Followers
nuffnang
Sunday, December 9, 2012
semuanya First Time
Catatan 6 September 2012 di LCCT. Aku dan isteri tidak pernah ke naik kapal terbang, malah ke LCCT pun tak pernah. Maka urusan di Terminal ini dan urusan dalam kapal terbang kali ini merupakan pengalaman pertama. Walaupun tiada pengalaman langsung ,tapi kami buat macam biasa saja hehe..maka macam tercangaklah juga, cari kaunter, check in, timbang barang, pemeriksaan keselamatan. ( Pemeriksaan keselamatan tidaklah seteruk di Imigresen Singapura tahun lepas hehe..)
Barangpun tak banyak sebab bawa satu beg saja. Memang bercadang nak beli di Sarawak saja baju.
Boarding pass sudah dicetak awal-awal di rumah tapi waktu check Boarding pass, rupanya yg Adeeb tak ada. Mungkin masa di rumah tertinggal. Terpaksa patah balik ke kaunter, minta print semula, kena caj RM10 untuk satu salinan. Bila di balai menunggu mula rasa lapar..beli roti pun tak kenyang..
Dalam kapal terbang, sebab pengalaman pertama, semua anak-anak nak duduk ditepi tingkap. Ini masalah utama, dibuatnya macam dalam kereta. Nasib baik di depan ada beberapa seat kosong, dapat lah semua duduk di tepi tingkap sampailah ke Kuching dengan selamatnya , alhamdulillah.
Nak masuk ke Sarawak kena dapatkan pas masuk. Walaupun sebahagian dari Malaysia, rakyat dari semenanjung kena dapatkan pas lawatan. Ya benar, kerana Wilayah Tanah Melayu, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah yang bergabung membentuk Malaysia, tapi kita di dedahkan konsep negeri-negeri dari Perlis sampai ke Sabah.
First Time jejak ke tanah Sarawak, Pemandu sudah menanti .....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment