Followers
nuffnang
Friday, December 21, 2012
Buah di kampung tak laku
Tahun ni pokok buah-buahan banyak dan menjadi. Di merata-rata buah durian , manggis, cempedak, rambutan dan langsat ada. Malah harga buah-buahan tempatan di pasaranpun telah jatuh. Semua di jual murah. Atas alasan itu juga ramai orang membiarkan saja buah masak dan busuk di pokok. Sayang sekali, buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat seolah tiada harga. Durian mungkin spesis yang beruntung kali ini, bila resepi inovasi baru menjadi fenomena iaitu Crepe Durian. Buah-buahan lain tiada inovasi pemakanan nampaknya lagi.
Apabila saya pulang ke kampung, situasi yang sama kelihatan. Banyak buah rambutan yang masak ranum di pokok. Cempedak bersusun di dahan. Sanak saudara yang pulang, memang ada ambil makan dan bawa pulang tetapi seolah tidak luak. Masih banyak dipokok. Rezeki monyet, tupai, kelawar dan burung lah nampaknya.
Ada juga bawa pulang dan ada yang dihantar kerumah. Kalau durian untuk tahan lama boleh dibuat tempoyak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment