Followers

nuffnang

Sunday, December 26, 2010

Video Jaringan Malaysia di Final Bolasepak AFF

Malaysia menang selesa 3- 0 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini. Gol-gol Malaysia hasil jaringan Safee Sali pada minit ke-61 dan 73 manakala satu gol lagi daripada Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-68.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Rabu ini. – Utusan

Lihat gol-gol cantik perlawanan. Jika tidak dapat tonton klik
http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2010/12/video-jaringan-malaysia-di-final.html

Gol Pertama



Gol Kedua



Gol Ketiga



Sudah lama tidak terhibur dengan permainan bolasepak Team Malaysia. Perlawanan menentang Indonesia di final pertama kali ini begitu menghiburkan.


Seperti mengimbau kenangan menyaksikan perlawanan Pasukan Malaysia di era lalu. Pemain telah menunjukkan keyakinan untuk mengawal bola dan membuat hantaran. Begitu juga 'clearan' pertahanan yang kemas. Ramai pemain rajin mengambil balik bola yang terlepas dan tidak memberi ruang pemain lawan membuat percubaan. Pemain juga tidak leka apabila mendahului sehingga wisel penamat.


Semua ini merupakan penambah baikan terhadap komen kelemahan pada pasukan negara yang kerap di utarakan peminat dan pengkritik sukan. Tahniah pasukan Malaysia. Diharapkan pemain muda yang rata-rata berada diusia awal 20 an akan memperoleh kemenangan mutlak di akhir kedua di Indonesia kelak.


Selepas ini, pasukan ini patut diberi peluang menyertai kejohanan besar pada level lebih tinggi dengan lebih kerap untuk mematangkan mereka. Dalam masa yang sama FAM perlu menyediakan pelapis biar banyak peringkat umur agar kesinambungan pemain bermutu tidak terputus. Syabas Malaysia.
kredit

Sunday, December 19, 2010

Pemandangan Kuala Lumpur dari atas bukit




20 Disember 2010 ke Hulu Langat melalui Sg Congkak. Tidak sangka di sana ada tempat melihat pemandangan indah dari atas bukit. Di antaranya ialah pemandangan Kuala Lumpur dari arah Ampang. Rugi tak bawa kamera. Hanya dapat guna kamera handphone. Jadi gambar terakam tidak cantik dan tak boleh zoom.

Betul-betul di atas bukit ada rumah rehat yang mempunyai stesen teropong. Maknanya kalau nak berehat sambil menghirup udara segar, di sinipun boleh. Melalui pencarian di internet terdapat gambar sungai congkak sebagai tempat perkelahan dengan air terjun yang tidak berapa tinggi. Tidak perasan dari arah mana kawasan sungai tu sebab ketika memandu asyik tumpukan perhatian pada jalan.

rujukan:http://snappyworld.com/tag/sg-congkak

Friday, November 12, 2010

Block website lucah di rumah

Hari ini selepas menghantar Asilah ke Kem Learning English is Fun, saya terus menunggu mesyuarat Jambori. Sehingga tengahari baru pulang. Rupanya, menurut isteri anak-anak yang baru belajar membaca dan menulis ada menaip beberapa perkataaan pada carian google sewaktu mereka bersendirian tadi. Walaupun mereka nak mencari games, perkataan itu teraksess pula ke laman yang tidak beberapa elok. Nasib baik ibunya ternampak. Huuu..kena cepat bertindak ni. maka saya cepat-cepat memikirkan kaedah mengatasinya.

Sememangnya apabila anak-anak meningkat naik, antara perkara yang merungsingkan ialah akses ke laman web yang bukan-bukan seperti laman web lucah, permainan game, perjudian, jenayah keras dan sebagainya. Kadangkala web tersebut terpapar tanpa kita ketahui atau mahu. Ia mungkin iklan atau popup yang digunakan untuk tujuan pengiklanan. Sedangkan internet merupakan keperluan dan kita tidak punyai masa untuk mengawal mereka 24 jam.

Terdapat beberapa cara untuk block access kepada website2 ini. Antaranya melalui Internet Option (dalam Control Panel).
Control Panel > Internet Option > Content (tab) > Content Advisor (button)
Click pada butang Enable pada ruangan Content Advisor
Pada ruangan Rating terdapat beberapa pilihan laman web yang ingin di block. Antaranya, laman lucah, ganas, sex, keganasan dan sebagainya. Pilih salah satu (contoh nudity utk laman web lucah).

Gerakkan slider di bawahnya. Ia merupakan tahap akses kepada laman web tersebut samada block semua, atau block sedikit atau block ala kadar.

Click apply. Popup utuk masukkan username, password dan hint utuk password akan keluar. Isikan ia, ini untuk bagi kebenaran kepada user utuk akses web yang di block.



Popup Content Advisor akan keluar jika laman web yang ingin diakses mempunyai hint berunsur lucah atau sebagainya. Masukkan password jika ingin akses web tersebut.

Namun begitu terdapat beberapa cara untuk elak dikesan. Antaranya menggunakan web proxy. Itu bagi yang pandailah , tapi sekurang2nya, anak kita yang belum tahu tentang cara mengatasi contect filtering ini, tidak terjebak pada masalah yang berpunca daripada web mengarut seperti itu. selamat mencuba ..


sumber rujukan :blog MariaOzawa

Friday, November 5, 2010

Youtube beroperasi dalam Facebook dan Blog.

Tahukah anda apakah laman web yang sering dilawati oleh pengguna di Malaysia ?
Mengikut data yang diberikan oleh Alexa.com (syarikat pemerhati laman web yang berpengkalan di U.S), terdapat senarai 100 laman web yang sering dilawati oleh pengguna-pengguna Internet di Malaysia. Di antara 10 laman web teratas ialah seperti dalam screenshot di bawah.

Sumber: Alexa.com.

Seperti yang kita lihat daripada paparan skrin di atas, Facebook merupakan laman utama yang dilawati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Fenomena facebook ini merupakan fenomena biasa yang juga berlaku di luar negara. Kalau dahulunya Friendster antara 10teratas di Malaysia ini, namun sekarang tidak lagi. Ramai di antara kita telahpun beralih kepada Facebook dan juga Myspace (Ranking No.10). Saya sendiri sudah lama tidak update laman friendster saya ( http://profiles.friendster.com/50658054 )

Kemudian di Ranking No. 2, 3, 4, adalah Search Engines yang biasa kita lawati apabila kita mula-mula membuka Internet browser. So, ini bukanlah sesuatu yang perkara yang pelik di sini.

Kemudian di Ranking No.5, kita dapati laman video YouTube menjadi laman video utama yang kita lawati. Meskipun terdapat banyak pesaing laman web video serata dunia seperti DailyMotion.com (yang mana top di US), kita di Malaysia masih lagi menyukai YouTube ini. Manakala di Ranking No.6, kita lihat laman Blogger.com menjadi laman web yang sering kita lawati. Mengapa? Pada pendapat saya, dengan meningkatnya tahap kesedaran Internet di Malaysia masakini, ramai di antara kita berlumba-lumba untuk mendapatkan laman web/blog kita sendiri di Blogger.com, dan ini pastinya menjadi satu perkembangan yang baik di Malaysia ini.Maka siapa yang tidak boleh membuat blog dianggap ketinggalan (he he..jangan lupa blog saya ni http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/).

Maka kita boleh buat kesimpulan bahawa facebook, youtube dan blog adalah laman web utama yang digunakan di Malaysia. Jadi sesiapa yang berada dalam bidang pemasaran tentu sudah tahu apa tindakan seterusnya. Bagi cikgu macam saya tentu tidak boleh sangat nak gunakan maklumat ini.

Bagi ketiga-tiga laman tersebut, maka youtube memberi dominan yang besar kepada Facebook dan Blog. Seringkali wall dalam facebook menggunakan video dari youtube untuk dikongsi bersama atau diulas berhari-hari. Begitu juga dalam blog, youtube sering di 'embedded' untuk menyerikan atau melariskan kunjungan ke blog masing-masing.

Malah kita sering menggunakan YouTube walaupun tanpa melalui facebook dan blog. Biasanya untuk menonton klip-klip video lagu yang kita minati, menonton episod-episod rancangan televisyen yang dimuat naik, menonton klip-klip ceramah dan sebagainya.

Namun, pernahkah kita terfikir bagaimanakah youtube berfungsi? Apakah sebenarnya yang berlaku tatkala kita mengklik pada butang “Play” di laman YouTube tersebut?

Apabila seseorang memuat naik sesebuah video, kemana video tersebut pergi? Apa yang terjadi sebenarnya? Kita hanya seronok menonton samada di youtube.com atau di blog atau di facebook. Malah jika tertarik dengan mudah kita share di facebook.

Entri ini merupakan terjemahan kepada entri “This Is How YouTube Works” terbitan laman web teknologi terkenal, Gizmodo, berdasarkan kepada gambarajah yang dihasilkan oleh Time Warner Cable.

Berikut gambarajah yang dimaksudkan. Klik untuk paparan lebih besar:



This Is How YouTube Works - Time Warner Cable

Dalam gambarajah di atas, terdapat dua watak iaitu Mariam (Mary) dan Jefri (Jeff). Situasi yang berlaku adalah – Mariam akan memuat naik sebuah video ke YouTube, dan Jefri akan menonton video tersebut di laman YouTube. Secara ringkasnya, terdapat 3 proses yang berlaku.

Mariam memuat naik video rakamannya (Langkah 1 hingga 5)
Jefri menekan butang “Play” pada video tersebut ketika melayarinya menggunakan laptop di rumahnya. (Langkah 5 hingga 9)
Video tersebut dihantar ke laptop Jefri dan ditayangkan. (Langkah 10 hingga 13)
Saya akan cuba terjemahkan setiap langkah di atas menggunakan Bahasa Malaysia ringkas agar kita dapat sama-sama memahaminya.

Langkah-Langkah
Mariam merakam video kucingnya bermain menggunakan telefon bimbit. Kemudian, menggunakan telefon bimbit tersebut, Mariam memilih pilihan untuk “Upload” (Muat naik) ke laman YouTube.

Telefon bimbit Mariam kemudiannya mengemaskan video tersebut dalam bentuk pakej protokol internet (IP). Kemudiannya, telefon bimbit tersebut akan mengubah kod pakej protokol internet tersebut kepada kod signal radio untuk dihantar melalui signal telefon bimbit.

Pencawang telefon bimbit berdekatan akan menangkap (capture) kod signal radio tersebut, dan mengubahnya kepada kod elektrik berwayar.

Video yang dalam bentuk kod elektrik berwayar tersebut kemudiannya dihantar dari pencawang telefon bimbit, kepada suis dan router dari bandar ke bandar, negara ke negara sehingga tiba ke komputer server YouTube di sesuatu tempat.

Komputer server YouTube kemudiannya menerima kod elektrik tersebut, dan menukarkannya kembali kepada bentuk pakej video. Video tersebut disimpan di dalam server, dan menunggu sehingga seseorang ingin menontonnya.

Jefri membuka Internet Explorer, memasuki laman YouTube, dan membuka URL video yang dimuat naik Mariam tadi lantas menekan butang “Play”.

Laptop Jefri mengubah arahan “Play” sebentar tadi, menjadi kod signal radio WiFi lalu dihantar ke pemancar/penerima WiFi rumah Jefri.
Pemancar/Penerima WiFi rumah Jefri kemudiannya mengubah arahan kod signal radio tersebut kepada kod elektrik.

Kod-kod elektrik itu seterusnya dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke komputer server YouTube.

Komputer server YouTube menerima kod elektrik tersebut dan mengenalpasti arahan untuk “Play” daripada Internet Explorer milik Jefri. Ia kemudiannya memilih format video terbaik mengikut Internet Explorer Jefri, dan menghantar format video terbaik tersebut secara terus (streaming).

Paket-paket video “streaming” tersebut dihantar melalui suis dan router, dari bandar ke bandar, negara ke negara, sehinggalah tiba ke pemancar/penerima WiFi di rumah Jefri.

Pemancar/penerima WiFi tersebut kemudiannya mengubah paket-paket tersebut kepada kod signal radio WiFi, dan memancarkannya kepada Laptop Jefri.

Laptop Jefri kemudiannya menerima (capture) kod signal tersebut melalui WiFi. Internet Explorer pada laptop Jefri kemudiannya menafsirkan kod tersebut kepada video, dan memainkannya di skrin Jefri. Jefri kini boleh menonton video kucing Mariam!

Petunjuk:
Garisan tidak terputus melambangkan saluran internet melalui wayar.

Garisan terputus-putus melambangkan saluran internet tanpa wayar.

Alhamdulillah, kini kita tahu bagaimana YouTube berfungsi! Sungguh canggih teknologi masa kini, yang membolehkan video dikongsi dan ditonton dengan mudah. Semua langkah di atas berlaku dalam masa yang cukup singkat! Dan berjuta-juta kali langkah di atas sedang berlangsung dengan serentak tatkala anda membaca ayat ini!

Inilah kehebatan teknologi. Ayuh, kita pelajari dan fahami teknologi-teknologi ini, agar kita dapat memanfaatkannya, Semoga Allah memberkati usaha kita !


sumber rujukan:
http://faizal.iits.com.my/2010/01/kajian-mengenai-penggunaan-internet-di-malaysia/
http://me.leokid.my/youtube

Sunday, October 31, 2010

buah sulung..hangpa tau buah apa ni?



Syoknya, dah berbuah. Dah lama tak makan buah ini. Masa kecil-kecil dulu ada juga jumpa. Sekarang dah payah nak jumpa. Khabarnya asal pokok ni dari Amerika Utara dan saya sangat teruja untuk menanam di rumah bila jumpa benih pokok ni di rumah jiran. Dengan menggunakan kaedah paling mudah iaitu keratan batang. Saya membenam ke dalam polybag dan kini dahpun berbuah.

Mudah sungguh ia tumbuh dan berbuah. Adakah cuaca di kawasan rumah sudah menghampiri iklim di Amerika? tentunya tidak. Pokok anggur ku yang kerap meluruh dan merimbun sampai sekarang tak berbuah-buah lagi.



Longan ku yang berasal dari Thailandpun berkali-kali sudah menghasilkan buah walaupun sesekali musim buahnya tidak banyak dan kecil-kecil. Tapi ia sangat yang menyeronokkan.

Kembali kepada buah berbulu di atas. Kalau hangpa semua nak tahu itulah buah mulberi atau nama Saintifiknya Morus L. , atau nama lain dikenali sebagai Kertau, mulberi,toot(parsi)dan shahtoot, yang dalam Famili- Moraceae .



Mulberi merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaanya.Ia merupakan sejenis pokok kecil dengan ketinggian antara 1 hingg 6 meter.Tergolong dalam genus Morus , terdapat pelbagai jenis mulberi antaranya mulberi hitam (morus nigra), mulberi putih (morus alba), mulberi merah (morus rubra) dan pelbagai jenis lagi. Yang saya tanam ialah jenis merah.


Buahnya yang masih muda agak bergetah dan elakkan dari dimakan kerana walaupun tidak kuat, ia masih mempunyai ciri halusigenik(seperti buah-buah mudah yang lain contohnya buah mangga). Buah yang masak tidak lagi bergetah dan tidak lagi mengandungi ciri halusigenik.

Mulberi ini boleh membiak melalui dua cara pembiakan utama iaitu biji benih dan keratan batang. Walaupun kaedah keratan batang lebih mudah menghasilkan anak benih berbanding biji benih, anak pokok yang dihasilkan dengan biji benih lebih sihat dan cantik bentuknya berbanding dangan pembiakan melalui keratan batang.

Buah mulberi yang manis dan isinya yang lembut berair apabila masak sangat sesuai dipelbagaikan ke dalam masakan seperti pai, tat, kek dan juga dijadikan jus. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis dan lazat itu.Mulberi hitam mempunyai rasa dan bau yang paling kuat sekali menyebabkan ia digunakan secara komersial untuk menghasilkan perisa dan pewarna berasaskan mulberi.

Daun mulberi, terutamanya mulberi putih, yang juga dikenali sebagai daun kertau merupakan sumber makanan utama kepada ulat sutera dalam industri pembuatan sutera.

Daun mulberi yang tua boleh dijadikan teh dan berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu ia juga mampu mengurangkan sakit-sakit otot terutamanya pada lutut

Dimaklumkan juga buah mulberry mengandungi kandungan vitamin B17 yang tinggi. B17 merupakan unsur melawan penyakit kanser.

Kalau ada peluang boleh buat ladang mulberi ni. Siapa mau join?

Thursday, September 30, 2010

masam je..senyum sikit !! part 3

Amazing Evolution of The 21st Century

The pro & cons evolution of the 21st century:

Cons
====
Our labour - Effortless

Our relations - Fruitless

Our attitude - Careless

Our feelings - Heartless

Our politics - Shameless

Our education - Worthless

Our mistakes - Countless

Our arguments - Baseless

Our youth - Jobless

Our ladies - Topless

Our boss - Brainless

Our jobs - Thankless

Our needs - Endless

Our situation - Hopeless

Our salaries - Less and less

Pro
===
Our communication - Wireless

Our phones - Cordless

Our cooking - Fireless

Our food - Fatless

Our Sweets - Sugarless

tiada kena - mengena dengan sesiapa just joke!

source today-joke blogspot

Monday, September 20, 2010

Arah Kiblat

Ada maklumat segera yang perlu disiapkan hari ini. Kebetulan laman portal EMIS sedang dikemaskini, tak dapatlah nak rujuk. Jadi pakcik googlelah menjadi tempat mencari bantuan. Tujuannya hendak melihat koordinat sekolah tapi kebetulan ada laman http://www.qiblalocator.com/ yang menunjuk arah kiblat sekali bolehlah dikongsi di sini terutama bagi sesiapa yang tinggal berdekatan. Selain ada maklumat koordinat latitud dan longitud , ada juga maklumat berkaitan kiblat dan jarak dengan Mekah. Jangan di bom sekolah aku sudahlah....

Saturday, September 18, 2010

Menjelang peperiksaan




Sewaktu catatan ini di tulis peperiksaan UPSR tinggal lagi 2 hari. Perasaan berdebar kian kencang, walaupun para pelajar yang akan menduduki peperiksaan namun cikgunya yang saban hari mendidik dan membimbing dengan pelbagai gaya dan usaha turut merasa tempiasnya. Malah mungkin lebih lagi terasa debaran berbanding pelajar itu sendiri.





Tanggal 21 September hingga 23 September nanti anak didik ku akan berjuang di dewan peperiksaan. Segala ilmu dan teknik telah dicurahkan. Latihan dan projek tidak terkira. Dari "Mat Jul", "UMPAN", "Gempur" dsbnya. Harap mereka semua dapat menjawab dengan senang dan tidak melakukan kesilapan mudah.



Pelajar di peringkat rendah berbeza dengan pelajar menengah yang lebih bermotivasi dan matang dalam mengejar impian masing. Pelajar di peringkat rendah dari A-Z memerlukan tunjuk ajar dan dorongan. Bahkan ada pelajar yang tidak kisah pun dengan peperiksaan dan tidak merasa apa-apa kepentinganpun. Maka kerana itulah bimbingan berterusan terpaksa dilakukan. Maka timbullah persepsi yang cikgu-cikgu itu yang lebih-lebih berbanding pelajar. Tidak kisahlah apa persepsi orang yang penting dapat bekerja dengan seronok dan menikmati kepuasannya apabila anak didik dapat mencapai keputusan yang baik nanti.





Tetapi cabaran terbesar bagiku tahun ini ialah kumpulan pelajar yang berada di pelbagai kebolehan yang agak besar jumlahnya, dan markah nilai mula merekapun agak yang rendah berbanding tahun sebelum ini. Maka cabaran mencari emas di dalam batu dan kemudian menempanya menjadi hiasan menarik tentunya agak sukar berbanding membentuk cincin-gelang dari jongkong emas tersedia .






Lantaran pula peperiksaan kali ini betul-betul selepas cuti aidilfitri. Harap para pelajar tidak hilang tumpuan dan tips penting yang dititip selama ini, harap tidaklah berterbangan bersama percikan bunga api atau dentuman mercun, atau terurai awal bersama kuih-muih ketupat lemang, atau mengecut di memori dek penangan ketakutan cerita seram yang bersiaran di semua TV sepanjang awal syawal baru-baru ini.





Semoga semua anak didikku dapat mencapai keputusan yang baik. Semuanya tidak mustahil !

Wednesday, September 15, 2010

"POKAI" Lepas Raya?

Tip urus belanja lepas Aidilfitri

BARANGKALI selepas cuti Aidilfitri, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati - sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.

Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini.

Oleh kerana wang simpanan makin menipis, ramai mula risau nasib diri serta memikirkan bagaimana hendak menjalani kehidupan dengan baki simpanan yang tidak seberapa itu.

Tidak hairanlah timbulnya jenaka sinis menyindir segelintir orang yang dikatakan terpaksa berpuasa semula selepas Aidilfitri kerana sudah ‘berhabisan’ ketika beraya.

Tidak dinafikan, ramai memilih untuk berpuasa seawal minggu kedua Syawal iaitu selepas kembali bekerja. Golongan ini bukan saja ingin menunaikan puasa sunat tetapi juga kerana keadaan kewangan yang memaksa mereka berbuat demikian. Bagi mereka, baiklah berpuasa sementara menanti gaji seterusnya.

Jika tidak berpuasa pun, anda sebenarnya boleh berjimat dengan membawa bekalan makanan dari rumah ataupun mengurangkan belanja membeli makanan ketika bekerja. Rasanya, tidak terlalu sukar untuk anda melakukannya kerana kita baru saja selesai menunaikan ibadat berpuasa.

Minggu ini, XY - Ikon Lelaki berkongsi tip ‘diet perbelanjaan’ bagi mereka mengalami sindrom ‘kering’ selepas raya. Jika berdisiplin dalam mengamalkan diet ini, tidak mustahil kedudukan kewangan anda akan kembali stabil selepas musim perayaan.

Pertama sekali, mulakan diari kewangan anda sendiri. Keluarkan semua penyata bank, resit pembelian dan bil berkaitan serta semak perjalanan keluar masuk wang anda setiap bulan. Apabila anda mempunyai rekod penggunaan wang, lebih mudah bagi anda mengesan jumlah wang yang sering dibazirkan. Melihat jumlah wang yang dapat dijimatkan dalam setahun juga dapat mendorong anda meneruskan diet perbelanjaan ini.

Walaupun agak ‘sesak’ sekarang, tanggungan hutang tidak boleh diambil ringan. Hadapi hutang anda dengan memberi tumpuan kepada bahagian tertentu dalam perbelanjaan yang boleh anda baiki. Ini termasuk hutang kad kredit yang lama tertunggak hingga kadar faedah terkumpul. Lebih lama anda menangguhnya, lebih banyak kadar faedah yang dikenakan. Ini tentunya menambah masalah kewangan anda kelak.

Jika anda pemegang insurans, pastikan bayaran bulanan anda didahulukan berbanding perbelanjaan lain. Ini kerana, sesetengah syarikat insurans akan menamatkan perlindungan insurans jika terdapat tunggakan. Ini agak berisiko kerana anda mungkin tidak memiliki sumber kewangan lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Penting juga untuk anda mengurangkan penggunaan telefon atau internet yang dicaj mengikut kadar guna. Anda harus tentukan penggunaan yang perlu serta yang tidak penting. Sebab itulah ada baiknya anda melanggan perkhidmatan yang membolehkan anda berjimat

Selain itu, amalkan jimat-cermat dalam menggunakan kuasa elektrik dan air di rumah. Sekurang-kurangnya, jumlah tanggungan bil anda dapat diringankan.

Mungkin pada waktu kesempitan wang begini, anda boleh menangguhkan sementara perbelanjaan aktiviti riadah seperti bayaran gimnasium, yuran bulanan kelab rekreasi dan sebagainya. Anda boleh menyambungnya semula apabila keadaan sudah mengizinkan.

Seperkara lagi, jangan lupa, biarpun keadaan kewangan anda agak tidak stabil selepas hari raya, anda masih perlu menyimpan sedikit daripada pendapatan yang diterima. Ia memang berguna pada saat kecemasan nanti.

Apapun, anda wajar berfikir setiap kali hendak membelanjakan wang untuk sesuatu perkara. Elak membeli barang tidak perlu atau bermewah-mewahan tanpa sebab.

Tetapkan juga tahap mana atau secepat mana anda mahukan kedudukan kewangan anda kembali pulih. Juga tentukan jumlah wang harus ada dalam akaun simpanan anda dalam sesuatu tempoh. Bila berbuat demikian, anda akan lebih disiplin dalam mengikut perancangan atau ‘diet perbelanjaan’ yang sudah disenaraikan.


Tip diet perbelanjaan

> Rekodkan penggunaan wang membabitkan pengaliran wang masuk dan keluar.
> Utamakan pembayaran hutang walaupun dalam keadaan terdesak. Hutang bertampuk menambah kekusutan ekonomi anda.
> Kurangkan penggunaan telefon bimbit dan internet jika anda mampu lakukan.
> Kurangkan aktiviti riadah bersama teman seperti mengunjungi pusat hiburan karaoke atau melepak tanpa tujuan.
> Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.
> Simpan sedikit gaji bulanan untuk waktu memerlukan.
> Tentukan jumlah wang perlu ada setiap bulan sebagai simpanan waktu sesak.


sumber bijakuruswang.blogspot
Labels: Tips Dari Berita Harian

Monday, September 6, 2010

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE



ANGIN AHMAR / STROKE


Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan- rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.


Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.

Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar. Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

Pernah terbaca artikel ini lama dahulu tapi tidak ingat di mana. Apabila terbaca lagi sekali artikel ini di satu forum terus saya salinkan ke sini, mudah-mudahan sebagai panduan kita apabila menghadapi situasi panik berhadapan individu terkena stroke. Mengenang juga beberapa orang kenalan yang terkena stroke sama ada ringan atau berat, rasanya perlu satu teknik rawatan kecemasan yang berkesan bagi menyelamatkan satu jiwa. Pengamal perubatan mungkin boleh sahkan keberkesanan kaedah ini.

Sumber: klik sini

Sunday, September 5, 2010

Yusof Chong Meninggal Dunia




Allahyarham Yusof Chong meninggal dunia Ahad lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit. Beliau meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor.


HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam hendak menyambut Syawal, dunia hiburan dikejutkan dengan berita sedih kematian pelawak terkenal Yusof Chong,63.

Beliau meninggal dunia di Hospital Selayang, Ahad kira-kira pukul 3.30 petang akibat komplikasi pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan batu karang.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang sejak lima hari lalu selepas dipindahkan dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Beliau tinggal di kampungnya di Jeniang, Sik, Kedah.

Kehilangan Allahyarham amat dirasai terutama sekali kepada mereka yang pernah menyaksikan persembahan beliau.

Allahyarham tiada duanya. Sehingga hari ini tiada individu yang dapat menggantikan kehebatan Allahyarham.

Beliau mempunyai keistimewaan kurniaan Allah yang tiada tolak bandingnya.

Yusof atau nama sebenarnya Yusop Mat Said bukan sembarangan pelawak kerana setiap kali menghiburkan penonton, lawaknya akan disulam dengan isu-isu semasa termasuklah politik dan hiburan.

Kehebatan beliau kerana berjaya meniru suara pemimpin-pemimpin politik dan seterusnya mampu menggeletek perasaan sesiapa sahaja yang menyaksikan persembahan beliau.


Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pernah melawat Yusof di rumah anaknya di Batu Caves, Selangor pada tahun 1998.

Antaranya kemampuan meniru suara menteri-menteri kabinet seperti Tan Sri Mohamed Rahmad (Allahyarham), Tun Lim Kheng Yeik, Datuk Seri S.Samy Vellu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau juga mampu meniru suara artis-artis seperti R.Azmi, Datuk David Arumugam, Zain Azman, Halim Yatim dan ramai lagi.

Kesihatan Allahyarham mula terganggu sejak tiga tahun lalu apabila beliau sering keluar masuk hospital.

Pada 26 Ogos lalu beliau dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim kerana penyakit batu karang di dalam buah pinggangnya selain menghidap kencing manis dan paru-paru berair.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah berazam untuk meniru suara lebih 20 artis untuk memastikan apabila beliau tiada lagi, jasanya terhadap dunia hiburan akan dikenang sampai bila-bila.

Konsep yang dibawa Allahyarham dalam lawaknya dengan meniru suara pemimpin kerajaan seperti yang dilakukan pelawak di negara maju adalah sesuatu yang unik dan amat berbeza berbanding pelawak-pelawak yang ada pada hari ini.

Sindiran sinis dalam lawak jenakanya mampu mencuit perasaan penonton. Malah Allahyarham pernah berkata sampai bila seorang pelawak itu hendak disajikan dengan lawak-lawak bodoh dan ketinggalan zaman?

Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia Allahyarham pernah menceritakan bagaimana beliau menyindir Samy Vellu dalam jenakanya tetapi Presiden MIC itu tidak marah sebaliknya ketawa melihat keletahnya itu.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata persatuan itu menganggap pemergian Allahyarham sesuatu kehilangan yang amat besar.

Yusof bagaikan permata yang tidak boleh dicari ganti.

Tiga tahun lalu Karyawan telah memberikan pencen bulanan kepada arwah sebanyak RM500 sebulan serta berjaya mendapatkan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebanyak RM10,000.

Malah ketika penderitaannya di siarkan di akhbar, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada beliau.

Sepanjang hayatnya ujar Freddie, Allahyarham merupakan seorang tokoh seniman yang amat baik dan aktif berpersatuan.

Walaupun mengalami keuzuran namun beliau tidak pernah mengetepikan sumbangannya di dalam apa juga aktiviti membabitkan dunia artis.

“Kehilangan beliau amat dirasi dan beliau tiada gantinya. Dunia seni amat sedih dengan pemergian Allahyarham,” kata Freddie.

Yusof menjadi bapa tunggal selepas kematian isterinya Zaleha Osman pada tahun 1994. Hasil perkahwinan beliau pada tahun 1974, mereka memperoleh lima orang anak iaitu Zaliana,32, Ita Zahirah,30, Ahmad Nuzul,28, Ahmad Shatri,24, dan Siti Nurbaya,20.

Allahyarham juga mempunyai tiga orang cucu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat terawih di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, Selangor, pada Ahad.

Saya percaya mereka yang pernah menyaksikan aksi Allahyarham amat terasa dengan kehilangan beliau.

Rakan-rakan artis dan mereka yang senagkatan dengan arwah tentu sekali tidak dapat menahan hiba mengenangkan permata berhaga ini sudah tiada lagi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada bulan yang penuh mulia iaitu bulan yang dijanjikan Allah seribu satu rahmat.

Kepada Allahyarham, semoga Allah merahmati roh mu dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

mStar Online mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.
berita dari mStar Online -NIEZAM ABDULLAH

Kali terakhir bertemu arwah pada majlis perkahwinan anak beliau di Batu Caves. Ketika itu Yusof Chong tinggal di rumah kedai dan kebetulan ada padang awam di hadapan rumah kedai itu. Majlis berjalan dengan teratur sekali. Saudara mara dari Kedah, Pulau Pinang , Klang sama-sama memeriahkan majlis yang dihoskan oleh 'Aziz Kota'.


Mula berkunjung ke rumah arwah semenjak zaman kanak-kanak ketika arwah belum terlibat dengan dunia seni secara serius. Ketika itu arwah bekerja dengan Jabatan Perikanan. Isteri arwah , Zaleha Osman ialah saudara saya sebelah ayah, yang saya panggil Mak Njang kelahiran Pulau Aman, Pulau Pinang.


Arwah juga pernah berkunjung ke rumah ayah di Jengka kerana beliau rapat dengan ayah saya. Mereka selalu bercerita kisah-kisah lama. Berjam-jam bersembangpun tak apa bila bertemu. Mungkin di saat ini ayah saya belum mendapat berita pemergian, seorang kawan baik beliau yang terkenal.
Moga roh arwah dicucuri rahmat Allah .. Alfatihah.

Saturday, August 28, 2010

Masjid dikunjung non-Muslim

Minggu lepas ada isu yang hangat di negara kita yang mewarnai media massa dan juga internet. Isu seorang Ahli Parlimen non Muslim masuk ke Surau Huda di Kajang dan gambar tersebut dipaparkan di blog dan di muka depan sebuah akhbar perdana dengan tajuk memberi tazkirah.


Pihak yang satu lagi menafikan ia tazkirah tetapi sekadar ucapan sempena pemberian bantuan kepada surau tersebut dan mereka mendakwa telah mendapat keizinan daripada pihak pengurusan surau sebelum memasuki ruang solat bagi menyampaikan bantuan kepada surau tersebut. Dikhabarkan ahli parlimen non Muslim itu turut berbuka puasa bersama muslimat disitu.

Kemudian media khasnya internet bertindak balas memaparkan gambar-gambar dan video berikut sebagai menjawab isu berkenaan.





Aku tidak ingin mengomen foto kedua-dua pihak berkenaan dan juga video di atas kerana banyak komentar dalam media telah membicarakan isu itu malah anda boleh menilai sendiri. Komentar yg laris dlm facebook kebanyakkan dalam laras kepartian masing-masing.

Bagiku suka melihat isu digarap secara berilmu bukannya sentimen semata. Masjid ialah tempat yang mulia dan perlu dihormati dan bagaimanakah kita ingin memelihara kesucian masjid dan dalam masa yang sama menarik hati orang non-Muslim terhadap Islam, bukannya menjauhkan lagi mereka terhadap agama yang suci ini. Persoalan yang difikir perlu secara jangka panjang dan bukan sentimen semata.


Keputusan Majlis fatwa berkaitan hal ini perlu dirujuk sebagaimana ia telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Selanjutnya Majlis Fatwa memutuskan, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai Justify Fullta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Selain itu, kita boleh merujuk dengan cara pengurusan masjid diluar negara yang berjaya menjadi pusat dakwah, bukannya tempat solat semata dan bagaimana mereka menguruskan non-Muslim yang ingin berkunjung ke masjid sebagaimana amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.

Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam dinegara selain Negara kita.

1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam





2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.




3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.



4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.


5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut.




6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.


7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab.



8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi.




Bahkan banyak masjid-masjid lain diseluruh dunia menganjurkannya termasuk di Malaysia sendiri kecuali apabila timbulnya isu di atas yang dibicarakan secara politik.


Jadi apakah hukumnya yang sebenar?


Hukum bukan Islam masuk MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat al-Quran:-


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)


Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.


Satu lagi adalah :-


أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ
Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )


Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditangkap atas kesalahan tertentu),


بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.
Imam Nawawi menghuraikan :
Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Semoga Islam dipelihara di negara kita dan terus berkembang , insya Allah.

sumber
1. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/08/gambar2-pencemaran-masjid-di-dunia/
2. http://www.facebook.com/video/video.php?v=155958717753166
3. http://www.facebook.com/zunar.kartunis?v=wall&story_fbid=143225939048232

Friday, August 20, 2010

Belasungkawa Norhisham Mohamed.... M3P







Setiap yang hidup pasti akan merasai saat kematian…bilamana Izrail datang memanggil dan menjemput mu, maka tidak akan lambat atau pun cepat walau sesaat pun…. saat ini ku mengingati saudara Norhisam Hj. Mohamed yang telah kembali ke Penciptanya pada hari Khamis 19hb Ogos 2010 jam 1.25 petang di Wad 8CD Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah dimasukkan ke wad rawatan rapi. Jenazahnya disemadikan di Sungai Ular, Kuantan.

Arwah mengajar di SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Diberitakan anak-anak murid beliau di Tahun 3 dan 5 menangis teresak-esak apabila diberitakan pemergian Cikgu Sham..semuanya berlaku terlalu mengejut kerana menurut warga sekolah SKTB, pada Selasa beliau masih mengajar dengan bersemangat seperti biasa sebelum pergi ke temujanji dialisis tengah harinya. Pukul 3 petang hari yang sama beliau dimasukkan ke ICU kerana komplikasi….dan 2 hari selepas itu…beliau pergi meninggalkan kita semua………

Arwah yang kukenal ialah seorang yang sentiasa ceria, bersikap positif, suka berkawan, selalu memberikan pandangan dalam sesuatu hal…arwah juga suka berjenaka dan menolong orang. Teringat saat pertama kukenal arwah bilamana aku melapor diri di MPPP. Selesai pendaftaran aku membonceng motorsikal senior ke rumah sewa yg diperuntukkan untukku, Wisma Seri Bayu. Senior itu ialah Hisham. Saat itu kali pertama aku kenal Hisham. Kami di Wisma Seri Bayu sangat menghormati kerana ketrampilan beliau.

Antara sukan kegemarannya ialah Rugby. Maka aku secara tak langsung kenal permainan ini walaupun tidak pandai main. Kerap kali aku ikut Hisham mendaki Bukit Besar saban hujung minggu. Kecergasan fizikal memang dipentingkan arwah , maka aku secara tak langsung terlibat sama melatih diri sentiasa cergas. Hasilnya aku berjaya menyertai dan menamatkan larian marathon antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud sejauh 21.5 km. Ada jugalah nombornya...

Kami di Wisma Seri Bayu sentiasa menyokong beliau. Teringat apabila ada pemilihan Majlis Pemimpin Guru Pelatih, semua warga WSB naik ke pentas mengiringi beliau yang bertanding jawatan Presiden PGP. Walaupun tewas sokongan tetap meriah.

Namun selepas posting tahun 1995 aku tidak pernah bersua lagi dengan Hisham. Walaupun beberapa kali ke Terengganu tidak pernah bersua. Cuba juga mencari diinternet tapi tidak berjumpa. Rupanya ada kelibat arwah dalam alam maya ini. Selepas pemergian arwah baru kutahu beberapa nama yang digunakan didalam posting blog ialah pemunyanya ialah Sham. Beberapa blog yang menjadi ikutan Syam juga pernah aku ikuti.

Ramai sahabat yang menangisi pemergian Hisham. Ramai mereka berbicara pengalaman mereka bersama Hisham. Ada bicara teman dalam posting sempat mendengar bicara Hisham " Kalau ikut aku dah mati lama dah, tetapi aku tetap kuatkan semangat, kalau aku nampak lemah, isteri dan anak-anak aku pun akan jadi lemah..jadi kita jangan putus asa". Semangat arwah sangat dikagumi.

TAKZIAH buat isteri arwah dan anak2 arwah serta seluruh ahli keluarga arwah..semoga redha menerima takdir Yang Esa dan akan terus tabah mengharungi kehidupan ini bersama anak2 tercinta.Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang bersemadi di alam barzakh.

Berikut ialah catatan penuh blogger syahril kadir yang mendedikasikan sebuah blog khas untuk arwah.....

https://syahrilkadir.wordpress.com/2010/08/19/selamat-jalan-sabahatku-sham-trg/

selamat jalan sahabatku, Sham Trg…
Ogos 19, 2010
oleh syahrilkadir
.sejak kebelakangan ini aku agak hairan kerana ada seorang pembaca blog ini yang tak pernah ‘miss’ memberikan komennya dalam setiap entry yang aku tulis

setiap komen yang diberi pula cukup positif, jarang sangat dia tidak bersetuju dengan aku walaupun dalam entry-entry yang aku sendiri sifatkan ia agak ‘panas’

untuk pengetahuan korang, selalunya aku akan menulis entry menjelang Subuh, yang hairannya, kekadang tak sampai 10 minit, dia dah pun bagi komen dalam entry yang aku siarkan itu

disebabkan terlalu ingin mengetahui siapakah lelaki misteri yang hanya menggelarkan dirinya Sham Trg itu, aku cuba mengesan alamat emelnya

dari situ aku mendapat nombor telefon Sham Trg yang kebetulan ada menyertai sebuah kelab motorsikal skuter di Terengganu

aku ingat lagi, di waktu Subuh jugalah, aku akhirnya dapat bercakap dengan beliau yang ketika itu sedang bersiap untuk mengajar di sebuah sekolah di Terengganu

sejak itu kami sering berbual dalam telefon, seolah-olah kami dah kenal lama sedangkan kami tidak pernah bertemu muka

pada suatu hari dia menelefon dan beriya-iya mahu menemuiku di depan Kompleks Pertama, sedang bercuti bersama keluarga katanya

tepat waktu yang dijanjikan, aku pun duduk di sebuah restoran berhampiran

tak sampai 10 minit, Sham terus menerpa dan memeluk aku dengan erat sampai aku tergamam dibuatnya

” Tak sangka akhirnya kita bertemu gak Ril, aku bukan nak tipu mu, tetapi aku memang suka baca blogmu, kalau sehari mu tak tulis aku doh gelisah, bukan apa takut mu tak sihat je,” katanya

turut bersama kami adalah dua adik lelakinya

terus terang, aku tak sangka aku ada peminat setia macam Sham, memang aku terharu sungguh

lalu kami pun berborak macam dah kenal lama, dekat dua jam jugalah, kami bergelak ketawa, order air ni jangan kiralah, ada kot dekat tiga gelas seorang

tapi sepanjang berbual itu, mata aku asyik tertumpu dekat lengannya…bukan apa, aku nampak urat-urat lengannya timbul dekat permukaan kulit, sebesar straw adalah, hijau dan kehitaman

aku dapat rasa ini mesti berkaitan dengan penyakit buah pinggang, selalunya simptom ini ada pada mereka yang menjalani rawatan dialisis, rupanya memang betul

” Ril, aku ni dulu aktif main rugby sehinggalah suatu hari aku demam teruk, rupa-rupanya bila check, buah pinggang aku rosak, sebab tu sampai sekarang aku kena buat dialisis,” kata Sham

aku terdiam, tak sangka disebalik gelak tawanya Sham menghidap penyakit yang serius

sebelum beredar, dia mengajak aku ke hotel penginapannya kerana dia ada membawa ole-ole berupa keropok lekor, ishk pendek kata aku memang terharu sungguh dengan Sham ni

tetapi baru dia tiga tapak melangkah, Sham kelihatan semput, tercungap-cungap bagaikan baru lepas berlari

” Sham, aku rasa penyakit mu ni teruk ni, mu bior betul Sham, aku dah rasa bersalah ni!,” kata aku

” Mu jangang ngadalah, biasalah aku macam ni, aku tak peduli, jom gi amik keropok,” katanya. Aku dah jadi serba salah gila

selepas mengambil keropok itu, Sham terus memberi nasihat pada aku

” Ril, ini ujian Tuhan yang aku kena terima. Kalau ikut aku dah mati lama dah, tetapi aku tetap kuatkan semangat, kalau aku nampak lemah, isteri dan anak-anak aku pun akan jadi lemah, kita jangan putus asa,” kata Sham sebelum kami berpelukan sekali lagi

sejak itu aku tidak pernah berjumpa lagi dengan Sham, tetapi SMS tetap ada, dan dia pun seperti biasa setiap pagi pasti akan memberikan komen dalam entry-entry aku

nak dijadikan cerita, selepas sahur Subuh tadi, aku saja buka Facebook, tiba-tiba aku ternampak dia ‘online’

tak sampai seminit kemudian, aku dapat mesej darinya

SYAHRIL, INI ISTERI ABANG SHAM. ABANG SHAM TENGAH KOMA KAT HOSPITAL SEBAB STROKE.TOLONG DOAKAN DIA

aku terus jadi lemah, dan kira-kira tengah hari tadi, isterinya memaklumkan pada aku yang Sham telah pergi buat selama-lamanya

aku hampir nak meraung, aku tak pernah merasa sedih sebegini, kalaulah aku ada sayap, nak saja aku terbang ke Kuala Terengganu waktu itu juga!

ya Allah, rupa-rupanya pertemuan sulung kami itu juga adalah pertemuan terakhir untuk kami berdua

ketawa pertama kami hari itu adalah ketawa terakhirnya pada aku dan nasihat pertama dia pada aku rupanya adalah nasihatnya yang terakhir juga pada diriku

buat Sham, kenapalah kau pergi terlalu awal, kau kata nak tunggu aku di Terengganu, kau kata nak bawa aku jalan-jalan, kau kata nak bawa aku makan ‘ikang’

sesungguhnya aku kehilangan insan yang aku anggap macam abang kandung aku sendiri

InsyaAllah Sham, aku berjanji, suatu hari nanti aku akan singgah ke pusara kau, dan aku hadiahkan Fatihah buat kau Sham

tenanglah kau di sana, ini hanyalah satu tidur panjang…dari tanah kita datang, dan ke sana juga kita semua akan kembali

aku tak dapat menulis lagi bro….

SAK: Al-Fatihah buat Sham Trg @ Cikgu Noor Sham Mohd (1970 – 2010)

catatan blog ku : http://www.sebelum-mata-terlena.blogspot.com/

Tuesday, August 17, 2010

Istana Pasir


Sebenarnya pada 31 Julai dan 1 Ogos yang lalu ada aktiviti hari keluarga di Cherating. Program di Impiana Beach Resort. Aktiviti keluarga SKJP2 lebih tertumpu hari pertama daripada treasure hunt hinggalah Jamuan. Jadi hari kedua lebih rileks., cuaca yang baik dan pantai pun landai serta bersih, jadi dapatlah beri peluang anak-anak bermain laut. Sebelum ini jarang benarkan mereka bermain di pantai. Tapi pantai di Impiana sangat landai dan bersih. Rasanya selamat berbanding di tempat lain. Apatah lagi, gembira sakan lah mereka bermain pasir dan main ombak. Hinggakan kolam mandi pun kurang teruja pabila dapat mandi laut. Mungkin seronok dengan pengalaman itu dan tidak sangka agaknya dibenarkan bermain laut.


ini gambar selepas sarapan sebelum mandi...lihat Adeeb tak sabar nak main pantai..usung pencedok dan baldi ke tempat makan.


TAHNIAH KEPADA PENGURUSAN KGKT KERANA PENGANJURAN FAMILY DAY KALI INI.

Wednesday, August 11, 2010

Hotel Halal

Berbuka di mana?...........alhamdulillah telah masuk Ramadhan. Bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Amalan pada bulan ini digandakan oleh Allah. Masya Allah, rahmat Allah kepada hambanya. Moga kita dapat ambil dengan sebaiknya. Dalam pada kita mengerjakan amalan berpuasa, jangan kita abaikan status makanan sewaktu berbuka. Ada kalanya kita ingin meraikan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di tempat istimewa yang selesa dengan pelbagai juadah tetapi adakah kita pasti status halalnya?..dibimbangi amalan berpuasa yang mulia disudahi dengan menelan makanan yang diragui status halalnya. Memang banyak hotel yang menawarkan pakej berbuka dengan juadah istimewa, kebiasaannya secara buffet. Kepada yang berhajat untuk menempah pakej berbuka bolehlah kita menyemak status halal di link di bawah sebelum berbuat demikian.


UNTUK MAKLUMAN BERSAMA - HOTEL HALAL?
"http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel">http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel

Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita semua. Kita belum tahu Ramadhan akan datang kita mempunyai kesempatan atau tidak.

Wednesday, August 4, 2010

Cerita Pak Pandir 3

elok baca siri 1 dan 2 dulu ..

Arakian, maka ia pun pergilah membawa ubi keladi, tebu dan pisang menuju kekampung orang. Tiada berapa lamanya ia pun sampailah. Maka banyaklah tingkah lakunya yang jenaka dipermainkan oleh orang kampung akan dia oleh bingungnya itu. Terlalu suka orang mengusik akan Pak Pandir sehingga latahlah ia. Pak Pandir pun berjalanlah memikul garam sekarung.



Hatta, setelah Pak Pandir sampai pada separuh jalan, ia pun berasa senak perutnya hendak buang air oleh banyak makan lemak dan manis diberi orang-orang di kampung tadi. Kemudian Pak Pandir menyimpang masuk kedalam semak lalu diletakkannya sumpit garam itu itu di hadapannya. Dengan seketika itu juga datanglah fikiran nya yang ahmak, lalu katanya, wah salah sekali pekerjaanku ini. Sekiranya kalau datang sesuatu kemalangan bagi diriku entah binatang datang mengejar, atau menerkam aku, bukankah sia-sia sahaja aku lari, karung garamku tinggal oleh terperanjat.



Maka diubahnya ketempat lain serta dilindungkannya di balik semak-semak itu. Kemudian ia pun berbalik ketempat yang mula-mula tadi lalu direnungnya kepada karung itu. Nampak juga kepadanya. Maka berkata pula ia, ini pun suatu pekerjaan yang kurang akal juga. Siapa tah? Kalau-kalau ada orang lalu dialehnya pula ketempat asing diperbuatnya seperti hal yang lalu tadi, selagi nampak diubahnya juga.



Hatta, lima enam kali diubahnya, kemudian timbul pula suatu ingatannya yang berlainan seraya katanya, ceh, bodoh sekali aku ini. Jikalau aku sembunyikan kedalam air tentu tiada siapa dapat melihatnya. Telah tetaplah fikiran Pak Pandir yang demikian lalu diambilnya karung garam itu, dibawanya pergi mencari tempat yang berair hingga beratus-ratus depa jauhnya barulah ia bertemu dengan suatu anak sungai. Maka karung garam itu pun dibenamkan oleh Pak Pandir kedalam sungai itu. Maka ia pun berjalanlah jauh sedikit lalu direnungnya sumpit garam itu, baru tak nampak lagi kepadanya, seraya ia berkata, sekarang barulah puas rasa hatiku menyembunyikan garamku itu, tiada apa pun yang kelihatan lagi.



Kemudiaan ia pun pergilah kadha hajat. Telah sudah baharulah ia mengambil pula akan karung garamnya itu. Tetapi apalah gunanya lagi, oleh semuanya sudah pulang keasalnya. Maka dibawalah oleh Pak Pandir karung itu dengan tergopoh-gopoh hendak segera tiba dirumahnya. Hatta serta sampai, maka ditunjukkannyalah kepada Mak Andeh. Serta dilihatnya air turun seperti hujan daripada karung itu, seraya ia bertanya, air apa ini? Di mana garam yang awak cari tadi?



Maka jawab Pak Pandir, itu bukankah garam? Maka kata Mak Andeh, garam apa yang seperti air ini? Maka oleh Pak Pandir diceritakannyalah segala perihal dari awal hingga keakhir. Maka Mak Andeh pun kenyang tak makanlah oleh perangai Pak Pandir keparat itu. Hanya diamlah ia tiada berkata-kata lagi sambil menyudahkan kerjanya, lalu ia bersumpah didalam hatinya bahawa sekali-kali tiadalah ia mahu menyuruh Pak Pandir sebarang apa pekerjaan, biarlah ia membuat sendirinya. Setelah Mak Andeh tiada mahu lagi menyuruh Pak Pandir membuat sebarang apa pekerjaan, maka ia pun pergilah membawa dirinya sendiri dan membuat kerja mengikut sukanya. Maka pada suatu hari Pak Pandir pun mengambil goloknya pergi menebang buluh, diperbuatnya lukah. Telah sudah lalu ditahannya kepada suatu alur didalam redang. Sudah itu Pak Pandir pun pulanglah kerumah makan minum dengan Mak Andeh.



Setelah malam hari keduanya pun tidur, dan pada keesokan hari pagi-pagi Pak Pandir pun mencapai goloknya lalu pergi melihat lukahnya. Serta sampai lalu diangkatnya tiada terangkat oleh terlalu banyak ikannya. Maka dikuat-kuati juga oleh Pak Pandir, barulah terangkat olehnya, dibawa naik keatas tebing anak air itu lalu ducurahkannyalah sekalian isi bubunya itu, ikan limbat serta diketuk oleh Pak Pandir dengan goloknya. Telah mati barulah disiangnya dan di basuh serta ia memperbuat salai. Dinyalakan apinya, dan ikan-ikan itu pun diaturnya diatas penyalai.



Maka api pun dijadikanlah oleh Pak Pandir dengan bersungguh-sungguh hatinya. Diangkutnya sekalian kayu yang besar2 akan kayu apinya. Seketika lamanya ikan salai itu pun tampillah meratah salai itu dua ekor sesuap, empat ekor sesuap dimakannya hingga habislah ikan itu sekerat penyalai barulah Pak Pandir berhenti. Maka ikan yang tinggal lagi dimasukkannya kedalam karung lalu dibawanya memanjat keatas pokok kayu, digantungnya karung itu kepada dahan kayu. Telah sudah, ia pun turun langsung pergi minum air serta menahan lukahnya.



Maka hari pun hampir petang. Pak Pandir pun pulanglah kerumahnya. Telah sampai, maka Mak Andeh pun bertanya. Katanya kemana awak pergi tadi turun pagi-pagi petang barulah balik? Apa awak buat? Maka sahut Pak Pandir dengan tersipu-sipu, katanya tiada kemana aku pergi, Andeh. Aku berjalan Cuma-Cuma sahaja merata-rata hutan itu hendak mencari makan, suatu apa pun tidak kuperoleh.



Maka kata Mak Andeh. Membuat penat sahaja Pak Pandir merayau segenap hutan itu. Baiklah makan harta kita yang ada ini cukup. Bukannya kita ada beranak cucu, apatah yang disusahkan mencari kesanan kemari lagi? Maka kata Pak Pandir, aku tiada mahu makan harta andeh lagi, kerana Andeh tak mahu menyuruh aku lagi. Biarlah aku membuat hal aku seorang dan Andeh pun buatlah kerja Andeh sorang, usah dihiraukan hal aku.



Maka jawab Mak Andeh, bukannya aku tiada mahu menyuruh Pak Pandir. Sebab aku kasihan akan awak kerana tiap-tiap barang apa yang aku suruhkan itu tak pernah sudah dengan sekali, sampai dua tiga kali baru jadi. Oleh yang demikian tersangatlah penat awak aku lihat dan aku pun menjadi sia-sia sahaja menyuruh orang yang tiada tahu. Itulah sebabnya. Janganlah awak syak dan berkecil hati akan aku. Biarlah aku buat sendiri.



Hatta telah didengar oleh Pak Pandir akan kata Mak Andeh itu, ia pun diamlah dengan masam mukanya tiada berkata-kata. Seketika lagi hari pun malam. Keduanya pun tidurlah. Telah keesokan harinya Pak Pandir pun tiada khali lagi melihat lukahnya. Ikan-ikannya yang dapat semua disalainya. Serta masak sahaja ia pun meratahlah hingga tinggal separuh barulah ia berhenti dan yang lebihnya itu dimasukkannya kedalam karung, digantungkannya pada pohon kayu itu juga. Telah hari petang ia pun pulang. Demikianlah perbuatan Pak Pandir pada setiap hari, meratah ikan salai dengan bersembunyikan daripada Mak Andeh, tiada pernah dibawanya pulang kerumah.



Maka dengan takdir Allah, lukahnya itu pun tiadalah mahu mengena lagi, beberapa dialih dan ditahannya tiada juga mahu kena lagi, tetapi Pak Pandir tiada khuatir darihal meratah ikan kerana ikan salainya masih ada lagi separuh karung bergantung pada pohon kayu itu. Maka itulah kerjayanya berulang meratah salai itu pada setiap hari keatas pohon kayu itu.



Maka tersebutlah pula kisah Mak Andeh yang tiap-tiap hari tinggal menunggu rumah seorang dirinya seraya ia berfikir, apa gerangan kerja Pak Pandir hilang sehari-hari tiada berselang ini? Jikalau begitu, baik aku pergi mengintai akan dia.



Maka Mak Andeh pun mengambil candungnya lalu pergi mengikut jalan Pak Pandir itu. Tiada berapa lamanya sampailah Mak Andeh ketempat penyalai Pak Pandir itu seraya ia mengendap-endap di dalam hutan itu serta memperhatikan Pak Pandir. Maka dengan takdir Allah ta`ala nampaklah kain Pak Pandir tersangkut diatas pohon kayu itu, lalu kelihatanlah Mak Andeh akan Pak Pandir duduk tercapak pada dahan kayu itu sedang meratah ikan salai. Maka nampaklah karung salainya tergantung seperti sarang tempua. Telah nyatalah dilihat oleh Mak Andeh ia pun baliklah kerumahnya bertanak nasi lalu makan sorang dirinya sambil berfikir didalam hatinya, itulah rupanya akal Pak Pandir bedebah itu. Baiklah mana-mana dayaku hendak ku ambil juga ikan salainya itu.



Telah ia sudah makan lalu berbaring dimuka pintu. Seketika lagi hari pun petang. Mak Andeh pergi mengambil air kesungai. Maka Pak Pandir pun pulanglah oleh sudah kenyang meratah ikan salai itu habis dua karung, langsung ia pergi mandi kesungai serta naik kerumah, dan Mak Andeh pun menyediakan nasi lalu mengajak Pak Pandir makan. Maka kata Pak Pandir, makanlah Andeh dulu,aku sudah kenyang makan buah-buahan kayu didalam hutan tadi.



Sahut Mak Andeh, awak makan buah-buahan haram tak mahu membawanya aku barang sebiji. Maka kata Pak Pandir, perasaan aku Andeh tak suka makan buah-buahan kayu hutan. Lainlah aku orang sudah biasa tinggal bersama-sama dengaan lotong dan kera. Dari sebab itulah tiadalah kubawakan, besok boleh aku bawakan pula.



Maka Pak Pandir pun berbaringlah di tengah rumah sambil berdikir-dikir. Maka kata Mak Andeh, apa yang awak takut sekali? Sahut Pak Pandir, aku? Apa pun tiada kutakuti, harimau, gajah, badak, beruang, singa, beruk, dan hantu semuanya boleh ku cundangi, tetapi Andeh, ada suatu binatang sahaja yang terlalu kutakuti.



Maka kata Mak andeh apa namanya yang awak takuti itu? Cubalah katakan. Maka Pak Pandir hai Andeh jangankan binatangnya, namanya sahaja pun aku takut. Tidaklah Andeh tiada berani aku menyebutnya. Maka kata Pak Pandir ayuhai Andeh, sahajalah sebab Andeh menyuruh juga, kalau tidak mati dibunuh tidak aku mahu berkabar. Namanya binatang itu tok tok kai. Hai Andeh seram rasa badan dan kembang tengkuk aku hendak menyebut namanya.



Maka kata Mak Andeh, langsungkanlah Pak Pandir maka sahut Pak Pandir, itulah dia binatangnya yang selalu berbunyi.



Tok-tok kai serondung batang,
Dimana hinggap?
Ditengah belakang



Itulah dia binatangnya yang sangat kutakuti, Andeh. Maka kata Mak Andeh, kalau binatang itu, tidaklah mengapa sangat tetapi aku pun takut juga rasanya. Setelah itu kedua-duanya pun tidurlah. Telah keesokan harinya pagi-pagi, maka Pak Pandir pun pergilah kepohon kayu salainya itu. Serta sampai ia pun memanjatlah lalu meratah salainya itu empat lima ekor sekali suap.



Ada pun akan Mak Andeh telah dilihatnya Pak Pandir sudah pergi maka ia pun bersiaplah pula pergi mengikut Pak Pandir perlahan-lahan. Serta ia sampai dilihatnya Pak Pandir sedang meratah ikan salai diatas pohon itu. Maka Mak Andeh pun naiklah keatas suatu tunggul yang bertunas. Disitulah Mak andeh berlindung, tiadalah nampak kepada Pak Pandir. Maka Mak Andeh pun berbunyilah seperti bunyi binatang yang sangat ditakuti oleh Pak Pandir itu:



Tok-tok kai serondung batang
Di mana hinggap?
Di tengah belakang



Wah serta terdengar oleh Pak Pandir bunyi itu, ia tak sedar lagi mencampakkan dirinya dari atas pohon itu serta dengan jerit pekiknya, tiada terkira lagi larinya langsung masuk kedalam hutan rimba raya itu hingga habislah segala tubuhnya di cangkuk oleh sekalian onak dan duri, berlumur dengan darah dan kain bajunya pun habis koyak rabak. Maka ia lari itu haram tiada menoleh lagi kebelakang. Setelah dilihat oleh Mak Andeh kelakuan Pak Pandir itu, maka makinlah sangat diperbuatnya lagi bunyi itu dengan sekuat-kuatnya. Maka didengar oleh Pak Pandir, pada perasaan nya binatang itu sudah hinggap dibelakangnya sahaja. Ia pun makinlah sangat kuat larinya.



Arakian, telah Pak Pandir sudah lepas, maka Mak Andeh pun pergilah memanjat pohon kayu tempat Pak Pandir terjun itu lalu diambilnya sekalian ikan salai Pak Pandir itu, dibawanya pulang, disembunyikannya dibawah kawah. Seketika lagi hari pun petanglah. Mak Andeh pun menyiapkan nasi Pak Pandir. Dinanti-nantinya tiada juga Pak Pandir balik. Hatta, tersebutlah pula kisah Pak Pandir lari tadi. Hingga beberapa jauhnya ia pergi baharulah hilang pendengarannya bunyi “ Tok tok kai serondong batang “ itu. Maka ia pun berhentilah sedikit oleh teramat penat dan jerehnya, serta ia berjalan perlahan-lahan pula ikut sekehendak kakinya. Dengan takdir Allah ta`ala teruslah Pak pander pulang kerumahnya, sudah pasang dammar, dengan bertelanjang bulat, seurat benang pun tiada berkain, lalu ia meneriak Mak Andeh. Katanya Andeh, Andeh berilah aku kain kerana aku sudah bertelanjang bulat.



Maka Andeh pun pura-pura membuat marah akan Pak Pandir, dengan tutur nistanya dan carut-capainya akan Pak Pandir seraya membuka pintu. Maka dilihatnya Pak Pandir bercekup kemaluan dengan tangan sahaja. Maka Mak Andeh pun berkata, kena apa Pak Pandir demikian kelakuan seperti orang gila pula?



Maka ujar Pak Pandir, itulah Andeh, malam tadi kularangkan jangan disebut nama binatang yang aku takut itu, nyaris lagi aku tidak dimakannya sekadarkan dikejarnya sahaja. Lihatlah badan aku calar- balar di makan oleh duri, habis luka seluruh tubuhku ini. Maka Mak Andeh pun tertawa didalam hatinya sahaja melihatkan hal Pak Pandir itu, lalu segera diberinya kain. Setelah Pak Pandir berkain, barulah ia naik kerumah serta dibuangkan oleh Mak Andeh segala duri yang ada pada tubuh Pak Pandir, lalu dibubuhnya ubat pula, dan Pak Pandir pun demam. Maka oleh Mak Andeh dihantarkannya, nasi kehadapan Pak Pandir lalu makanlah ia.



Telah selesai daripada itu, keduanya pun tidurlah. Telah datang keesokan hari, Mak Andeh pun bangunlah bertanak nasi, seraya dikeluarkannya ikan salai itu empat ekor, dua diberikan kepada Pak Pandir dan dua di tindihnya dibawah pehanya. Maka Pak Pandir. Maka Pak Pandir pun mengisut pergi makan. Keduanya pun makanlah. Maka Pak Pandir makan baharu dua tiga suap, ikan salainya pun sudah habis. Maka kata Pak Pandir, Andeh, Andeh berilah aku lauk sedikit. Lauk aku sudah habis.



Maka jawab Mak Andeh, ku pun sudah habis juga. Ujar Pak Pandir, ada ku tengok di bawah di bawah paha Andeh itu. Kata Mak Andeh, yang aku makan ini daging paha aku, bukannya ikan salai. Maka Pak Pandir pun segeralah mengambil goloknya menghiris daging pahanya serta dibakarnya, diperbuatnya lauk. Telah dilihatnya oleh Mak Andeh akan kelakuan Pak Pandir itu tersanglah heran dihatinya. Lepas makan Pak Pandir pun makin sangat demamnya, bertambah oleh bentan luka yang diirisnya itu. Kemudian diubati Mak Andeh segala luka Pak Pandir itu. Tiada berapa lamanya dengan takdir Allah ta`ala, sekalian penyakit Pak Pandir itu pun sembuhlah seperti sediakala.



Sekali peristiwa. Pak Pandir pergi hendak melihat ikan salainya yang tertinggal lagi itu. Maka beberapa kali dicubanya hendak pergi ketempat itu tiada juga berani oleg disangkanya kalau-kalau ada lagi binatang yang hinggap di tengah belakang itu mengendapkan dia disitu. Maka dengan hal yang demikian tiadalah jadi Pak Pandir pergi kesitu, lalu Pak Pandir pergi mencari getah kayu lembu jawa kedalam hutan yang lain. Telah dapat lalu dibawanya pulang ke rumahnya serta dimasaki di campurkan dengan ramuan yang lain. Telah sudah dimasukkannya kedalam tabung buluh getah itu. Maka Pak Pandir pun berjalanlah membawa getah setabung bersama dengan puris nyior secekak, masuk kedalam hutan mencari tempat yang banyak burung hinggap.


bersambung ...Cerita Pak Pandir 4