Followers

nuffnang

Thursday, December 6, 2012

Major Servis


Semalam keretaku masuk servis, sudah lama tidak servis. Berjalan sudah satu Malaysia. Rupa-rupanya kali ni kena Major Servis...huhu parak la duit. Tik tok tik tok habis RM400, itupun minyak gearbox tak tukar, stok tak ada..kalau tidak tambah le lagi..

Masalah lain tak ada, cuma air tangki dari tiub plastik kering. Ini kali kedua berlaku. Kali pertama bila kipas tak berhenti walaupun engin dimatikan. Lama cari punca, dapat kesan kerana kekeringan air dari tiub ini juga, sensor kereta detect panas terlampau. Untuk trace masalah ini kena tunggu dulu.Mekanik kata nak cari punca nya.. Tunggu lagi!!

Masalah kedua, ni bukan masalah kereta tapi lipas kecil yang bersarang di span dalam body. Dulu pernah spray dengan ridsect, banyak yg mati..ingatkan selesai masalah. Rupanya hari ni bila servis belt yang sangkut terperasan lipas ni bersarang pada span dalam body..Mekanik cadangkan guna asap Nano Mist anti bacterial. So, cubalah RM20 sahaja. Macam perasap nak ambil madu lebahlah..yg ni guna elektrik bukannya sabut. heheh.

apa resultnya,,tunggu lah..tunggu lagi. Tapi tak nampakpun lipas mati. Kawan2 cakap tak berkesanpun Nano Mist ni.. hmmm entahlah!



 

2 comments:

  1. Kereta saya dulu pun kes tangki reserved tu kurang selalu dan kipas memang ligat berpusing. Last2 temp naik samapi full dan pergi ke EON sah simptom rod bengkok sebab panas terlampau. Dapat tukar head baru seketul, kira macam top overhaul. Banyak dah Exora CPS kena kes ni. Yang kelakar ada tegakkan benang basah kipas tu ligat pusing sebab memang mekanisme dia sedangkan kipas tu pusing walau dah mati enjin sebab overheat. Samapi sekarang tak tahu lagi kenapa air dalam reserved tank tu boleh kurang mendadak.

    ReplyDelete
  2. oo maknanya banyak kes dah la ni..ingatkan dulu kipas masih pusing selepas enjin tutup salah satu keistimewaan Exora yang 20 perkara tu. Pelik juga sebab rakan lain tak ada jadi begitu. Rupanya air dalam tiub tu habis kering..ini 2 nd time jadi. Belum la sampai high temperature tapi macam mana solution oleh PROTON..

    ReplyDelete