anak-Anak Tanpa Sedar?


Mungkin ramai para ibu bapa yang sedar akan kewujudan siri kartun Hagemaru yang ketika ini disiarkan oleh siaran 611 Ceria Astro, atau mungkin jugak di kalangan ibu bapa yang turut sama menonton kartun genre lucu itu bersama-sama anak-anak. Hagemaru Si Botak Kecil atau popular sebagai Hagemaru, merupakan sebuah manga yang diterbitkan pada 1985-86 di Jepun. Manga ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru di samping idea-idea yang dipaparkan mengenai penjimatan wang itu dikarang oleh Shinbo Nomura.

Manga ini mendapat sambutan yang hangat di seluruh pelusuk Jepun. Dengan popularitinya, sebuah anime telah diterbitkan oleh studio animasi Shin’ei Doga pada 1988. Siri televisyen yang mengandungi 59 episod itu turut mendapat sambutan yang hangat, dan atas popularitinya sebuah permainan turut dicipta bagi warna Game Boy. Sejak daripada itu, Tsurupika Hagemaru disiarkan di seluruh dunia terutamanya di India melalui Pogo TV. Tsurupika Hagemaru meraih pengiktirafan Anugerah Manga Shogakukan pada 1988 bagi kategori manga kanak-kanak.

Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan Tsuruko. Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah ‘0′ dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.

Memang tidak dinafikan siri kartun ini cukup menghiburkan dan membuatkan penonton ketawa, namun pada pandangan penulis setelah sekian lama mengikuti siri kartun ini bersama anak-anak, secara sedar atau tidak watak kedekut, pentingkan diri sendiri, tidak bersopan, bercakap bohong dan sebagainya yang dmainkan oleh Hagemaru telah mempengaruhi jiwa anak-anak yang masih kecil. Penulis juga pernah beberapa kali terserempak dengan kelakuan anak sendiri yang memang mengikut kelakuan Hagemaru.

Dan isteri penulis cukup terkejut dalam dua atau tiga hari yang lepas apabila sedang meleteri anak sulung tiba-tiba dengan selambanya kanak-kanak berusia 5 tahun ini menjawab, kalau abang nakal, kenapa ibu lahirkan anak mami yang nakal ini?. Tergaman isteri penulis mendengar reaksi spontan anak sebegitu. Sudah pasti kanak-kanak ini mendapat idea setelah menonton siaran kartun, namun tidak dapat dipastikan kartun mana.

Memang tidak dapt dinafikan, pengaruh siaran kartun walaupun pada asalnya untuk tujuan berhibur namun sekiranya tidak dipantau oleh ibu bapa akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembesaran anak-anak.

Anak lelaki saya, Adeeb yang berumur 5 tahun selalu menonton Hagemaru. Entah apa yang diketawakan terbahak-bahak. Tidak dapat dinafikan banyak perbendaharaan kata beliau diperolehi daripada cerita katun seperti Hagemaru ini.

sumber asal: http://myjazmanie.com/2009/watak-hagemaru-pengaruhi-kelakuan-anak-anak-tanpa-sedar/

2 comments: