Followers
nuffnang
Tuesday, December 25, 2012
Kembara Oren di Jengka 21, apacer..?
Aku baru tengok video ni dan sebagai seorang anak Felda, video ini amat menarik perhatian aku. Aku sangat dekat dengan Felda, sejak kecil membesar di Felda, kemudian melanjutkan pelajaran di Asrama felda. Ketika belajar di Universiti aku memilih untuk membuat beberapa kajian kes sehinggalah penulisan tesis ( Penulisan Ilmiah) Ijazah Sarjana Muda ku pun berkaitan Felda, maka apa-apa berita mengenai Felda menarik perhatian aku. Apatah lagi berita mengenai Jengka tempat aku.
Ketika zaman belia aku aktif dengan Belia Felda. Aku pernah menjadi Setiausaha. Sehingga kini aku aktif dengan ALUMNI Asrama Felda. Banyak aktiviti kami jalankan demi generasi kedua dan seterusnya. Sebab itu aku begitu teliti dengan Felda. Apabila ANAK sebagai NGO berkaitan generasi kedua mengutarakan pelbagai isu, aku turut mengkajinya. Malah BAPAK, agensi di bawah GFWF ditubuhkan bagi menyaingi ANAK mengeluarkan kenyataan aku meneliti juga.
Sebagai orang yang berpelajaran, aku tidaklah mahu diri dipengaruhi oleh mana-mana parti politik apabila berkaitan Felda. Sememangnya pula parti politik mempunyai impian atau mengekalkan status-quo masing-masing di felda. Bagi ku parti politik berhak untuk mencari pengaruh masing-masing kerana negara kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen bukannnya negara ini mengamalkan autokrasi kerajaan Feudal. Ketaksuban melampau terhadap mana-mana parti politik sehingga menutup telinga sangat tidak bijak untuk negara.
Parti politik tidak akan kekal selama-lamanya. Felda, bahkan negara ini akan terus wujud waima mana-mana parti politik berkuasa. Adalah penting kita memastikan Felda ini diurustadbir dengan baik sepanjang masa. Ketika ini, dan masa hadapan.
Parti politik yang bagus dahulu, tidak semestinya bagus sekarang ini. Yang bagus sekarang tidak semestinya bagus di masa depan. Antara punca pereputan parti politik ini apabila di pegang oleh orang yang korup. Maka untuk memastikan kelangsungan urus tadbir tanah Felda kekal terbaik kita perlu mengatasi masalah dengan rasional. Kita tidak boleh bernostalgia kerana mengenang budi dan membiarkan masalah , membutakan diri kerana kisah kenangan silam.
Aku sayangkan Felda , sebagai seorang yang rasional ada banyak isu yang dibangkitkan oleh ANAK perlu dijawab dengan cara hujah dan butiran akademik bukannya dengan cara samseng, tidak bertamaddun. Tindakan menghalang jalan, memaki hamun, menggambarkan tahap kecerdikan dan akhlak serta keimanan kita. Kenapa perlu takut dengan kembara Oren. Kalau tidak benar hujah mereka boleh di bawa ke mahkamah atau boleh dijawab oleh agensi berkaitan. Kalau benar hujah mereka, kenalah atasi segera, dan nyahkan bajingan tersebut, jika ada.
Banyak kepincangan yang berlaku kerana si perasuah bermaharajalela. Felda akan hancur jika perasuah berleluasa dan berkuasa. Perasuah dan penyalahgunaan kuasa harus ditentang oleh sesiapa sahaja. Saya percaya perasuah ini akan terus menyelinap di mana sahaja ada peluang walau tampuk kuasa berubah nanti. Si pelahap akan mencari peluang dan bangkai di tempat baru pula nanti. Maka wajib menentang watak perasuah ini di masa sekarang atau masa depan tidak kira bajingan ini berpayung di syiasah mana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment